Kecantikan

Skrub Awet Muda Senang Dan Jimat, Guna Bahan Murah Je!

Share

Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau. Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.

Anda boleh lah amalkan petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa lembut sangat bila sentuh.

Bahan-bahan : 

1- Halba
2- Putih telur

Cara-cara :

Langkah 1 : Kisar halba sehingga menjadi serbuk dan masukkan serbuk halba ke dalam putih telur

Langkah 2 : Kacau rata

 Langkah 3 : Sapu pada muka atau tangan dan biarkan kering

Langkah 4 : Bilas dengan air suam

Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ.

Untuk penggunaan harian, amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak.

Khasiat halba untuk kulit

Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.

Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : FB Sumaiyah Abdullah

IKLAN