Hari perkahwinan pastinya menjadi momen yang mampu menggetarkan jiwa dan hati sesiapa sahaja terutamanya orang tua. Selain ibu, ayah juga pastinya menjadi orang yang paling merasakan kehilangan kerana terpaksa merelakan anak perempuannya untuk hidup bersama lelaki pilihan.

Seorang ayah yang jiwanya mungkin lebih tenang dan jarang sekali berbicara berbanding ibu, pasti ada sesuatu yang anda tidak tahu tentang isi hatinya yang sangat lembut terhadap anak perempuan.

Sebelum bergelar isteri, hayatilah tujuh nasihat berguna yang sering dilafazkan seorang ayah buat anak perempuannya menjelang hari perkahwinan. Semoga nasihat ini akan anda sematkan sepanjang anda dna pasangan melayari kehidupan rumah tangga dengan bahagia.

1. Tetaplah saling mencintai buat selama-lamanya

“Anakku, memang benar cinta bukanlah segala-galanya. Namun tanpa cinta, segalanya tidak akan ada. Sentiasalah saling mencintai buat selama-lamanya. Percayalah bahawa kalian adalah dua makhluk yang memang ditakdirkan untuk hidup bersama.”

IKLAN

2. Sentiasalah bersama menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan

“Anakku, aku dan ibumu akan segera melepaskan kamu laksana penjaga pantai yang melepaskan sebuah pelayaran ke lautan dalam. Bahtera yang telah kalian persiapkan ini akan segera belayar dalam menempuh pelbagai dugaan yang mendatang.”

3. Bukalah matamu sebesar-besarnya sebelum bernikah dan tutuplah rapat-rapat matamu setelah bernikah

“Anakku, kalian berhak memilih siapa pun yang menurut kamu terbaik sebelum kamu bernikah dengan tetap membuka mata sebesar-besarnya. Namun, tutuplah rapat mata kamu setelah bernikah dengan hanya melihat antara satu sama lain.”

IKLAN

4. Tak perlu berlebihan dan hiduplah secara sederhana, namun cukup adalah lebih baik

“Anakku sayang, bukan harta yang menjadi perkara utama yang harus kalian cari, namun carilah kebahagiaan yang hakiki. Untuk itu, kalian tidak perlu berlebihan. Hiduplah secara sederhana namun cukup dengan penuh ketenangan hati.”

5. Mulalah belajar menjadi orang tua yang baik

“Anakku, jika pada saatnya nanti telah tiba giliran kalian untuk menjadi orang tua, maka jadilah orang tua yang baik. Sentiasa membimbing dan membesarkan anak-anakmu dengan penuh cinta dan kasih sayang.”

IKLAN

6. Teruskanlah belajar menerima antara satu sama lain

“Pasangan kamu umpama sehelai demi sehelai buku yang tidak akan habis dibaca. Untuk itu, sentiasalah belajar dan jangan jemu menerima kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain.”

7. Sentiasalah saling menjaga dan bertanggungjawab antara satu sama lain

“Dari hidup berdua, kalian nanti akan membina sebuah keluarga kecil seperti aku dan ibumu dahulu. Untuk itu, sentiasalah saling menjaga dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Kalian merupakan harta yang tidak ternilai untuk masing-masing.”

Sumber: brilio.net

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI