
Suami memang menjadi penguat semangat seorang isteri. Apabila kita memilih untuk mendirikan rumahtangga, kita sedia maklum akan setiap tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.
Walaupun isteri berjawatan tinggi, berpelajaran tinggi dan memiliki kemewahan lebih dari suami, jangan pernah lupa suami itu tetap imam kita. Jangan merendah-rendahkan suami dan melebihkan ego anda sebagai isteri hebat.
Perkongsian ini pasti membuat anda buka mata. Isteri yang serba serbi pandai, ada juga perkara yang isteri perlukan suami. Suami jugalah yang dicari untuk selesaikan sekecil-kecil perkara. Nak bermanja-manjalah tu kan?
************************************************************************
Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat
1 – Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh je pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2 – Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, “abg sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.
3 – Dia boleh je jaga anak sorang sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk “abg tolong tegur sikit budak budak ni”
4 – Dia boleh je terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
5 – Dia pandai je merancang. “Ok syg plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi la” tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6 – Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa x faktor dia jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, ni mesti dah bosan sangat, ni mesti nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari ni”
7 – Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ni, aisy suka makan ni, abg suka makan ni, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abg tolong carikan …… syg teringin la nak makan”
Ini tuan puan, bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja.
Okey!
Sumber: Mohd Fhais Salim
Dah Kahwin Tapi Selalu Lupa Soal Aurat. Dosa Free Je Dapat Kalau Tak Ambil Tahu!

Perkahwinan adalah satu rahmat Allah SWT kepada umat manusia untuk mengembangkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dengan nikmat berkenaan kerana bukan semua orang dapat merasainya.
Bagaimanapun, bukan semua ahli keluarga pasangan halal untuk kita bersalaman atau membuka aurat sesuka hati seperti yang digariskan dalam al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Hubungan menantu dengan bapa dan ibu mentua adalah haram selamanya di mana mereka haram dikahwini walaupun selepas pasangan bercerai. Oleh itu, bersalaman atau tidak berhijab di hadapan mereka adalah dibenarkan.
Sementara adik ipar, ibu atau bapa saudara, anak saudara pasangan adalah kalangan yang haram bertempoh iaitu diharamkan berkahwin selama mana pasangan itu masih suami isteri.
Justeru, untuk memudahkan setiap pasangan mengetahui hukum bersalaman dengan ahli keluarga mentua, kaedah paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu status mereka sama ada haram selamanya atau haram bertempoh.
Jika mereka daripada golongan yang haram selamanya maka bersalaman dengan mereka pada hari raya dan sebagainya adalah dibenarkan. Jika tidak, maka bersalaman dengan mereka adalah diharamkan dan aurat wajib dipelihara.
Mudahnya Wanita Nak Mendapat Pahala & Syurga Allah

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.
Sebenarnya wanita ni beruntung, kerana mereka mudah sangat nak dapat pahala. Apa yang kena buat? Lihat senarai dibawah ini. Moga anda dapat mengutip pahala sebanyak-banyaknya!
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Sumber : Kisah Wanita
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Yang Nak Pergi, Biarkan. Kita Mohon Pada Allah Temukan Dengan Jodoh Lebih Baik

Mungkin ada yang sudah berkahwin, tetapi jodoh tidak lama. Bercerai antara suami dan isteri, dan bawa diri masing-masing. Malangnya kedua-duanya masih belum dapat melupakan momen indah yang dicipta bersama. Maka pada kali ini, izinkan kami berkongsi cara melupakan seseorang yang kita sayang dengan cepat. Dan dalam masa yang sama, memaafkan dengan mudah tanpa simpan apa-apa.
.
Kalau belum berkahwin lagi?
Menjalinkan hubungan cinta atau berkasih sayang merupakan satu keinginan bagi setiap individu yang bergelar insan. Tentu sekali mahukan ia berakhir di jinjang pelamin. Namun, akibat lelaki ego, semuanya berkubur. Tidak dinafikan ada juga orang perempuan yang ego, hingga akhirnya, berpisah itu ialah jalan terakhir.
Kisah cinta, tak sama dengan perkahwinan
Bukan semua kisah percintaan yang indah akan menerima penamat yang bahagia dan menggembirakan. Ada kisah yang berakhir dengan duka dan air mata. Tetapi walau apa pun yang berlaku, kita sebagai seorang manusia, harus perlu terus melangkah untuk memulakan hidup baru.
Jadi apakah cara yang perlu dilakukan bagi melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita? Jika anda sedang mencari cara melupakan seseorang, mungkin perkongsian di bawah ini dapat membantu. Kami tak kata ia mudah, cepat dan berkesan untuk semua orang. Ia bergantung kepada tahap kesedihan yang keupayaan untuk move on.
Apa-apa pun, cuba dulu.
Hadkan komunikasi dan pertemuan. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membuang nombor telefon, ‘block’ si dia di Facebook atau apa sahaja platform media sosial yang boleh membuatkan anda menghubungi si dia atau mengambil tahu sebarang perkembangan terbaru mengenai dirinya.
Tabahkan diri anda supaya tidak kembali menghubungi si dia.
Ia bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh berhubung dengan si dia. Cuma untuk tempoh-tempoh awal perpisahan, sebaiknya jarak dan hadkan interaksi antara anda berdua sehinggalah anda benar-benar yakin anda sudah berjaya ‘move on’.
Seandainya si dia mencari anda, mungkin anda boleh katakan padanya yang anda memerlukan waktu untuk sendirian. Jika anda bekerja satu tempat yang sama dengan si dia, pastinya keadaan akan menjadi lebih sukar. Jangan pula disebabkan perpisahan yang berlaku, anda ingin berhenti bekerja.
Bukan senang untuk mencari pekerjaan baru pada masa sekarang. Sebab itulah sebenarnya kurang digalakkan untuk bercinta satu tempat kerja.
Namun, soal hati dan perasaan, siapalah kita untuk menghalangnya. Walau apa pun, cuba untuk bersikap profesional. Ia tidak mudah dan mungkin akan mengundang kesedihan setiap kali bertembung dengan si dia sama ada di ‘pantry’ mahupun ketika di dalam bilik mesyuarat. Tetapi anda harus kuat dan percaya pada diri anda boleh hadapinya.
.
Luangkan masa bersama keluarga, rakan dan diri sendiri
Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sedarkah anda, ketika anda hangat bercinta itu, anda mungkin telah mengenepikan keluarga dan rakan baik anda yang selama ini sentiasa dengan anda?
Malahan anda mungkin juga langsung tidak mempedulikan tentang keinginan diri anda untuk melakukan apa yang anda sukai dan gemari?Jadi anggaplah perpisahan ini, walaupun menyedihkan, sebagai satu peluang untuk anda menebus kembali masa-masa yang anda tinggalkan untuk bersama keluarga dan rakan baik anda.
Ajaklah keluarga anda untuk bercuti ke pusat peranginan atau sekadar meluangkan masa untuk makan beramai-ramai di restoran kegemaran anda sekeluarga. Anda mungkin boleh mengajak rakan baik anda untuk menonton wayang, bermain boling atau berkaraoke. Tidak kira apa yang anda ingin lakukan, sama ada bersama keluarga atau rakan baik anda, yang penting, anda hiburkan hati anda.
Atau mungkin anda boleh mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda buat sebelum ini seperti panjat gunung ke, ‘scuba diving’ atau apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh membuatkan anda menjadi sibuk serta tidak mempunyai masa untuk duduk termenung sambil fikiran teringat kisah lalu.
Kalau anda merasakan anda perlukan masa untuk bersendirian, anda mungkin boleh pergi bercuti untuk menenangkan fikiran tetapi ia tidaklah digalakkan jika anda berseorangan apatah lagi jika anda seorang wanita. Bahaya ada di mana-mana. Jadi sekiranya anda masih inginkan bersendirian untuk melupakan seseorang, mungkin anda boleh merehatkan fikiran dengan melakukan rawatan spa, memanjakan diri anda sendiri.
Cara melupakan seseorang dengan dermakan hadiah dan pemberian
Tips melupakan seseorang yang penting ialah jauhkan pandangan dari segala barang dan benda yang ada kaitan dengan dia.Pastinya sepanjang anda menjalinkan hubungan, anda menerima pelbagai hadiah dan pemberian daripada si dia. Agak mustahil jika anda tidak menerima sebarang pemberian selama anda bersama dengan si dia, waima sekeping kad ucapan sempena hari lahir anda.
Setiap pemberian yang diterima sudah tentu menjadi kesayangan anda, bukan? Tetapi sebaiknya, sebagai tip melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anda, berikan hadiah dan pemberian daripada si dia kepada rakan. Elakkan memberi kepada ahli keluarga anda, kerana kebarangkalian anda untuk melihat hadiah itu kembali, adalah sangat tinggi dan semestinya ia hanya mengundang memori lama.
Seandainya anda terlalu sayang akan pemberian si dia, mungkin anda boleh untuk mengumpul segala pemberian tersebut di dalam sebuah kotak dan sorokkan ia di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Buat masa ini, ia adalah perkara yang paling perlu anda elakkan sehingga anda benar-benar yakin bahawa anda sudah ‘move on’.
Luahkan apa yang dirasai
Semakin anda pendam apa yang anda rasakan, semakin sukar untuk anda ‘melepaskan’ si dia. Jika anda sedang dalam ikhtiar untuk melupakan seseorang, dapatkan rakan baik atau ahli keluarga yang rapat dengan anda yang anda percayai dan luahkan kepada mereka tentang apa yang anda rasai.
Semestinya meluahkan dan berkongsi kepada individu yang anda percaya adalah lebih baik daripada anda berkongsi secara umum di sebarang platform media sosial. Elakkan dari membuat sebarang status di media sosial mengenai perpisahan yang anda lalui.
Jika anda merasakan perlu untuk menangis, menangislah. Tidak perlu menahan emosi anda. Air mata yang mengalir itu bukanlah lambang kelemahan tetapi ia adalah satu petanda anda sedang berusaha untuk kembali bangun.
Jaga diri baik-baik
Anda mungkin merasakan tip di atas kedengaran tidak munasabah. Tetapi tahukah anda kesihatan sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda meneruskan kehidupan dan membantu anda melupakan seseorang? Bayangkan seandainya anda tidak mengambil peduli mengenai kesihatan anda, pemakanan dan penjagaan diri, anda berisiko untuk sakit.
Dan apabila anda berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi, kesihatan dan fizikal, ia sebenarnya secara tidak langsung akan menyukarkan lagi situasi semasa anda yang sedang dalam usaha untuk melupakan si dia. Jadi pastikan anda tetap menjaga tahap kesihatan diri anda fizikal dan mental serta tidak memandang remeh aspek pemakanan anda. Anda kekal sihat!
Menerima kenyataan
Move on lah. Buat apa masih tertunggu-tunggu. Sudah tentu ini bukanlah satu tips melupakan seseorang yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sekali pun. Ia sememangnya lebih mudah untuk melafazkan daripada melakukannya. Tetapi walau bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk menerima hakikat tentang apa yang telah berlaku walaupun ia sesuatu yang memeritkan.
Terimalah hakikat bahawa antara anda dan si dia mungkin tidak dijodohkan untuk bersama dan perpisahan adalah yang terbaik untuk anda berdua. Bina dan bawalah haluan baru. Tidak perlu dikenangkan sesuatu yang sudah berlalu. Dalam Islam, kenala terima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.
Kuat dan yakin pada diri
Sesesungguhnya untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Pastinya akan ada yang berkata, bercakap adalah lebih mudah daripada melaksanakannya. Tetapi seandainya anda tidak mencuba sekarang, sampai bila anda ingin membiarkan hidup anda terus diselubungi kesedihan akibat perpisahan yang berlaku?
Doa melupakan seseorang
.
Yakinlah, kepada Allah kita bergantung dan memohon pertolongan. Bacalah ayat ini sebagai salah satu ikhtiar doa melupakan seseorang, dari Surah Ar-Ra’d, ayat ke 39 agar diberikan ketenangan dan kekuatan untuk bangkit semula. Redhakan hati, bahawa segala-galanya sudah tersurat sejak dari dahulu lagi. Anggaplah ini ujian untuk memberikan sinar yang lebih baik.
Perpisahan sememangnya menyakitkan, sama ada bagi pihak yang meminta perpisahan atau pihak yang menerima perpisahan. Bagi orang perempuan, walaupun memang ada cara buat lelaki rindu pada kita, kadang-kadang itu cuma permainan semata-mata. Namun, percayalah dan yakinlah, hujan tidak akan selamanya menimpa bumi.
Dan selepas hujan, pastinya akan muncul sinar baru yang akan membahagiakan diri anda. Setiap apa yang berlaku pastinya tersembunyi hikmah. Sentiasa berduka dan bersedih akan membuatkan anda tidak nampak kebahagiaan yang sedang menanti. Bersabar dan kuatkan diri anda untuk bangun kembali.
Andai anda pasangan suami isteri dan pasangan tak romantik, berusahalah untuk perbaiki hubungan.Kalau tidak lagi boleh bersama, anggaplah itu takdir. Cuma bacalah tentang cara untuk terus move on dari PsychologyToday jika masih lagi mengingati dia. Buang ego jauh-jauh. Para isteri, belajarlah menghormati. Para suami, belajarlah cara pujuk perempuan merajuk agar hidup lebih harmoni. Bekas suami atau bekas isteri, teruskanlah berbaik-baik demi anak-anak.
SUMBER : THE ROHANI
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES