Penggunaan bunga harum sundal malam memberikan sentuhan klasik buat gubahan sirih junjung ini.
Bahan-bahan
Bahan-bahan:
Ads
Daun sirih, bunga peacock, bunga ros, bunga carnation, bunga harum sundal malam, span basah
Ads
Langkah 1 & 2Langkah 3 & 4Langkah 5
Langkah demi langkah:
Ads
Cucukkan bunga harum sundal malam di tengah-tengah span basah.
Hias di sekeliling bunga tadi dengan daun sirih.
Kemudian, serikan dengan bunga carnation.
Selang-selikan pula dengan bunga ros.
Langkah akhir, hiasi dengan bunga peacock mengikut kesesuaian.
Tahukah Anda Harum sundal malam atau nama saintifiknya, Polianthes tuberosa boleh diproses menjadi wangian, minyak urut dan juga lotion. Perhiasan bunga ini pada upacara perkawinan di nusantara dikatakan memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Mengikut kajian, haruman yagn dihasilkan oleh bunga harum sundal malam ini juga mampu meningkatkan libido.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan terhadkan sandwich menggunakan roti biasa, cuba bereksperimen dengan pelbagai jenis roti. Untuk resepi perkongsian Puan Suhaila Kusairi, dia menggunakan roti coklat dan butterscotch.
Bahan :
Roti coklat
Roti Butterscotch
Jem Strawberry
Peanut Butter
Cara :
Rujuk gambar
Sumber : Puan Suhaila Kusairi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya pada tahun ini hanya dibenarkan sekiranya anda berada di dalam daerah yang sama dan tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Memang kecewa tetapi ini demi kebaikan kita semua.
Selain daripada ahli keluarga, antara perkara yang dirindui ketika Hari Raya adalah makanan raya. Rendang, nasi impit, kuah lodeh, lemang dan macam-macam lagi, memang sedap!
Jika tahun lepas kita hanya makan masakan mak, tahun ini berbeza kerana kita perlu memasak sendiri. Masa inilah rasa menyesal kenapa tak belajar resipi rendang awal-awal.
Jangan risau, jika anda teringin makan rendang ayam, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nurain Sulaiman ini. Memang mudah dan anda hanya perlu ikut ‘step-by-step’.
*****
Resipi Rendang Ayam
1. Blend bahan-bahan kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.
2. Kisar cili kering. Dalam gambar ini, dalam 15 tangkai. Jumlah cili mengikut tahap kepedasan yang dimahukan.
3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Tumis bahan-bahan tadi (bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili)
6. Masukkan cili yang dikisar.
7. Letakkan daun kunyit, yang ini kalau tak nak pun takpe sebab nanti nak letak yang racik halus.
8. Sementara menunggu kuah masak dan naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.
9. Masukkan asam keping.
10. Masukkan kerisik dua sudu.
11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.
12. Masukkan santan sekotak atau sebiji kelapa.
13. Masukkan gula merah (ini optional).
14. Masukkan dua sudu besar gula.
15. Bila dah masak lebih kurang sejam, kuah akan nampak gelap dan pecah minyak. Kemudian boleh masukkan daun kunyit. Saya masukkan air 2 cawan berselang-seli bila kuah tu memekat.
16. Dah siap rendang ayam. Kena selalu kacau ye takut kuah hangit.
Hari pertama puasa ni, memang kita teruja sungguh nak memasak. Mana yang dah rancang menu untuk hari ini, memang hebat. Kerana ada sahaja yang masih terfikir-fikir nak masak apa. Selain nasi, kita juga boleh pelbagaikan juadah dengan tambahan menu lain. Manalah tahu kalau-kalau suami nak makan bakso ke?
Kuah amat penting dalam menghasilkan bakso yang sedap dan enak. Jom kita cuba resipi kuah bakso Indonesia yang telah dikongsi oleh Ekynn Aziz.
*****
Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.
Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.
KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)
(Blend@tumbuk bahan bertanda *)
Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...