Kadang-kadang kita ni apabila berjumpa kawan lama atau saudara mara yang dah lama tak jumpa, mulut ringan untuk berborak. Paling seronok bila bercakap mengenai anak-anak. Itulah topik paling hangat. Dalam perkongsian di TikTok Era Yusnita, tersentuh juga hati apabila orang lain asyik bertanya soal zuriat.

Sayu Isteri Bila Ada Yang Bertanya Tentang Zuriat, Ini Tip Buat Suami Isteri ‘Bangkit’ Dengan KebahagiaanSayu Isteri Bila Ada Yang Bertanya Tentang Zuriat, Ini Tip Buat Suami Isteri ‘Bangkit’ Dengan KebahagiaanSayu Isteri Bila Ada Yang Bertanya Tentang Zuriat, Ini Tip Buat Suami Isteri ‘Bangkit’ Dengan Kebahagiaan  Video ini mendapat perkongsian yang sangat banyak. Malah video penuhnya boleh anda tonton di SINI.

.

Dalam satu perkongsian daripada Andy Sulaiman, ini katanya.

Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan? Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia. Ini antara beberapa tip yang boleh kau ingat, semoga bila kau suami isteri down, kau kembali senyum dan hidup kekal bahagia:

1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.

Ads

2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?

Sayu Isteri Bila Ada Yang Bertanya Tentang Zuriat, Ini Tip Buat Suami Isteri ‘Bangkit’ Dengan Kebahagiaan
.

3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!

Ads

4. Tak banyak disoal di Akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.

5. Pahala free
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?

6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.

Ads

7. Tuhan tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.

8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.

Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan kau suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan. Ok setakat itu sahaja perkongsian aku. Kau teruskan usaha, doa dan tawakal. Usaha yang ni kan sedap. Semoga berhasil.

Sumber: Andy Sulaiman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI