Suami tidak suka mandi dan tidak tahu menunggang motosikal antara penyebab kepada kes perceraian di Kuantan.

Malah punca itu dikesan menjadi penyumbang kepada statistik perceraian di Kuantan yang secara purata merekodkan kira-kira 1,000 kes setiap tahun dalam tempoh dua tahun sejak 2016.

Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain berkata, sejak dua tahun lalu, pihaknya menerima 5,000 permohonan berkahwin dan dalam tempoh sama sebanyak satu perlima daripada jumlah itu memohon untuk bercerai.

Katanya, statistik itu amat membimbangkan kerana menyumbang kepada peningkatan kes perceraian membabitkan keluarga Islam di daerah ini.

“Kadang-kadang yang datang untuk mohon bercerai apabila kita adakan sesi kaunseling alasan memang remeh, suami tidak suka mandi, suami tidak tahu menunggang motosikal malah suami pakai baju sama selama seminggu menjadi sebab (perceraian).

IKLAN

“Jadi kita cuba menyelamatkan perkahwinan mereka dengan mengadakan sesi kaunseling dan beri tempoh kepada pasangan untuk berubah,” katanya ketika ditemui NSTP, di Kuantan, hari ini.

Rupanya Ramai Berpisah Sebab Suami Jenis Berbau Dan Malas Mandi

Abdul Zaki berkata, kebanyakan sesi kaunseling rumah tangga yang dijalankan pihaknya mengambil tempoh masa tertentu malah ada yang berlanjutan hingga lebih setahun untuk diselesaikan.

IKLAN

Katanya, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan (PAID) sentiasa membantu memberikan khidmat nasihat dalam menyelamatkan rumah tangga masyarakat Islam terutama dalam aspek membaik pulih hubungan masing-masing.

“Kita di PAID ada dua bilik untuk adakan sesi kaunseling dengan kaunselor bertauliah. Ia bukan proses yang mudah kerana kita perlu dengar luahan daripada kedua belah pihak sebelum membuat rumusan. Selepas itu, baru kita lihat kaedah apa yang boleh digunakan dalam memberikan nasihat kepada mereka,” katanya.

IKLAN

Rupanya Ramai Berpisah Sebab Suami Jenis Berbau Dan Malas Mandi

Menceritakan pengalamannya memberikan khidmat nasihat kepada pasangan yang ingin bercerai disebabkan alasan kecil, beliau sedaya upaya akan meminta pasangan itu berubah ke arah kebaikan dan memberi tempoh kepada pasangan terbabit untuk berubah.

“Isteri mengadu suami tak pandai menunggang Motosikal, dia (isteri) hari-hari kena hantar suami ke tempat kerja. Dalam kes ini saya cuba menasihatkan suami dengan cara positif supaya dia boleh berubah ke arah kebaikan.

“Ada yang mengadu suami tak suka mandi sampai seminggu, baju pun tidak mahu tukar. Kes ini kita akan tekankan aspek kebersihan kepada suami dan selitkan hadis mengenai kebersihan yang dituntut oleh Islam,” katanya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI