
Roti sedap enak dinikmati ketika masih panas-panas lagi. Sebenarnya tidak susah pun untuk memasak roti. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jika anda tiada oven, roti boleh dimasak dengan cara kukus.
Resipi roti yang dimasak dengan kaedah kukus seperti dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad berikut memang sangat mudah. Hasilnya roti gebu dan cantik. Sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan juga hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS GEBU
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan mentega yang dicairkan untuk topping
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik dua kali ganda. Selepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulat-bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Boleh guna loyang saiz 6 inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6. Balut loyang dengan ‘cling wrap’ tetapi jangan terlalu ketat. Bagi ruang untuk roti mengembang semasa dikukus.
7. Kukus dengan api sederhana selama 35 minit hingga 40 minit.
8. Apabila roti sudah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Enak juga dinikmati dengan kari dan juga kuah sardin.
TIP PENTING:
– jika doh agak lambat kembang, jangan panik. Tunggu sahaja sehingga doh betul-betul kembang kemudian bolehlah dikukus.
– doh akan mengembang lagi ketika dikukus.
* jangan balut loyang terlalu ketat semasa mengukus. Roti tidak dapat mengembang dan tidak menjadi gebu.
Sumber: Khairunnisa Mohammad
Ustaz Datuk Kazim Elias Kongsi 4 Punca Kenapa Perkahwinan Tu Tak Bahagia.

Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
NAK JAGA LAKI NI SENANG JE BAK KATA USTAZ KAZIM.
1- BAGI MAKAN KENYANG-KENYANG. ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA SEGALANYA DIKIRA IBADAH. AAMIIN YA RABB.
2- MANA SUAMI TU PERGI, IKUT ! HAHAHA ?
SELAGI HANG BOLEH IKUT, IKUT.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️
Perkongsian bermanfaat dari Farahin Ashaari
Kulit Tak Kendur Bila Amalkan Jus Pegaga Sekali Seminggu

Penjagaan kulit adalah sangat penting bagi mereka yang ingin sentiasa tampil awet muda, mengamalkan sayur-sayuran sangat dapat membantu anda memelihara kulit.
Banyak tips yang dikongsikan oleh ramai orang berkenaan dengan kecantikkan kulit, dan kebanyakkannya adalah khasiat daripada syur-sayuran seperti tomato, bendi, terung dan sebagainya.
Mungkin ada diantara kita ramai yang tidak tahu khasiat sayur yang satu ini, iaitu sayur pegaga. Cara pengambilannya sama ada anda makan secara ulaman ataupun jus, ianya mampu membantu anda menjaga kulit anda dan hindarkannya daripada menjadi kendur sebelum tiba masanya.
Kalau nak kulit sihat dan cantik semulajadi minum lah jus pegaga. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu. Amalkan Jus Pegaga Sekali Seminggu, Kesannya Kulit lebih Anjal, Sihat & Cantik Secara Semulajadi
Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur. Kami share resepi kat sini.
Bahan-Bahan:
- Daun pegaga 7-11 helai
- 1 gelas air suam
- Madu @ raw cane sugar
- Susu segar @ susu tepung (option)
Cara Membuat:
Kisar daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum.
Amalkan jus ini sekali seminggu.
Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.
Selamat Mencuba! Petikan dari Puan Sumayyah Abdullah
Nak Cinta Suami Terus Melekat, Lakukan 12 Cara Mudah Ini Agar Anda Tampak Seksi Di Mata Suami!

Seksi bukan sekadar terletak pada postur tubuh yang menggiurkan semata-mata. Pada mata lelaki, wanita boleh nampak seksi dengan pelbagai cara. Buat mereka yang sudah berumah tangga, wanita harus sentiasa nampak “seksi” untuk memikat hati suami.
Jangan biarkan anda terlihat tidak menarik di depan suami. Walaupun sudah berkahwin bertahun lamanya, anda harus sentiasa kelihatan menarik untuk suami tercinta.
Jom kita lihat 12 cara yang cukup mudah untuk nampak dan menjadi seksi agar suami anda terus terpikat dan menyayangi anda!
1. BERTENTANG MATA
Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekali-sekala, pautan mata ketika berbicara dapat menawan hatinya. Dan lirikan manja
pula memberi tanda kepadanya yang anda berminat untuk berhubung dengan lebih serius.
2. BIAR TERLERAI
Diakui, lelaki gemar wanita berambut panjang, apatah lagi membiarkan ia beralun cantik ditiup angin lembut. Loose bun atau ponytail adalah gaya ikatan rambut yang boleh membangkit rasa teruja mereka.
3. SERLAHKAN GAYA GLAM
Walau hanya mengenakan kemeja-T putih polos, anda boleh kelihatan seksi dengan padanan legging dan kasut tinggi serta rantai dempak. Kadangkala, bersederhana itu yang terbaik.
4. SIHAT
Wajah pucat dan terlampau kurus bukanlah sesuatu yang baik dan seksi. Amalkan makanan berkhasiat dan minum banyak air bagi melancarkan sistem badan.
5. TONJOLKAN KELEBIHAN
Jika anda mempunyai warna mata menawan, serlahkan solekan mata dan berinteraksi dengan baik menggunakan jelingan manja. Atau jika gigi anda putih berseri, sentiasa ukir senyuman manis yang buat si dia tidak kelip mata.
6. KULIT SIHAT DAN BERSERI
Kulit kusam menjadikan penampilan tidak bermaya. Pastikan losen tangan dan badan sentiasa ada dalam beg tangan. Ditambah lagi dengan losen yang mempunyai shimmer, kulit anda nampak berseri dan seakan bercahaya. Ia juga dapat membuatkan kulit anda lembut dan mendebarkan hatinya tatkala tangan kalian bertaut mesra.
7. YAKIN DAN BIJAK
Apabila anda selesa dengan apa yang anda pakai dan bersikap positif, ia dapat meyakinkan orang sekeliling mengenai diri anda. Wanita yang dapat berdikari serta berkeyakinan tinggi amat disukai lelaki di zaman moden kini.
8. SIHAT
Wajah pucat dan terlampau kurus bukanlah sesuatu yang baik dan seksi. Amalkan makanan berkhasiat dan minum banyak air bagi melancarkan sistem badan.
9. POSTUR BADAN
Jangan membongkok kerana ia memperlihatkan sisi diri anda yang tidak yakin dengan diri sendiri. Sama ada duduk atau berdiri, tegakkan postur badan. Seperti penari, pinggul dan bahu mereka selari sekali gus menonjolkan bentuk tubuh.
10. WANGIAN LEMBUT
Sesiapa juga yang mendekati pasti tertarik tatkala menghidu wangian di tubuh anda. Ia sekali gus memberi keyakinan pada diri dan orang sekeliling memandang anda sebagai pembersih.
11. KASUT TUMIT TINGGI
Ini adalah rahsia utama untuk kelihatan seksi. Walau anda bergaya kasual, kasut tinggi bisa melengkapkan gaya dan menukar penampilan anda secara automatik menjadi fashionista.
12. WARNA MERAH
Rona ini sentiasa menjadi simbol sensual pada wanita. Tidak kira gincu, busana merah mahupun sepatu, merah menjadi mainan psikologi yang membangkit ghairah lelaki.