Perkahwinan itu tujuannya untuk ibadah bukan hanya untuk suka-suka sahaja. Ia menyatukan dua hati yang tentunya berlainan latar belakang dan cara hidup. Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal.
Lima tahun pertama perkahwinan masih merupakan tempoh ‘menyesuaikan diri’ kerana masing-masing belum benar-benar ‘mengenali’ pasangan sepenuhnya. Untuk tahun pertama perkahwinan mungkin tidak banyak yang menyerlah tentang diri masing-masing namun selepas menginjak ke angka lima tahun, semakin banyak realiti yang mungkin mengejutkan semakin terserlah. Berikut antara realiti yang mungkin terpaksa dihadapi.
Melihat Pasangan Di Tempat Tidur
Di awal-awal perkahwinan, melihat ada orang lain di tempat tidurmu adalah hal yang sangat baharu, membahagiakan, romantis, dan indah. Maka ketika usia perkahwinan sudah berlangsung lama, semuanya akan menjadi perkara biasa.
Bau Mulut & Bau Badan
Bau mulut pasangan adalah aroma pembuka di pagi hari. Jika di tahun-tahun pertama perkahwinan semuanya terasa indah. Lima tahun kemudian pasangan anda mungkin akan memberikan komentar pedas, menyuruh anda segera memberus gigi atau berkumur dengan cecair pembasmi bau mulut. Selain bau mulut, bau badan juga satu perkara yang merimaskan. Saat ini baharulah masing-masing berani untuk memberikan komen secara terbuka.
Komen Tentang Masakan
Ads
Suami yang suka memberikan komen tentang masakan isteri adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun komentarnya yang kurang enak akan mula kedengaran apabila usia perkahwinan sudah semakin ‘senior.’ Ketika ini tiada lagi rasa segan dan malu atau teragak-agak untuk memberikan komen yang tulus dari hati.
Tabiat Yang Lucu
Lima tahun lalu, kentut atau mengorek hidung di depan pasangan adalah perbuatan yang sangat memalukan malah ia boleh ‘menurunkan’ harga diri. Namun semakin lama usia perkahwinan, perbuatan atau sikap seperti ini sudah lumrah dan tidak penting untuk diperhatikan.
Posisi Tidur
Jika di awal-awal perkahwinan, seboleh mungkin masing-masing menjaga posisi tidur di ranjang. Namun selepas beberapa tahun usia perkahwinan, masing-masing sudah tidak kisah lagi tentang posisi tidur, asalkan dapat tidur dengan lena. Lebih buruk lagi apabila tidur berdengkur sehingga mengganggu pasangan di sebelah.
Pakai Kain Pelikat
Ads
Bagi para suami mereka akan sangat suka memakai kain pelikat mahupun tidak memakai baju ketika berada di rumah. Sedangkan apabila di luar, merekalah yang paling bergaya dan tampan. Buat para isteri, anda terpaksalah terima bila mana suami anda gemar menggayakan ‘pakaian rasmi’ ini tatkala berada di rumah.
Jarang Mandi
Jika sudah berkahwin lebih daripada setahun, kebiasaan tabiat malas mandi itu akan semakin terserlah. Sudah tidak peduli lagi sama ada pasangan memberi komen atau tidak. Pada fasa ini segala sifat sebenar sudah terserlah sepenuhnya.
Ads
Memahami Mood Si Dia
Saat orang lain tidak memahami kemarahannya, anda sebagai pasangannya dengan mudah dapat mengesan sama ada si dia sedang marah, bahagia atau bersedih. Semua ekspresi akan sangat mudah dikesan setelah sekian lama tinggal sebumbung.
Tahu Semua Rahsia
Anda dan pasangan tidak lagi memiliki rahsia yang boleh ‘ditutup’ rapat-rapat. Ini kerana suami dan isteri adalah satu tubuh, satu jiwa, jadi sekecil apa pun rahsia itu haruslah dikongsikan bersama untuk membangunkan rasa saling percaya antara satu sama lain.
Anak Jadi Pengikat Kasih
Kehadiran cahayamata dalam sesebuah rumahtangga menambahkan lagi ikatan perkahwinan antara pasangan suami dan isteri. Kebersamaan dan ikatan itu lebih kuat kerana kehadiran buah hati yang begitu dinanti-nantikan. Perhatian pun lebih tercurah kepada anak-anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.
Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.
Anda mungkin suka Klik ‘Faktor Asas Dalam Perkahwinan’
Sumber gambar: Wiki How
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan sewaktu penularan wabak Covid-19 ni memang sukar. Keadaan ekonomi yang turun naik menyukarkan rakyat meneruskan hidup. Namun tak boleh nak lepaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Bab wabak ni, kita berdoa sahaja agar ia terhapus secepatnya.
Apabila terkesan dengan pandemik, pasangan suami isteri perlu mengambil langkah drastik untuk memperbetulkan perbelanjaan keluarga. Mana yang baru bercadang untuk melangsungkan perkahwinan, cubalah berjimat selagi boleh.
Dari perkongsian Facebook Cik Yam, kehidupannya berubah 360 darjah kerana kehilangan pekerjaan yang dilakukan selama 16 tahun. Cepat-cepat sedar dengan keadaan kewangan keluarga, Cik Yam kongsi tips urus duit bila kehilangan pekerjaan.
3 TIP URUS DUIT BILA KENA BUANG KERJA
Lepas hilang pekerjaan sebagai wartawan senior bebaru ni, CikYam amalkan 3 tip ni berkaitan dengan kewangan keluarga. Banyak membantu la bab duit dengan 3 benda ni.
1) ASING DUIT DENGAN DISIPLIN
Apa je duit masuk, asingkan dulu untuk komitmen yang penting terutama bayaran bulanan kat bank dan segala mak nenek bil.
So kena kenal pasti berapa RM komitmen kita. Rumah berapa, bil berapa, insurans berapa. Kena tahu exact amaun je.
2) TAHU KEDUDUKAN KEWANGAN SAMA-SAMA
Kalau dulu, CikYam tahu sengsorang je berapa komitmen bulanan. Yelah, sebab bayar sengsorang kan? So kali ni, bila dah kena buang kerja, haaaaaa CikYam buat sesi pembentangan bajet. Kau ingat PM je bentang bajet? CikYam pun bentang hokey. So kena tahu la berapa nak tanggung rumah, insurans, bil bagai ni. Ni baru nama susah sama susah, senang sama senang. Patut dari dulu dah buat benda ni. Baru dia tahu betapa berat bini ni menanggung.
3) WUJUDKAN SATU AKAUN BANK RAHSIA
Yang ni CikYam buat guna satu akaun bank yang jarang CikYam guna. Aktifkan balik dan kat situ CikYam masukkan duit. Kira saving untuk waktu kecemasan. CikYam tak nak amik tahu sangat berapa jumlahnya.
Tapi duit ni konsepnya macam ala-ala duit KWSP iaitu tiap bulan masuk tapi kemain susah nak keluarkan. Kena bersidang dulu baru boleh keluarkan. Haaaa gitu. Senang citer, ni duit yang memang time susah sesangat je baru boleh keluar. Gitulah kiranya.
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kitab oleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Nah, tak susah pun kan nak jadikan ipar duai kita lebih rapat. Cuma kenalah ada usaha sikit. Benda mudah tak datang bergolek tau!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!