Baru melahirkan anak sulung minggu lalu, Dr Amalina Che Bakri akhirnya berkongsi foto anaknya yang comel. Ibu dan bapa baharu ini begitu gembira dengan kehadiran si kecil tersayang!
Kredit foto: Instagram Dr Amalina Che Bakri
“We would like to introduce our beautiful princess, Arabella Mia, born last week at St. Thomas’ Hospital. We adore her and cherish every moment with our little bundle of joy. We are excited to see what the future holds, Alhamdulillah. Lots of love” – Amalina & Alex
Dr Amalina Che Bakri dan Alexander Charles melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2021 bertempat di Masjid Central London. Majlis yang dihadiri teman rapat dan ahli keluarga ini sebenarnya sudah beberapa kali bertangguh kerana perintah kawalan pergerakkan.
Ads
Beruntung Dr Amalina kerana menurutnya, cuti bersalin yang boleh digunakan di United Kingdom adalah selama setahun dan menerima gaji penuh untuk lima bulan. Bertuahnya! Perkongsian Dr Amalina tentang kelebihan ini mendapat perhatian rakyat Malaysia. Tentulah ibu di Malaysia ni ‘cemburu’!
Ads
Kredit foto: Instagram Dr Amalina Che Bakri
Tahniah Dr Amalina dan selamat berpantang!
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada orang kata, muka sama biasanya sebab jodoh kuat. Agak-agak sejauh mana kesahihan kenyataan tersebut, sekadar penyedap hati atau itu memang fakta?
Okay jom tengok cermin, muka anda sama tak dengan pasangan hidup? Ada sipi-sipi pun dah cukup baik.
Menerusi bebenang di Twitter, pakar psikiatri iaitu Dr. Rostam mendedahkan beberapa fakta mengenai isu muka sama. Ujarnya fakta ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik.
Antara fakta yang dikongsinya adalah:
Menurut Dr. Rostam berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2011, individu memiliki kecenderungan untuk memilih pasangan yang mempunyai muka yang sama seperti diri sendiri.
Selain itu, ada juga yang memilih pasangan yang muka sama seperti ibu bapa mereka. Kiranya, macam auto jadi pilih muka sama.
Manakala dari segi teori “Assortative Mating” pula, pakar psikiatri ini mengaitkan tentang fakta corak berpasangan dan bentuk pemilihan seksual. Ujarnya, setiap individu akan memilih pasangan mereka berdasarkan ciri fizikal dan strata sosial yang sama.
Tak dinafikan kebanyakan pasangan ini bukan sahaja mempunyai wajah yang sama, malah personaliti pun boleh seakan-akan sama juga. Ini kerana setiap individu yang mencari pasangan, mereka akan memilih individu yang mempunyai tabiat, bahasa badan yang sama.
Ini bertujuan untuk membentuk ikatan emosi yang selesa dan membina kepercayaan.
Jangan terkejut pula, bila pasangan sakit dan anda juga akan jatuh sakit. Kalau nak tahu selain daripada muka yang sama, sistem imun juga boleh menyerupai antara satu sama lain.
Miliki wajah yang sama ini boleh terjadi disebabkan oleh pengalaman hidup bersama. Ini terdiri daripada emosi dan cabaran yang diharungi bersama. Hah, cuba perhatikan pasangan, mana tahu mungkin kedudukan kedutan atau tahi lalatnya berada di tempat yang sama.
Malah cara senyum pun sama sebiji!
Menerusi kajian yang dibuat oleh Robert Zajonc, penyelidik ini telah mengumpulkan gambar perkahwinan pasangan dan bandingkannya dengan wajah yang terkini. Beliau menyatakan semakin tinggi kegembiraan dan kebahagiaan di antara pasangan tersebut, semakin iras muka pasangan tersebut.
Nampak tak, Uyaina dan suaminya sama dan seiras sangat! Comel pula tengok masing-masing punya gaya.
Jadi tak hairanlah kalau ada pasangan wajahnya macam kembar lain jantina sekali tengok. Yang beza cuma bertudung. Eh!
Okay, sekarang cuba tengok wajah pasangan anda, sama atau tidak? Tak sama tak apa, jodoh panjang juga. Yang penting jaga hati dan solat, inshaa Allah makin ketat cinta anda dan pasangan nanti.
Merancang satu-satu majlis perkahwinan bukannya mudah. Perlu ada perancangan rapi beberapa bulan sebelum tibanya majlis langsung. Banyak perkara yang perlu ditimbangkan dalam merancang majlis kahwin antaranya kos perbelanjaan, tempahan pakej perkahwinan, barang perkahwinan serta bermacam lagi.
Kekangan masa dan komitmen dengan kerjaya antara faktor yang menyebabkan pasangan sukar berjumpa untuk berkomunikasi setiap masa. Sebab itulah pentingnya pasangan yang ingin berkahwin duduk bersama dalam merancang perjalanan majlis agar majlis dapat berjalan dengan sempurna.
Sebenarnya pihak siapa yang perlu mengadakan majlis kenduri kahwin?
Melalui satu perkongsian diTikTok, muizkedap telah memuat naik satu video yang menyentuh tentang soalan yang diajukan oleh salah satu jemaah kepada penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus.
MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT HUKUM ISLAM
Jika anak perempuan nak kahwin siapa kena keluar belanja kahwin tersebut? Mana ada belanja anak perempuan. Jika mak bapa dia nak buat kenduri maka mak ayahlah keluarkan belanja.
Pengantin perempuan mana sunat kenduri kahwin. Pengantin lelaki je yang sunat. Hukum pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan adalah harus. Nak buat boleh tak ada masalah, tak buat pun boleh. Itu adalah hukum Islam.
Dalam Islam, bila kahwin, pengantin lelaki sahaja yang sunat buat kenduri.
Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita yang melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki, secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran.
Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:
العادة محكَّمة
Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.
Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.
Hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.
Ibu bapa kepada bakal-bakal pengantin, sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan. Paling penting biarlah anak-anak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.
Sekali pun mempunyai wajah cantik dan mampu berikan anak, itu tidak menjamin suami setia sampai hujung nyawa. Kadang, kalau Allah nak uji, tetap akan ada masalah suami isteri. Bersedialah walau itu sebuah kepahitan yang semua orang tak mahu telan.
Nak mendalami lagi isu ini, jemput baca perkongsian daripada Marlia Ramli ini seketika.
Sebenarnya, dalam masalah ini, hanya suami dan isteri saja tahu apa yang tersirat dalam hati sehingga sanggup berbuat demikian.
Saya perhati saja kes ini dah lama.
Antara perkara yang wanita perlu belajar adalah cantik bagaimana sekalipun, kita tetap akan diuji. Suami hanya pinjaman.
Wanita..
Hatta sebegitu cantik.
Mampu melahirkan anak-anak.
Disayangi dan direstui ibu bapa.
Belum tentu suami tidak akan berpaling.
Cuma…
Keuntungan yang paling besar bagi buat isteri cantik ini adalah memiliki mentua yang TIDAK GOYAH menyokong menantu. Ini adalah rahmat yang besar sebenarnya.
Memiliki mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri malah sentiasa merisaukan kebajikan cucu-cucu adalah rahmat.
Ada ibrah dari kisah ini.
Di masa depan kita juga bakal menjadi mentua. Mudah mudahan kita belajar bahawa, menantu juga adalah anak.
Dalam Islam aurat menantu vs mentua adalah sama seperti aurat dengan anak kandung. Malah aurat menantu dan mentua kekal selamanya hatta selepas kita bercerai dengan anaknya.
Bila kita menjadi mentua esok-esok, jadilah mentua yang menyokong perkara HAK hatta ianya bermakna kita tidak menyokong anak kandung sendiri.
Ya!
Dalam rumahtangga, ujian sentiasa hadir. Ada yang bertahan kerana anak-anak. Ada yang disokong kuat keluarga mentua.
Setiap kita ada pelbagai sebab untuk bertahan. Setiap kita ada pelbagai sebab untuk terus menaruh harapan.
Namun… andai tangan yang memegang kerap berdarah, ada waktu kita mungkin perlu menyerah.
Menyintai bukan bermakna memiliki. Terus menarik tali yang tegang takut-takut semakin MELUKAKAN JARI.
Begitulah, moga kalian yang sedang diuji mampu bertahan dan terus bangkit demi masa depan keluarga tersayang. Jangan terduduk terlalu lama, kerana ada pelangi yang sedang menunggu untuk mewarnai hidup anda.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...