Kebahagiaan rumah tangga akan terbina bila adanya keharmonian dan ikatan cinta yang berterusan antara suami isteri. Malah kasih sayang akan semakin membara dan menghangatkan rumah tangga apabila suami isteri selalu melakukan pelbagai resipi cinta.
Untuk merapatkan hubungan suami isteri, kedua-dua pasangan perlulah bekerjasama bagi menghiburkan hati pasangan masing-masing. Tidak boleh hanya salah seorang saja yang berusaha sebaliknya yang seorang lagi hanya ingin dilayan dengan sempurna tanpa berbuat apa-apa.
Agar rumah tangga yang dibina sentiasa sweet, pastikan suami isteri buat 18 resipi cinta ini!
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih daripada sehari untuk tugasan luar daerah misalnya, tambahkan rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir pasangan.
3. Walau sesibuk mana pun, luangkan masa untuk hubungi pasangan sekurang-kurangnya sekali walaupun sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you‘ dengan sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan daripada anak-anak jika hari bekerja.
Ads
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda anda mengambil berat dan memberi peluang kepada pasangan untuk berkongsi atau meluahkan perasaan.
7. Luahkan isi hati dengan pasangan sebelum tidur kerana masa inilah sesuai untuk anda berdua saling mendengar antara satu sama lain.
8. Jika berlaku pertelingkahan, jangan biarkan ia berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun mungkin anda hanya membaca akhbar, yang penting anda berada di sisinya.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Ads
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan, selain tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan.
13. Sesekali buatlah kejutan dengan membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka-teki atau apa sahaja yang membolehkan anda berdua ketawa bersama.
Ads
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras untuk menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan bagi mengelakkan pasangan rasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, sentiasalah berterus-terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi pasangan yang baik dalam rumah tangga kerana fikiran positif akan memudahkan anda berdua mencapai matlamat tersebut.
Rumah tangga yang bahagia memerlukan komunikasi yang utuh antara suami dan juga isteri. Jika masing-masing hanya sibuk mengejar kerjaya dan hanya pulang ke rumah untuk melepaskan lelah dan melelapkan mata maka anda dan pasangan tidak ubah sepetti rakan serumah.
Ibarat pokok yang perlu dibaja, kasih sayang juga begitu. Perlu disulam dengan dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain dan saling berbicara tentang diri masing-masing.
Kebahagiaan hilang bila tiada lagi kemesraan dalam rumah tangga. Suami sibuk, isteri pun sibuk.
Suami makan sorang, isteri pun makan sorang…suami kat ruang tamu sorang, isteri pun kat dapur sorang…suami mengadap telefon sorang, isteri pun mengadap telefon sorang.
Duduk serumah, tidur sekatil, tapi kemesraan tu dah makin hilang hari demi hari. Nak kata makin lama berumah tangga, makin tak mesra tu normal, tak boleh jugak…nak kata makin tua kita, makin tak rasa nak bermesra tu biasa, pun tak boleh jugak…
Sebab hati masing-masing tu perlu di isi dengan kasih sayang, gelak tawa, gurau senda…ini pengikat hubungan, ini yang membuatkan hubungan itu mampu kekal untuk tempoh yang lama…
Kita lupa nak bermesra dengan pasangan bila dah sibuk dengan urusan masing-masing…kita rasa macam tak ada masa nak buat semua tu…lama-kelamaan, kita dah kurang mesra antara satu sama lain dan kebahagiaan itu mulai hilang…
Benda kalau dah hilang, nak “cari balik” tu bukannya senang…
Kesimpulannya dalam sesebuah rumah tangga, pastikan suami isteri luangkan masa untuk berbual. Tidak perlu lama. Sebelum masing-masing melelapkan mata, cubalah berbual seketika. Ketepikan telefon pintar sebentar.
Jika anda dan pasangan hanya sibuk dengan urusan harian masing-masing, lama-kelamaan rasa sayang itu akan semakin pudar. Lebih buruk lagi rasa kasih sayang itu akan lenyap pada diri masing-masing. Itu yang kita tidak mahu.
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan yang pernah menarik perhatian Malaysia ini. Nur Afilah Amir Rusdi dan suami, Adama Mohamed Camara pernah satu ketika dahulu menjadi sebutan kerana perkahwinan mereka berlainan budaya dan etnik.
Kredit foto: Instagram Fila Amir
Jejaka dari Guinea ini berjaya menawan hati Afila atau lebih mesra disapa Fila dan mereka kini telahpun mempunyai empayar perniagaan sendiri di Guinea.
Baru-baru ini, Fila berkongsi journey IVF bersama followersnya. Sejak tahun 2019 lagi pasangan ini sudahpun menjalani rawatan kesuburan.
Mungkin belum rezeki untuk menimang cahaya mata, rawatan IVF yang dijalankan pada Oktober lalu belum membuahkan hasil. Istimewanya, baik Fila mahupun Adama, masing-masing menerima ketentuan ini dengan hati terbuka.
Kredit foto: Instagram Fila Amir
Kredit foto: Instagram Fila Amir
“Alhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah. Kami bersyukur diberi peluang untuk jalani IVF. Kami bersyukur diberi peluang untuk usaha cari jalan. Perjalanan ni buatkan kami lebih kuat. buatkan kami lebih dekat dan kasih sayang kami lebih mendalam (tiber nak jiwang)
Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dh banyak doctor kami jumpa, sampai la doc ni. InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dari 2019 dulu. dah lama ni simpan sorang-sorang.
Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya.”
Kredit foto: Instagram Fila Amir
Kongsi Fila, rawatan IVFnya bermula pada Mac 2022 lagi. Kemudian, pada 15 April 2022, doktor rawatan seterusnya adalah pembuangan tiub fallopio.
“9 September 2022, Fila sudah mula buat rawatan. Setiap pagi Adama akan menjadi ‘doktor’, beri tiga suntikan menggalakkan telur. pada 14 Oktober 2022 pula, pemindahan embrio dilakukan.
Pada awalnya, bacaan HCG nampak cantik (tinggi) dan kebarangkalian ada tanda hamil. Namun bila kami datang semula untuk mendapatkan hasil keputusan IVF, HCG turun. Nampaknya belum rezeki kami untuk menimang cahaya mata. ”
Jauh juga pasangan ini mendapatkan rawatan demi untuk mendapatkan zuriat. Menurut ruangan komen, Fila memilih Dr. Thokha Muhammad, Obstetrician & Gynaecologist dari Regency Specialist Hospital, Johor.
Rata-rata netizen mendoakan mudah-mudahan Fila dan Adama dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah bertahun kahwin, mesti peti sejuk yang sedia ada di rumah tidak lagi cantik seperti awal-awal beli. Dalam masih elok tetapi permukaan peti jadi sebaliknya, ini boleh menyebabkan golongan isteri rasa nak beli baru!
Hah, jangan bimbang! Ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru, Encik Suami boleh tolong godek untuk beli jiwa isteri kejap.
Peti Sejuk Lama Jadi Baru Balik, Suami Boleh ‘Beli Jiwa’ Isteri Cara Ini
Ini cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Cantik, bukan? Jimat duit poket suami kita. Peti sejuk lama masih boleh guna, kenapa pula nak membazir beli baru? Cuba tip ini ya, suruh suami anda buat kejap.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!