Alamak, majlis bersanding tinggal beberapa minggu je lagi, sempat ke nak turunkan berat badan? Jangan risau, anda perlu bertenang dan cuba amalkan 10 tip ini. Semoga hari bahagia anda adalah hari paling indah buat anda dan pasangan.
Minum Air Secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Jangan lupa suplemen kalsium
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
Makan
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
Ads
Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
Jangan Stres
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Sinar mentari
Ads
Baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
Lakukan senaman menggunakan pemberat
(weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
Ads
C untuk cergas
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
Pedas
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
Minum Teh Hijau atau Teh Oolong
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak, ada jalan pintas nak buat isteri bahagia, anda boleh cuba pada pasangan masing masing.
Ini cara paling berkesan untuk pikat hatinya dan buat rasa ada seseorang dalam kehidupannya. Nanti cuba, ya!
Eksperimen Buat Isteri Bahagia
Hulur beberapa keping not RM50 pada isteri dan anda akan nampak ada senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Cara Kedua Buat Isteri Tersenyum
Ok, kali ini anda boleh beralih ke eksperimen kedua. Kali ini tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Anda cuma join dia jaga anak sahaja. Sama-sama suap anak, sama-sama layan karenah anak dan sama-sama bantu si dia jaga anak.
Kali ini, mungkin bukan setakat senyuman biasa sahaja yang terpancar, anda akan boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali (tanda senyumannya itu bukan dibuat buat), moodnya pun berubah 180°.
Dia punya layanan pada anda pun perghh.. Minta air putih pun si dia boleh buatkan Cafe Latte tau. Kalah layanan hotel 5 bintang!
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ya betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perhubungan yang berteraskan kepercayaan dan keyakinan pada pasangan bakal dikecapi dalam jangka masa panjang.
Anda perlu percaya kepada pasangan yang anda kasihi agar hubungan yang terjalin tidak diragukan seterusnya melengkapkan episod percintaan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Dengan ini, segala keraguan dapat ditangkis dari masa ke semasa dengan jalinan hubungan yang mesra bersama.
Berikut ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menerapkan perasaan percaya kepada pasangan:
1. Suburkan perasaan sayang dan kasih pada si dia
Apabila anda sayang padanya, anda akan mempercayai si dia sepenuh perasaan. Segala tohmahan negatif dapat disingkirkan dan anda akan lebih mengenalinya apabila cinta subur sentiasa. Ucapkanlah kata-kata sayang agar si dia juga merasai kehangatan ikatan anda berdua.
2. Mempercayai kata-kata si dia
Percaya adalah sesuatu yang mesti diterapkan dalam perhubungan. Sekiranya anda tidak percaya dengan pasangan, perhubungan akan menjadi tegang dan tiada lagi rasa sayang akan terjalin. Apabila anda ingin bersamanya, terapkan perasaan percaya atas segala apa yang si dia lakukan.
3. Mendengar luahan kata si dia terlebih dahulu
Ada kebaikannya apabila anda mendengar luahan kata si dia terlebih dahulu daripada mendengar gosip lain yang tidak pasti kesahihannya. Selidiki dengan cara yang positif dan ambil langkah terbaik dengan mempercayai kata-katanya.
4. Jujur dalam segala liku perhubungan
Anda perlu jujur dengan pasangan. Apabila sikap jujur diterapkan, maka kepercayaan terhadap si dia akan meningkat. Seterusnya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana anda berdua sentiasa jujur dan memberitahu segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
5. Sentiasa berkongsi cerita
Berkongsilah cerita anda berdua, dikala sebelum bermulanya bibit percintaan bersama. Ini dapat meningkatkan kesedaran dan rasa sayang yang seterusnya membuatkan anda percaya pada pasangan. Dari sini anda akan ketahui sebab yang membuatkan mengapa dia boleh dipercayai dan dijadikan pasangan.
6. Tidak mudah merajuk dengan perkara yang tidak pasti kesahihannya
Usah merajuk atas perkara yang tidak pasti. Ini akan menyakiti hati si dia dan memburukkan lagi keadaan. Apabila anda tanamkan kepercayaan padanya segala perlakuan negatif dapat dielakkan. Peluklah pasanganmu dengan erat apabila anda terlepas kata yang menggugat kepercayaanmu itu. Tanamkan di minda bahawa si dia setia padamu.
7. Meluangkan masa bersama dihujung minggu
Luangkan masa bersama di hujung minggu. Ini akan mengeratkan perhubungan seterusnya ikatan tambah bahagia tanpa prasangka buruk. Kepercayaan juga semakin menebal apabila anda dan si dia sentiasa berdua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila menyebut soal ego atau egoism, pastinya ia selalu dikaitkan dengan kaum lelaki Ramai berpendapat lelaki punya ego tersendiri dan ada kalanya sukar untuk difahami, terutamanya oleh kaum wanita. Walaupun wanita tidak terkecuali, namun ego lelaki lebih ‘berbisa’ bila tidak kena tempat dan gayanya. Ego sang lelaki? Kelebihan atau sebaliknya?
WANITA MAMPU TUMBANGKAN EGO LELAKI?
Sememangnya lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan. Ego atau riak merupakan keadaan psikologi yang mengusai pemikiran manusia. Ia mempunyai kaitan dengan perangai atau attitude membangga diri, sombong, dan merasakan diri hebat berbanding orang lain. Ada berpendapat ego ada kalanya membantu dalam melonjakkan self-esteem atau harga diri seorang lelaki. Apabila anda menunjukkan keegoan, ini bermakna anda ialah seorang yang berkeyakinan tinggi, positif, tegas dan tidak mudah goyah dengan apa jua yang berlaku.
Namun apa akan berlaku jika ego mula menguasai diri? Lelaki akan mula merasakan diri ibarat ‘superhero’ yang tiada kuasa dapat menumbangkannya. Malah dalam perhubungan sekalipun, lelaki akan terikut dan terbawa-bawa dengan sikap keegoannya yang melampau. Walau bagaimanapun, ego lelaki pasti akan tercalar jika wanita mula menunjukkan taringnya. Jika anda seorang lelaki yang ego, janganlah melatah kerana hanya kuasa wanita dapat menundukkan ego lelaki.
TIP MENGATASI EGO SUAMI
1.Bersabar- Jinakkan ego lelaki dengan kesabaran anda.
2.Dengar dan cuba fahami tindakan mereka– Ego lelaki ada kalanya berlebihan dan tidak kena tempatnya. Jangan melatah dan cuba fahami situasi kenapa si dia ego ketika itu.
3. Jangan terlalu banyak beri pujian- Pujilah si dia, namun jangan berlebihan. Pujian melambung hanya akan meninggikan lagi ego kaum lelaki.
4.Bijak cari kesalahan– Gunakan kreativiti anda untuk menunjukkan kesilapan mereka, namun jangan sesekali malukan si dia.
5.Hormati dirinya– Lelaki sentiasa ingin dihormati. Maka hormatilah pendiriannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...