Kalau ke Penang, memang tak sah kalau tak pekena nasi kandar kan? Penangan nasi kandar memang boleh duduk tersandaq, mengigau kalau tak dapat.
Namun bagi yang duduk jauh dari Penang, macam mana pula kan? Disebabkan itu, perkongsian resipi daripada Siti Fatimah Mohd Jamil sangat membantu mengubati kerinduan. Dan apabila suami puji melangit, bermakna menjadilah usaha menjalankan kaji selidik nasi kandar sampai jadi ala Deen Maju.
Resipi Kari Sotong
Bahan :
1 biji Bawang besar hiris memanjang
4 biji bawang putih hiris
Seinci halia hiris
Seinci kunyit hidup hiris
Daun kari dua kayu
Sup bunjut
Cara :
.
1. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari daging Babas. Sukatan – 3/4 cawan dan dibancuh dengan air sehingga pekat.
.
3. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air.
.
4. Kemudian masukkan sotong dan tambahkan dua cawan air sehingga mendidih dan masak.
5. Masukkan sekeping asam keping. Jangan masukkan asam keping awal kerana boleh buat sotong menjadi liat.
.
6. Masukkan sayur kegemaran seperti terung dan lain-lain. Bagi yang sukakan pedas, boleh letak cili padi, begitulah sebaliknya. Masukkan terung dan cili api terlebih dahulu. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan kari pekat.
.
7. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan pekat mengikut citarasa masing-masing.
Ads
Resipi Kuah Kicap Pekat ala Deen Maju
Bahan-bahan kisar yang ditumis:
8-10 tangkai cili kering
Satu biji bawang besar
4 biji bawang putih
Cara :
.
1. Kisar sehingga halus dan tumiskan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air.
.
2. Apabila pecah minyak, masukkan bawang besar hiris. Boleh masukkan cili padi jika suka pedas.
.
3. Masukkan kicap manis sehingga warnanya cantik.
4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
.
5. Kuah kicap mesti rasa manis yang seimbang baru nikmat. Boleh juga buat ayam masak kicap style ni. Kuah kicap melengkapi rasa Nasi Kandar.
Resipi Ayam Goreng Mamak
Cara :
Ads
.
1. Perapkan ayam dengan bahan kisar halia+bawang putih+satu sudu teh garam. Perapkan sekurangnya 30 minit.
2. Apabila hendak mula memasak, masukkan bahan-bahan lain :
3 sb Serbuk kunyit
3 sb Serbuk kari
3 sb Serbuk cili
2 sudu gula
Serbuk pasti sedap knorr
*Jangan perapkan sekali kerana boleh buat ayam rasa pahit
.
Ads
.
3. Letak daun kari. Lagi banyak. Lagi harum.
.
4. Apabila minyak mula dipanaskan, baru masukkan satu senduk kecil tepung beras dan dilumur kepada ayam.
.
5. Kejadian setelah ayam dilumur dengan bahan-bahan tersebut.
.
6. Gorengkan dengan minyak yang banyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api dibuka dengan kecil supaya memastikan ayam masak sekata.
Resipi Nasi Harum dan tidak muak
Bahan :
2.5 pot nasi beras faiza + air 3 pot air (gunakan pot periuk nasi)
Daun pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu esen pandan
Cara :
.
1. Masak telur masin sekali ketika tanak nasi akan melemakkan lagi rasa nasi.
.
2. Sedia dihidang bersama bendi celur dan cili besar.
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Bila lama duduk di rumah, kita jadi tak tahu nak masak apa, tapi perlu ingat, musim PKP ini jangan sampai berlaku pembaziran, pastikan guna sebaik mungkin barang dapur agar tidak terputus bekalan nanti. Ini antara resepi mudah dan tidak perlukan bahan yang melampau banyak pun, terima kasih puan Maznah Sumaila atas perkongsian menu ini.
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
– Bawang Putih 2 bijik size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebijik. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar tu
– Sos cili, sos tomato, sos tiram semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
Daging dalam 500gram atau ikut banyak mana kita nak makan. Rebus dia besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah).
Semasa rebus daging aku pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti. Bijak kan?!
Lepas tu, daging dah masak kita potong dia seperti di atas. Cantikkan aku potong. Teruja tau mak mertua ampa bila menantu pandai potong daging. Hahaaaa
Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. X payah lama sangat nanti keras aku tak tanggung jawab. Hahahaaa
Guna minyak yang sama (jimat kan) masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu kecik cili boh.
Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah. Aku perasan jari aku dah start gemuk lah! Adoiiiiii
Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ye kengkawan.
Banyak mana nak letak? Ikut laaaa, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos2 tadi.
Yang ni aku hampir lupa. Sebab optional sahaja. Cehhhh bahasa omputih dohhhh… Hahaha
Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecik sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Tidak berdosa ye.
Then, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika.
Masa ni la ko letak serbuk perasa, gula dan garam ye. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
Memang kreatif kan orang kita kalau bab inovasi makanan. Sebelum ini tular resipi Puteri Ayu Cheese, namun kali ini kita tukarkan asas kuih berwarna hijau kepada kek coklat bersama gabungan cheese di atasnya.
Jika mahukan versi lebih mewah, taburkan coklat ganace di atasnya.
“Hai semua sobat²
Ni Izu nak share resepi puteri ayu coklat cheese
Senang sangat!
Boleh ler try. Pastu boleh buat niage manetahu rezeki kan
Resepi adunan cheese :
250 gm cream cheese
20 gm tepung gandum
80 gm gula kastor
25 ml susu cair
1 biji telur ayam
Cara :
1.Putar dulu cream cheese dengan gula, telur, susu cair dan selepas itu masukkan tepung dan pukul sampai sebati dan licin sehingga tiada ketulan.
2.Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat.
3.Masukkan dalam acuan dan kukus selama dua minit.
Bahan :
1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
10 sudu besar gula
3 biji telur ayam Gred A
Cara :
1.Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar selama lima minit.
1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tetapi tak perlu letak soda dan baking soda)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus
Cara :
1.Selepas itu, masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas besar, masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup balik sampai sebati.
2.Tapis adunan untuk elak ada yang berketul.
3.Kemudian tuang ke atas cheese yang sudah dikukus tadi. Kukus balik selama tujuh minit atau sehingga masak.