Begitulah jodoh, biarpun sudah bertahun tidak bersua namun jika sudah jodoh tidak  ke mana. Begitulah magisnya cinta antara Muhammad Hairulrizal Abu Bakar dan Nor Aimi Nabilla Dato’ Haji Zaimi

“Kami berjumpa buat kali pertama pada 2006 semasa itu, kami baru sahaja berumur 13 tahun. Semasa itu saya datang ke rumahnya di Kedah atas jemputan majlis perkahwinan kakak dan abangnya. Keluarga kami memang sangat rapat seperti keluarga kerana datuk saya berkawan baik dengan ayahnya semasa zaman muda mereka dahulu.

Namun selepas pertemuan kali pertama itu, keluarga kami lost contact selama 10 tahun dan kami berjumpa kembali di Instagram pada 2015 semasa itu kami sudah pun berumur 22 tahun. Tetapi semasa itu Hairul di Algeria atas faktor kerja dan saya di Malaysia masih menuntut pengajian ijazah, jadi selepas beberapa bulan bertanya khabar,bertukar cerita melalui telefon, kami berjumpa buat pertama kali selepas berpisah selama 10 tahun pada September 2015 dan dari situ lah bermulanya detik perkenalan kami kembali,” cerita Aimi.

Hampir dua tahun berkawan sebelum keduanya bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dan atas persetujuan kedua-dua ahli keluarga. Selama setahun bertunang kemudian diijabkabulkan pada tanggal 7.9.2018.

Saat dilamar

Bercerita mengenai lamaran, Hairul seorang yang sangat mementingkan kekeluargaan.  Dia seorang family man.  Pertemuan yang pertama juga bersama ibu bapanya dan lamaran juga dilakukan di hadapan kedua ibu bapanya. “Dia menyatakan hasrat bahawa dia ingin mengahwini saya. Tiada apa yang istimewa, tetapi keikhlasan dirinya untuk menyatakan hasratnya dan restu dari kedua ibu bapa yang membuatkan momen tersebut sangat istimewa bagi saya.

Perasaan memang tidak dapat digambarkan. Sangat terkejut dan ada rasa malu kerana dilamar di hadapan ibu bapanya dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana saya merancang untuk berkahwin pada usia 27 tahun. Tetapi aturan Allah itu lebih indah daripada apa yang saya rancang, DIA hadirkan Hairul secara tiba-tiba dalam hidup saya. Sepuluh tahun terpisah kemudian bertemu kembali setelah kami meningkat dewasa membuatkan saya percaya dan yakin bahawa dia adalah jodoh saya kerana Allah tidak akan menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab,” akui Aimi.

Keistimewaan pasangan

Bagi Aimi, setiap kali memandang dan bersama dengan Hairul mengingatkan dirinya kepada ayah.  Hairul sangat menjaga keluarganya terutama ibu bapanya sepertimana ayah saya, membuatkan Aimi yakin yang dia juga dapat menjaga sepertimana  dia menjaga keluarganya. Karakter dia banyak membuatkan Aimi jatuh cinta buat kali pertama, cara dia bercakap, berfikir, kematangannya, cara dia membawa diri sangat menyenangi hati  dan orang sekeliling malah ibu bapa Aimi juga menyukainya itu yang sangat penting.

Hairul pula terpaut akan kelembutan dan kemanjaan Aimi yang membuatkan dirinya jatuh cinta setiap hari. Selain itu, sikap dia yang sabar dalam hubungan kami membuatkan Hairul lebih yakin untuk memperisterikannya. Walaupun pelbagai ujian datang dalam hubungan,  tetapi dia sangat sabar dalam menghadapinya menjadikan keduanya saling menyayangi hubungan yang dibina.

Malam berinai

Tema yang berbeza menyempurnakan setiap majlis. “Pada malam berinai kami memilih tema Bollywood, kerana saya memang sukakan tradisi Bollywood yang berwarna-warni dan meriah. Jadi kami memilih warna merah untuk kedua-dua busana kami dan pengantin lelaki membelinya dari India.

Henna juga dipilih warna merah kerana kebanyakan pengantin di India menggemari inai berwarna merah berbanding putih. Kebanyakan tetamu dan saudara yang datang memakai busana berkonsepkan Bollywood untuk memeriahkan lagi malam berinai tersebut,” jelas Aimi.

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Resepsi di sebelah perempuan mengenakan tema English Modern.“Tidak dinafikan setiap perempuan mesti ada angan-angan untuk menjadi seperti puteri di majlis perkahwinannya, begitu juga dengan saya yang mengenakan dress ‘princess cutting’ rona lembut dan veil panjang dari Chenta Concept  dan Hairul mengenakan sut yang ditempah sendiri. Berbeza untuk resepsi kedua kami, iaitu mengenakan tema klasik tradisional Melayu. Kami mengenakan busana songket; kebaya riau tradisional berwarna hitam dari Esz Ibrahim untuk menampakkan lagi keaslian klasik tradisional Melayu tersebut.

Pemilihan tema Klasik Tradisional Melayu itu datangnya dari perkahwinan ibu bapa saya iaitu mereka mengenakan busana songket klasik berwarna hitam yang persis sama yang akan dikenakan kami pada majlis tersebut. Jadi bila saya melihat gambar-gambar perkahwinan mereka dahulu yang masih tersimpan rapi, membuatkan saya jatuh cinta dengan tema tersebut  ,tambahan pula bagi saya, tema klasik Tradisional Melayu tak akan lapuk ditelan zaman dan tampak indah bila dipakai.

Busana nikah direka khas oleh Bagutta Boutique KL. Saya memilih rekaan Moden Kontemporari yang menampakkan dres saya tampak simple tetapi elegan. Saya sukakan sesuatu yang simple dan bersih tetapi nampak elegan dan eksklusif. Hasilnya memang seperti yang saya impikan membuatkan saya percaya dengan hasil kerja oleh Bagutta Boutique KL kerana mereka telah lama bertampak di dalam industri ini.

Nanytouch pula bertanggungjawab menata rias wajah saya pada hari bersejarah tersebut kerana selesa dengannya dan dia pernah menata rias wajah saya sebelum ini. Saya memang mengenali dia dan pernah menghadiri kelas mekap yang dianjurkan olehnya. Oleh itu , pada majlis besar itu, saya sekali lagi memilihnya dan dia tahu apa yang saya mahukan untuk mekap pada hari tersebut dan sudah mengenali selok belok muka saya.

Sebenarnya, dua hari sebelum majlis nikah, pengantin lelaki mengalami demam panas kerana baru sahaja pulang dari Jepun kerana cuaca sejuk di sana. Jadi pada malam berinai, dia tidak berapa sihat  tetapi syukur pada malam nikah, dia beransur pulih,” jelas Aimi.

Keistimewaan majlis perkahwinan

Bagi Aimi, selain daripada hari bersejarah dan momen terindah bagi mereka, ia juga adalah suatu yang istimewa buat kedua-dua ahli keluarga kerana dapat menjalinkan dan mengeratkan kembali hubungan yang terpisah selama sepuluh tahun tersebut. Bukan sahaja penyatuan dua hati menjadi satu, malah penyatuan dua keluarga terjalin kembali. Bagi kami, cukup dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat pada majlis kami, sudah cukup istimewa bagi kami kerana bagi kami, kehadiran mereka yang tersayanglah dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami tersebut.

“Cincin perkahwinan saya adalah simbolik dan tanda cinta kami kerana cincin tersebut 100% rekaannya dari suami dan dihasilkan oleh Habib dan disebabkan itu bagi saya cincin itu amat bermakna; tanda kasih sayang dia untuk saya. Dan cincin yang dihasilkan itu juga adalah cincin yang sangat saya impikan selama ini,” akui Aimi.

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

IKLAN

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Berpisah Selama 10 tahun, Dipertemukan Semula Dan Berakhir Di Jinjang Pelamin

Tiada harapan dan impian lain bagi setiap pasangan suami isteri mahukan selain daripada kebahagian bersama hingga ke syurga. “Kami bersyukur kerana kedua- dua keluarga merestui hubungan kami, kerana kami yakin bahawa setiap restu itulah yang menjamin kebahagian kami terutamanya restu dan doa daripada kedua dua ibu bapa kami.

Palawan Island ialah destinasi bulan madu kami kerana keunikkan dan keindahan pulau tersebut. Bagi kami, bulan madu adalah waktu untuk kami berehat dan bersama berdua dan disebabkan itu kami memilih Palawan Island kerana destinasinya yang dapat menenangkan fikiran dan jiwa dan juga sunyi berbanding dengan pulau-pulau yang lain.  Tambahan pula, kami berdua sukakan ketenangan dan suka mencuba dan explore sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai aktivti yang boleh dilakukan bersama di Palawan Island seperti Island Hopping, snorkling yang dapat mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.” jelas Aimi menutup bicara.

MALAM BERINAI

IKLAN

Tarikh: 6.9.18

Lokasi: Taman Cenderawasih Persona (rumah pengantin perempuan)

Tema: Bollywood

Dekorasi pelamin: East Coast Bridal

Busana: sendiri

Solekan & rambut: Nadiaa Adnan

Henna: Fiza Henna Art

Fotografi:  By Mawady

 

AKAD NIKAH

Tarikh: 7.9.18 (malam)

Lokasi: Hotel Sri Manja, Kuantan

Berapa kali lafaz nikah: 1

Tema: Moden Kontemporari

Dekorasi pelamin: East Coast Bridal

IKLAN

Busana: Bagutta Boutique KL (perempuan) & Omar Ali (lelaki)

Solekan & rambut: Nany Touch

Bunga tangan:  Chenta Concepts

Fotografi: Senigrafi

Videografi: Epique Motionwork

RESEPSI PEREMPUAN

Tarikh: 8.9.18

Lokasi: Hotel Sri Manja, Kuantan

Tema: English Moden

Dekorasi pelamin: East Coast Bridal

Busana: Chenta Concepts

Solekan & rambut: Niea Ibrahim

Bunga tangan: East Coast Bridal

Fotografi: Senigrafi

Videografi: Epique Motionwork

RESEPSI LELAKI

Tarikh: 13.10.18

Lokasi: Dewan Batik, Alor Star

Tema: Klasik Tradisional Melayu

Dekorasi pelamin:

Busana: Esz Ibrahim

Solekan & rambut: Nurul Nabihan Make up

Bunga tangan: Esz Ibrahim

Fotografi: Memories Picture

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI