~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto -> gaul sebati
~panaskan minyak masak….sudukan dan goreng agak2 leper balik2 kan, tunggu sampai masak dan angkat.
Sedap dimakan bersama sos
Cekodok sosej dan isi ketam
Bhn potong…potongannya ikut kesukaan anda…kalau ros suka potong besar2 terasa sikit…
– 5 btg sosej
-7 btg isi ketam
-sebiji bawang besar
2 biji cili merah besar
– kucai/ daun sup..ikutlaaa
Bahan lain
4 cwn tepung gandum
4 cwn air panas ( kalau suka cair sikit tambah jer air biasa) ni saya tambah air biasa sikit
Satu sudu besar pati ayam
Garam secukupnya
Gula satu sudu besar .atau ikutle
Caranya….
Masukkan tepung dan ssemua bhn dlm bekas.. curah air panas…
Gaul dgn sodep kayu..gaul sebati..biarkan sejuk kejap..
Dah sejuk sikit.. gaul sebati dgn tgn.rasakan…goreng dlm minyak yg byk… siap
Kredit Resepi :rosma ros
Cucur ikan bilis
Ads
2 cawan tepung gandum
Segengam ikan bilis(cuci pastu tumbuk kasar)
Secubit garam
Kiub pati ayam(Saya guna separuh saja)
Daun bawang@kucai(ikot selera masing2)
Sebiji bawang besar
2 cawan air panas(kena betol2 panas okey)
Cara2
Masukkan semua bahan2 dalam bekas..gaul sebati..masukkan air panas..pastu gaul..gaul pakai senduk ye..jangan guna tangan pulak nnti melecur tak tau haa….bancuhan memang agak melekit sikit..letak minyak masak kat tapak tangan uli bulat2 dan goreng..siap..selamat mencuba..
Cdt irhana canella
Resepi Cucur Telur Sedap
.
Resepi :
.
200gm tpg gndum
25gm mntega
1bj telur
Secubit garam
1/4cwn air
.
Gaul tpg,mntega,telur,garam sebati.masukkn air sdkt2 uli hgga x mlekat d tgn.bhgkn doh kpd 8bj n bulat2kn doh.sapukn mntega n rehatkn doh.
.
Inti
2bj telur
2bj bwg besar dhiris*
2bj cili merah dihiris*
Scukup daun kucai/daun bwg.dpotong*
Sdkt garam
.
Pnskn kuali goreng bhn2 brtnda* tanpa minyak hgga layu masukkn garam n telur kacau hgga masak biar sejuk.
Leperkn doh letak inti n lipat sapu skali lg mntega…ms nk mngoreng tarik n leperkn sdkt doh..dh bleh goreng.
.
Selamat mencuba
.
Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Resepi Cucur Bom Manis :
Ads
1 peket Yis Mauripan
4 sb gula pasir
Air suam
*kacau laju dalam bekas, untuk aktifkan yis. Biarkan ia berbuih tinggi.
6 cawan tepung gandum.
4 sb susu pekat manis
*Air yis berbuih cantik. Terus campurkan sedikit demi sedikit dalam tepung. Gaul rata sehingga dapat adunan seperti buat cucur.
*tutup bekas. Perap sejam
* kemudian tabur secubit garam halus, kacau rata.
*biarkan sementara panaskan minyak.
*mula mencucur. Goreng api sederhana.
Ads
Siap. Bolehlah dihidang dengan sambal tumis atau kuah kari. Selamat mencuba
14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan kaum ibu panik dengan stok barang basah di dapur. Jika beli terlalu banyak, bimbang cepat rosak.
Penyelesaiannya, hanya kukus dan jemur ikan dan hasilnya stok akan bertahan sehingga 4 minggu tanpa perlu disimpan di tempat beku.
“Musim ikan tengah murah ni kan..kakak buat ikan rebus je la..mengimbau kenangan bersama arwah ayah..kakak anak si penjual ikan rebus.
Mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah ayah saya sahat bin junid
“Assalamualaikum nama je ikan rebus tp sebenarnya ikan tu lebih cantik bila dikukus
1.Perfama sekali cuci ikan macam biasa bubuh perahan limau untuk hilangkan hanyir
2.Toskan ikan yang sudah dibersihkan dan susun dalam pengukus.
3.Tanurkan garam kasar mengikut kuantiti ikan dan ikut kesesuaian mahukan ikan itu masin atau kurang masin
4.Letak asam keping dalam 2 atau 3 keping dan kukus dengan api pelahan
5.Api tidak boleh besar kerana ikan akan pecah dan tidak cantik
6.Apabila isi ikan masak, tutup api dan keluarkan letak dalam talam
7.Jemurkan sebentar di panas matahari dalam 10 minit untuk keringkan ikan daripada air kukusan.
8.Siap dan boleh packing untuk dibekukan atau siap untuk dmasak
9.Ikan tak perlu diletakkan di tmpat beku kerana tahan dalam 3 hingga 4 minggu. Kalau mahu tahan lebih lama, boleh keraskan di tempat beku.
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Bila membuat kentang putar, kita biasanya menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Bukan sahaja rasanya lebih enak tetapi lebih sihat dan berkhasiat.
Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Pengambilan keledek bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.