Kalau kita nak menilai orang, kita jangan pula terlepas pandang tentang diri sendiri. Macam mana kita nak orang layan kita, macam itu jugalah kita perlu berikan layanan kepada orang lain.
Kadang-kadang, ada lelaki yang terlalu mencari kesempurnaan pada seorang wanita. Biasa dengar lelaki nak cari wanita yang cantik, penyayang, menghormati, kaya dan kesempurnaan lain. Sedangkan dia juga perlu meletakkan dirinya sama seperti apa yang diminta.
Tidaklah wanita semuanya betul. Ada juga yang meletakkan ‘demand‘ tinggi dalam misi mencari bakal suami. Tapi bila dah jumpa yang menenangkan hatinya, dia boleh je terima dengan hati terbuka. Cuba anda perhatikan ciri-ciri ni kalau nak tahu jika wanita itu mula sayangkan anda.
Dia terima awak seadanya – Walaupun pada asalnya dia dah tetapkan ciri-ciri lelaki idaman, tetapi bila jumpa yang serasi, dia boleh menerima anda seadanya.
2. Maafkan Walaupun Kesilapan Awak Berulang Kali – Wanita yang boleh memaafkan lelaki yang seringkali buat kesilapan adalah wanita yang sangat penyabar. Setuju tak? Tapi bila kita sebut pasal woman empowerment, wanita janganlah terlalu tunduk pada lelaki. Seandainya kesalahan itu besar, janganlah sampai ia berlaku banyak kali pada anda.
Ads
3. Dia akan pertahankan hubungan – Sebolehnya, andai ada kawan-kawan yang bersuara konon anda dan pasangan tak serasi, dialah yang akan pertahankan hubungan tu. Dia juga akan sangat setia.
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak – Yang ini jangan dipersoalkan. Kalau anda dah berniat untuk berkahwin, dia akan tolong sedaya upaya untuk ringankan beban anda. Dia pun sanggup kerja lebih masa!
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan – Jangan ambil kesempatan!
Ads
6. Dia selalu nak bahagiakan awak – Sama seperti anda, masing-masing nak bahagiakan di antara satu sama lain. Cuba lihat macam mana dia cuba mencari jalan untuk membahagiakan anda.
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak – Bila si dia dalam kesusahan, dia akan cari teman baiknya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu anda turut susah.
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta – Dalam perhubungan, cuba perhatikan sekiranya dia sering merungut ketika susah. Andainya tidak, anda jagalah si dia elok-elok.
Ads
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya – Hargailah si dia bila dia memberikan perhatian. Dan anda jangan pula kedekut perhatian padanya.
10.Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah sayang, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kawasan leher juga hampir selalu terdedah kepada cahaya matahari, yang bermaksud sinaran ultraviolet dari matahari boleh menembus kulit yang sudah lebih nipis dan merosakkan sel-sel, mempercepat proses penuaan. Faktor lain adalah kekurangan pengeluaran sebum pada kulit leher. Oleh kerana leher anda tidak menghasilkan sebum, kulit di sini lebih rentan terhadap kekeringan, hal ini menyebabkan tekstur kulit jadi berkedut. Buat bakal pengantin semua sila ambil tindakan segera supaya kulit leher anda tidak berkedut seribu.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga leher?
.
Aplikasi SPF
Kita cenderung untuk meletakkan krim SPF ke muka dan badan tapi sering melupakan kawasan di antaranya. Perkara yang baik ialah, anda tidak perlu krim pelindung matahari yang berasingan untuk kawasan leher, selagi pelindung matahari anda adalah spektrum luas dan menyediakan perlindungan UVA dan UVB.Jadi sentiasa ingat untuk meletakkan SPF di leher anda seperti mana anda melakukan ke wajah.
Pakai topi
Tidak seperti tubuh anda yang dilitupi oleh pakaian, leher anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Selain meletakkan SPF, anda boleh juga memakai topi untuk menghalang sinaran UV, terutamanya bila berada di luar untuk tempoh masa yang panjang atau pada waktu puncak.
Tanggal mekap
Bila tiba nak tanggal mekap, kita cenderung hanya menumpukan perhatian dari dagu ke atas dan mengabaikan kawasan leher. Sisa solekan yang dibina di kawasan leher dari masa ke masa boleh menghalang kulit anda daripada bernafas dan sel-sel kulit mati, yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kulit kusam.
Apabila nak membersihkan wajah, lakukan pada leher juga dan sama sekali jangan tertinggal.
Pakai produk di leher
Kebanyakan produk penjagaan kulit anda akan memberi manfaat kepada leher dengan cara yang sama dengan wajah anda dalam hal menyediakan kelembapan dan penghidratan. Oleh itu, apabila anda menjalankan rutin penjagaan kulit harian, lakukan pada leher juga (dan juga kawasan dada) supaya ia melembap dan menjaganya dengan baik.
Gerakan menaik
.
Apabila meletakkan produk penjagaan kulit di leher, gunakan gerakan menaik untuk mengelakkan tarik leher anda ke bawah. Juga berhati-hati untuk tidak letak secara agresif supaya anda tidak meregangkan urat leher.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak pelik kalau ada hari suami isteri tak bercakap sebab itulah sebahagian ujian dalam perlahwinan. Mungkin anda berfikir dari sudut A dan si dia pula nampak bahagian B.
Itulah permulaan untuk melengkapi, bukan tidak sejiwa tetapi ke arah sampai kemuncak bahagia dengan cara berbeza.
Suami Isteri Tak Bercakap
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap juga.
Ada hari tak bertegur siapa, ada hari bermasam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira. Tetapi tetap bahagia sebab bahagia itu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang-ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam itu.
Kemudian bila sudah baik balik, bercakap pun macam biasa. Tak ada masam muka, mulut muncung, sudah bertegur siapa macam tak ada apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila waktu tengah baik.
Skop Bahagia Itu Luas
Lumrahnya kehidupan suami isteri ini begitulah. Itu bagi kita dan kita masih tafsirkan situasi dan keadaan itu sebagai BAHAGIA.
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia itu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ini bukannya drama yang skripnya sudah ada.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada orang kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia.
Bahagia perlu dimulai dengan syukur. Kemudian reda. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi itu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu reda ukita rasa bahagia yang sebenar.
Orang lain mungkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita. Jadi bersabarlah dan terus berfikir positif untuk cipta bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai ‘trend’ kek perkahwinan pada masa ini, antaranya adalah, Naked Cake, Tall Cake, Dripping Cake, Rustic Cake dan Succulent Fresh Flower. Buttercream dijadikan pilihan utama masa kini disebabkan harganya yang berpatutan berbanding kek fondant.
Buttercream juga lebih mudah untuk dibuat dekorasi seperti meletak bunga segar yang menjadi pilihan masa kini. Dari segi rasa, Buttercream juga lebih sedap dimakan kerana tidak terlalu manis berbanding fondant.
Selain itu Buttercream juga lebih senang untuk di custom made mengikut cita rasa pengantin di mana pilihan pengantin masa kini lebih kepada minimal atau ‘less is more’ dan pengkhususan diberi kepada rasa kek itu sendiri. Disebabkan itu, pengantin dapat memilih pelbagai perisa kek mengikut citarasa mereka sendiri. Ada juga pengantin yang memilih untuk mendapatkan perisa kek yang berlainan rasa untuk setiap tingkat, sebagai contoh kek 3-tier, di bahagian bawah atau base pengantin mungkin mahukan perisa Buttercake dan tingkat kedua atau 2nd tier diletakkan Pandan Gula Melaka kek dan tingkat paling atas diletakkan kek coklat.
Trend terkini yang menjadi ikutan ramai boleh dilihat ketika perkahwinan Prince Harry dan Meghan Markle the Duchess of Sussex. Pada majlis perkahwinan mereka, dapat dilihat kek perkahwinan pasangan diraja itu merupakan kek Raw Edge Cake yang dibuat menggunakan Buttercream dan mempunyai dekorasi ala minimal di mana ketidakseimbangan dapat dilihat pada kek dekorasi itu. Ini menunjukkan bahawa Simplicity is Art di mana desain kek itu walaupun dilihat tidak serata, ia tetap unik dan cantik malah sesuai bagi pasangan yang muda.
Walaubagaimanapun, kek Buttercream mempunyai kelemahannya sendiri seperti dengan keadaan cuaca di Malaysia, Buttercream mudah cair sekiranya tidak disimpan di tempat yang sejuk oleh yang demikian kek jenis ini tidak sesuai untuk majlis perkahwinan di taman (Garden Wedding).
Kek jenis ini juga tidak kelihatan begitu kemas berbanding kek fondant di mana dari mata kasar fondant lebih dilihat dapat memberi kekemasan secara keseluruhan. Kek Buttercream juga lebih tinggi risikonya apabila hendak dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain, di mana kek ini lebih mudah bergerak dan lebih fragile. Oleh itu, bagi pengantin yang inginkan kek Buttercream digalakkan supaya membuat pesanan dengan Baker yang dekat dengan majlis perkahwinan mereka, supaya ini dapat mengurangkan risiko ketika perjalanan kek itu.
Sedikit panduan bagi mereka yang inginkan kelainan dari segi kek perkahwinan pada majlis istimewa mereka:
Apa yang diidamkan oleh anda sendiri dan bukannya yang diidamkan oleh orang lain.
Ikut kesusaian bajet anda. Tidak semestinya yang mahal itu cantik, yang murah itu tidak cantik. Pastikan anda memilih kek yang sesuai dengan majlis dan cita rasa anda.
Pilihlah Baker yang bertauliah. Terdapat ramai Baker yang dapat memenuhi cita rasa dan bajet anda. Pilih yang paling sesuai dengan anda.
Pilih kek yang bukan sahaja cantik dilihat, malah sedap dimakan. Ini kerana, kek yang anda potong di atas pentas itu akan diberi kepada meja makan utama dan juga kepada setiap tetamu yang hadir ke majlis istimewa itu.
Sumber foto: Pintrest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!