
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita di majlis paling bahagia. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda disolek oleh jurusolek pilihan anda.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.
Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Orang Tidur Awal Dikatakan Lebih Bahagia

Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari.
Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia.
Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,
Turun Berat Badan
Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan.
Mudah rasa tertekan
Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Susah Tidur
Kosongkan fikiran
Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur.
Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang
Beristirehat waktu malam
Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda.
Elakkan minum air berkafein
Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur.
Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur.
Elakkan Dari Bunyi Bising
Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising.
Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.
Riadah waktu petang
Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga.
Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata.
Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
Pastikan Tempat Tidur Nyaman dan Selesa
Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur.
Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur.
Baca Doa Sebelum Tidur
Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t.
Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang.
Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda. Sekian petikan dari Myinfoharian.com
Bakal Pengantin Boleh Amal Makan Dan Skrub Guna Tomato 4 Bulan Sebelum Majlis Bermula

Kajian saintifik sekumpulan ahli dermatologi di United Kingdom membuktikan tomato memberikan nutrisi asas kepada kesihatan kulit selain membantu melindunginya daripada pancaran terik matahari.
Pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopena yang menawarkan khasiat antioksida semula jadi membantu meningkatkan keanjalannya.
Menyedari pentingnya khasiat yang terkandung di dalamnya, pemilik pusat dandanan diri, DS Pesona Beauty, Datin Nur Samsidar Mohd Zain, likopena dalam tomato berkesan sebagai bahan antioksida melindungi badan.
Khasiat tomato juga katanya, dijadikan ramuan asas untuk mengurangkan masalah jerawat selain mengecilkan liang roma.
“Kandungan tomato diperkaya beta-karotin, vitamin A dan C serta asid folik berupaya mengekalkan keanjalan dan melambatkan proses penuaan.
“Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan,” katanya.
Nur Samsidar yang juga pengasas produk penjagaan kulit Voqq Skincare, berkata elemen penyejuk dalam tomato melembutkan tekstur kulit yang kasar.
“Astringen terkandung dalam tomato menghapuskan minyak berlebihan. Kandungan vitamin A dan pula membantu mencerahkan kulit yang kusam.
“Sebagai pengusaha spa, saya berpeluang membuat penyelidikan mengenai produk yang sesuai dengan kulit pelanggan. Berdasarkan daripada maklum balas itu, saya menghasilkan produk sendiri,” katanya.
Tomato membantu mengurangkan masalah jerawat
- Menyejukkan kulit dan menyerap minyak pada wajah
- Tomato membantu mengurang bintik hitam pada wajah
- Mengecilkan liang pori kulit wajah.
- Mengatasi kulit kering dan membuatkan kulit cerah sekata.
- Jus tomato membantu menurunkan berat badan.
- Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur ju stomato pada rambut
Tak Perlu Mahal-Mahal, Lelaki Ini Kongsi Rutin Penjagaan Muka ‘Mampu Milik’

Betul ke kaum wanita je nak cantikkan wajah, lelaki tak? Ada juga yang mendakwa kalum lelaki juga cerewet bab muka ni. Tak semua wanita dan lelaki yang terlalu cerewat bab penjagaan kulit wajah. Apa yang mereka nak adalah ada rutin yang paling basic skincare supaya dapat jaga kulit wajahnya.
Tak perlu pun guna jenama-jenama mahal, asalkan produk tu sesuai untuk kulit korang je. Yang paling penting anda kena tahu dahulu kulit masing-masing.
Selalunya wanita akan kongsikan rutin skincare, tapi lain pula untuk kaum lelaki. Lelaki ini telah kongsikan rutin asas untuk penjagaan kulit wajah di laman Twitternya Hilmie Hafiz.
“Sebelum dan selepas. Perlukah saya letak rutin harian skincare?”
“Jenis kulit aku adalah gabungan antara kulit kering dan berminyak. So, kepada korang yang skin type lain tu you may follow tapi kena berhati hati juga ya?”
Menurut Hilmie, rutin harian pada waktu pagi adalah dengan menggunakan cleanser selama 6 bulan. Setakat ini, ianya sangat berkualiti dan benda paling penting adalah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Lepas cleanser aku akan guna Toner. Untuk pengetahuan korang, kulit muka aku ni kulit muka murah. Jadi, alhamdulillah laa tak berabis duit sgt kat skincare product. This is my Toner Safi Rania Gold. Its only cost me like RM 12 je 100ML.
“Selepas pakai Toner bagi dia meresap masuk kulit aku akan guna Essence this Snail Essence bagus untuk moist kan kulit kau dan bagi hidrasi kulit korang. Best gila sebab dia likat. Yang ni kalau beli kat Shopee dalam RM 45 tak silap aku. Tahan berbulan bulan.”
Katanya, benda paling bagus tentang produk Safi yang digunanya sangat berkesan. Lepas menggunakan essence, dia juga mengamalkan youthful elixir daripada Safi.
“Lepastu aku pakai serum dari wardah serum ni bagus sbb dia bg light kan kau punya scar. Best gak. Murah dalam RM 24 satu kotak. Satu kotak ada 6 botol.”
“Second last aku guna moisturizer dari Safi juga yang ni oxy white murah teruk 12rm je. Best yaaaa sbb ada SPF 20++. Last but not least untuk morning routine is yang ni paling penting yaaa. Sangat penting kau da guna semua product lepastu tak pakai Sunscreen mmg membazir laaa. Yang ni paling best untuk kulit aku.”
Rutin Waktu Malam
“Night routine sama je tapi ada laaa tambahan product product dia. So, lepas balik keja nak mandi kau cuci dulu muka kau dengan this oil cleanse buat double cleanse. Letak kat tangan kering cuci kat muka yang kering gak. Dah gosok sental kau amek air sikit kau cuci bagi dia keluar mcm liquid putih then you good to go untuk second phase cucian guna cleanse yang sama mcm tadi.”
“Untuk scrub pulak aku akan pakai St. Ives punya Scrub best gilaa lepas scrub confirm muka halus. Paling penting tentang scrub dia akan tanggalkan sel sel kulit mati korang.”
“Lagi satu. Pasal pores cara aku nak clearkan unclogged pores aku akan pakai Salicylic Acid dari The Ordinary untuk keseluruhan biarkan dalam 20min lepastu letak clay mask. Aku pakai innisfree charcoal mask. Lepastu biar kering dan cuci. Boleh buat dalam 2-3kali seminggu.”
“Ohh ya lepas korg da pakai segala serum and essence tu before moisturizer apa kata korang pakai Sheet mask. Yeah sheet mask juga membantu hydrate kan muka ya . Aku ada sekotak sheet mask.”
“Okay nampak mmg banyak. Tapi basic Skincare kau kena ada 5 je,
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Moisturizer
5. Sunscreen
Katanya, untuk scrub muka yang jenis berjerawat lebih baik elakkan kerana ia akan membuatkan jerawat anda lagi teruk. Lebih baik cuba untuk rawat jerawat dulu sebelum menggunakan skrub.
Sumber: HilmieHafiz, beautiful nara