Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Namun, kita disarankan untuk berusaha dan merancang. Sememangnya bukan mudah untuk mencari pasangan. Apatah lagi yang cantik di mata, bahagia di jiwa. Kalau tersalah pilih, takut derita datang melanda. Terlalu memilih pula, takut membujang sampai ke tua.
Untuk membantu anda menggapai bahagia, silalah rujuk panduan berguna yang tersedia.
1. Sememangnya telah ditetapkan bahawa setiap orang itu berpasang-pasangan. Biasanya jodoh itu tidak jauh daripada kita. Hanya kita sahaja yang adakalanya tidak menyedarinya.
2. Untuk dipertemukan dengan pasangan, anda tidak boleh hanya berserah pada takdir. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan agar jodoh itu cepat sampai. Jangan mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga berjumpa jejaka idaman.
3. Serlahkan hidup anda dengan sebaik mungkin agar diri anda dapat menarik perhatian bakal pasangan anda nanti. Daya tarikan yang sebenarnya adalah daripada hati yang murni dan elakkan daripada perasaan negatif terhadap orang lain. Sayangilah orang di sekeliling anda supaya anda juga diberikan kasih sayang yang sama.
4. Tarikan lelaki pada sikapnya. Untuk perempuan pula adalah wajah dan bentuk badan. Oleh itu, anda perlu selalu menjaga penampilan, kecantikan dan kesihatan diri.
Ads
5. Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta itu datang tanpa dipaksa. Ia lahir di dalam jiwa yang sedia menerima kehadirannya.
6. Ramai yang kecewa dan terlepas peluang kerana lambat meluahkan hasrat di hati. Tidak salah sekiranya anda yang memulakan langkah pertama menghulurkan salam perkenalan.
7. Beri tumpuan kepada minat dan perasaan pasangan anda. Layan bakal pasangan anda dengan baik walaupun baru berkenalan. Wujudkan suasana selesa. Namun, jangan sesekali melampaui batasan agama. Adalah lebih baik jika anda membawa orang ketiga setiap kali bertemu muka.
8. Latih diri untuk pandai mendampingi orang lain. Buang perasaan benci dan gantikan dengan perasaan kasih sayang berterusan.
Ads
9. Lelaki mudah tertarik pada perempuan yang tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian.
10. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Jangan terlampau kedekut semata-mata untuk berjimat.
11. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang boleh memalukan bakal pasangan. Senyuman ikhlas dan wajah yang menawan bakal meleraikan setiap kekusutan.
Ads
12. Keserasian adalah tarikan. Carilah bakal pasangan yang berkongsi minat yang sama. Jika ada perbezaan, jangan jadikan alasan untuk memutuskan perhubungan. Adakalanya, cara yang berbeza itu adalah pengikat kuat sesebuah perhubungan.
13. Perempuan membentuk hubungan melalui perbualan. Lelaki pula membentuk hubungan melalui aktiviti yang dilakukan bersama.
14. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai dan tidak digemari oleh bakal pasangan.
15. Berikan pujian yang ikhlas untuk memotivasikan pasangan. Jika perlu membuat kritikan, lakukan dengan tertib untuk tidak menyinggung perasaan si dia.
16. Orang yang berasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada diri dan bentuk keyakinan diri. Dalam pada itu, carilah pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pastikan anda tahu tudung macam mana nak pakai untuk nampak berseri semasa majlis itu nanti.
Pilih Tudung Pengantin
Menerusi perkongsian wanita, Ijatishii, ini antara pilihan hijab style yang sesuai based on face shape anda, jom semak!
1. Shawl Hijab
Shawl hijab biasanya sesuai untuk all face shape tetapi kalau anda mempunyai bentuk wajah Rectangular & Heart Face Shape, lagi kelihatan cantik pakai untuk wedding.
2. Shawl Melekap + Veil
Ini pun salah satu trend sekarang, pakai shawl dan kemudian tambah veil on top whether lace ke beads. Cantik, bukan? Untuk anda yang suka gaya ini, paling sesuai kalau anda mempunyai bentuk wajah Oval & ROund Face Shape.
3. Turban Hijab
Zaman moden, semakin ramai orang suka pakai jenis turban untuk lari daripada kebiasaan. Tetapi ini paling susah nak nampak cantik kecuali jika anda mempunyai bentuk wajah Heart, Oval & Diamond Face Shape sebab kalau anda wajah anda bulat, hasilnya akan nampak lebih bulat bila pakai turban.
4. Bawal Hijab
Akhir sekali, bawal hijab ini sesuai untuk pengantin yang ada Diamond, Oval & Heart Face Shape. Bila pakai macam ini nampak pengantin lebih kemas dan selesa, cuba anda lilit style lain dari kebiasaan. Mesti nampak stunning!
Okay, nampak banyak pilihan, bukan? Jadi anda boleh refer gambar di atas untuk tengok mana satu tudung kahwin yang patut anda pakai waktu hari bahagia nanti. Semoga berhasil!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasan aura romantis jelas terpancar pada iringan cenderahati berhias indah dan mewah. Agungnya cinta yang bertakhta di hati terlakar jelas pada setiap pilihan cenderahti yang dipersembahkan kepada si maharani. Sentuhan magis pada setiap cenderahati membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.
Tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan ialah untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang datang memeriahkan majlis resepsi. Setiap kali hadir ke majlis resepsi perkahwinan tentunya buah tangan daripada mempelai menjadi perhatian tetamu.
Cenderahati berpaksikan tema vintaj misalnya boleh dijadikan pemberian unik untuk dibawa pulang oleh tetamu yang datang memeriahkan majlis hari bahagia pasangan raja sehari.
Bagi pasangan mempelai, cenderahati merupakan perlambangan tanda penghargaan kepada para tetamu kerana kesudian memeriahkan hari bahagia mereka.
Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan tanpa buah tangan buat para tetamu yang hadir meraikan hari bahagia pasangan mempelai. Pilihan cenderahati tidak tertumpu hanya pada barang hiasan tetapi juga boleh meliputi aksesori perhiasan diri.
Gubahan cenderahati lebih sempurna apabila turut diolah bersama pilihan bunga hiasan daripada fabrik net, sangkar burung dan juga kotak metalik berbentuk heksagon. Injeksi reben dan bunga hiasan mampu menambah keindahan persembahan cenderahati. Tidak perlu terlalu sarat. Cukup sekadar hiasan minimum.
Raikan kunjungan tetamu dengan iringan buah tangan bertemakan konsep moden English di majlis bersejarah. Pilihan warna-warna lembut cukup ‘sejuk’ dan tenang dipandang. Pasti para tetamu berasa gembira dan rasa cukup dihargai tatkala menerima pemberian ole-ole daripada pasangan mempelai.
Pilihan warna bungkusan cenderahati jangan dilupa. Pilihan warna bungkusan haruslah seiring dengan tema majlis. Jika cenderahati dibuat sendiri, pastikan masa diperuntukkan secukupnya untuk menyiapkan semua cenderahati.
Selain manisan dan bunga telur sebagai cenderahati untuk dibawa pulang, cipta kelainan dengan memberikan set manikur kepada para tetamu. Set manikur misalnya merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal kerana ia bukan sekadar cenderahati yang hanya dijadikan perhiasan tetapi boleh digunakan kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak berita perkahwinan muda yang kita dengar baru-baru ini. terkini, seorang remaja berusia 17 tahun berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun. Pasangan yang mendapat restu kedua-dua keluarga ini tular dan mendapat liputan ramai.
Biar apa pun ceriteranya, apabila sudah bergelar suami isteri, tanggungjawab perlu dilaksanakan bersama. Ramai juga yang ingin kahwin di awal usia takut untuk sampaikan niat kepada ibu bapa. Apakata persiapkan dengan perkara ini sebelum berani confront mak ayah.
Niat
Apabila sudah bertemu dengan pasangan yang sesuai, terus pasang niat untuk mengahwininya. Bila ada niat, senanglah nak uruskan diri dan kehidupan dari situ. Maknanya, anda ada misi untuk dicapai.
Persediaan ekonomi
Nak kahwin bukan hanya setakat lafaz nikah sahaja. Sebagai lelaki terutamanya, anda sendiri perlu ada kestabilan ekonomi. Nak sara keluarga bukan hanya makan minum tetapi termasuklah tempat tinggal, nafkah dan keperluan harian.
Buat bakal isteri pula, anda juga perlu ada simpanan sendiri. sedikit sebanyak bolehlah meringankan beban kewangan suami apabila sudah bersatu nanti.
Komited
Ada yang kata, lelaki takut komitmen. Tunjukkan kepada pasangan dan keluarga anda yang anda mampu memberi komitmen sepenuhnya kepada pasangan. Jadilah lelaki yang gentleman. Jangan takut tentang tanggungjawab kerana lelaki yang bersedia untuk berkahwin akan melalui setiap ujian dengan hati terbuka.
Matang
Lelaki lambat matang dari wanita. Tetapi jika anda merasakan sifat kematangan itu ada, teruskanlah niat untuk berkahwin. Matang bukan hanya dari segi perwatakan tetapi hati dan fikiran. Jangan terlalu cepat melatah dalam apa keadaan sekalipun. Rasionallah!
Banyakkan berdoa
Kita hanya meminta kepada Allah agar dipermudahkan niat untuk membina masjid. Perbanyakkan doa agar urusan anda untuk menambat hati keluarga dan pasangan diredhai Allah.
Kenalkan pasangan kepada keluarga
Saat anda merasakan hati semakin ringan untuk menjadikan teman wanita sebagai isteri, bawalah dia bertemu keluarga anda. Jadikan pertemuan itu eksklusif. Bermaksud, wanita yang dibawa menemui keluarga itu adalah wanita yang bakal bersama anda melayari bahtera perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!