Tidak ramai yang menyedari bahawa memasak adalah salah satu kemahiran asas untuk kelangsungan hidup. Tidak kira anda wanita atau lelaki, memasak atau mengemas rumah adalah tugas bersama, bukan berdasarkan genre.
Kini ramai golongan lelaki sudah mahir dengan kerja-kerja memasak di dapur. Buktinya lihat sahaja lima orang barisan pelakon Korea yang tangkas memasak di dapur. Siapa agaknya pelakon Korea itu? Jom kita lihat siapakah mereka!
1. RAIN
Bila bercakap tentang kebolehan Rain dari segi nyanyian, tarian, dan lakonan, itu perkara biasa. Namun, ada kebolehan lain suami pelakon Kim Tae Hee ni tau. Rain telah menunjukkan satu lagi daya tarikan melalui kemahirannya dalam memasak.
Pada tahun 2020, dalam program My Ugly Duckling, Rain bercerita tentang kehidupan rumah tangganya bersama isteri. Dia mendedahkan, “Jadi saya akan bertanya kepada isteri saya terlebih dahulu, ‘Adakah anda mahu makan?’ Dan jika tiada siapa yang mahu makan, saya akan menyediakan makanan itu untuk diri saya sendiri, makan, membasuh pinggan dan mengemas semuanya. Saya suka melakukan perkara seperti itu.”
Pada rancangan lain, Rain memberikan penampilan menarik apabila dia membuat tulang rusuk lembunya sendiri apabila muncul di House on Wheels Musim 3. Hasil masakannya turut dipaparkan dalam siri episod The Hungry dan The Hairy.
Ads
2. YOO TEO
Pelakon kelahiran Jerman pada 1981 ini telah berkahwin dengan Nikki S. Lee, seorang artis visual dan jurugambar yang 11 tahun lebih tua daripada dirinya.
Dalam siaran program Honeymoon Tavern, Yoo Teo berkongsi bahawa dia telah bekerja sambilan di restoran sashimi selama 1 tahun di New York. Yoo Tae mampu membuktikan dirinya sebagai chef utama.
3. RYU SOO YOUNG
Menerusi program realiti KBS bertajuk Stars’ Top Recipe at Fun Restaurant, tidak dinafikan kemahiran memasak pelakon Korea ini.
Ads
Sehingga kini, suami kepada pelakon Park Ha Sun itu telah memenangi enam pertandingan. Antara menu yang dimenangi dalam pertandingan tersebut ialah Ayam Chee Chee, Ayam Tortilla Chee, Mee Cuka Soya Bijan, Tteokbokki Susu Pekat Madu, Ayam Sos Krim Epal, dan Ayam Goreng Sos Mala.
4. KIM JAE WON
Daripada program yang sama seperti Ryu Soo Young, nama Kim Jae Won turut dikenali kerana kebolehannya memasak. Kebolehan memasak Kim Jae Won ditambah pula dengan pengetahuan tentang bahan masakan yang sihat telah memukau ramai penonton.
Dalam rancangan masakan itu, dapat dilihat anaknya, Kim Yi Jun, sentiasa menyokong dan menggemari masakan bapanya.
Ads
5. KI TAE YOUNG
Suami ahli SES Eugene sangat memberi perhatian khusus dalam kehidupan sehariannya. Dia sentiasa menjadi suami dan bapa yang boleh dipercayai. Bukan setakat memasak, malah menjaga dua anak perempuannya.
Dia sangat mengambil berat tentang kandungan nutrisi makanan yang dimakan oleh anak perempuannya. Dia juga sentiasa mengambil kira kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang betul dalam setiap makanan yang dimasaknya.
Pelakon lelaki Korea yang handal di dapur memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa memasak bukan soal jantina. Semua orang boleh memasak. Jika tidak tahu, boleh belajar!
Ulang tahun perkahwinan antara tarikh yang cukup bermakna bagi setiap pasangan suami isteri. Ia tarikh dan detik bersejarah yang akan dikenang buat selama-lamanya.
Bagi pasangan pelakon Fadzil Zahari dan Yana Samsudin, 13 Februari adalah satu tarikh yang cukup bermakna buat mereka berdua.
Disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Februari 2015, tahun ini sudah lapan tahun usia perkahwinan mereka.
Melalui hantaran yang dicoretkan di laman Instagramnya, Fadzil berkongsi kisah bagaimana dia meminta izin daripada arwah bapanya untuk memperisterikan Yana.
Tak berkelip mata abang bila tengok balik kehenseman abang 8 tahun lepas, di tambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan sorang bangsa Johor..
Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, hiway jem 14jam ka, abang tak peduli.. walau sorang Utara sorang Selatan..
Waktu yana tengah sibuk kat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pi ke Yong Peng Johor.
abang cakap dengan abah yana.
“Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari”
Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah yana pencen askar tak belasah abang hahahhaha… suka hari ja lock anak dara dia camtu…
Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Feb 2015…
Know know dah 8 tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat…
Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah… dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
Nota kaki: kawin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang..
Kalau nak kurus dan perut kempis cepat, tak perlu stress sampai habiskan duit ribu-ribu. Anda boleh cuba cara Ibu Azzah ini.
Haaa.. rahsia kecilkan tubuh badan yang dia amalkan adalah dengan minum air lemonade sahaja.
Kurus Dan Perut Kempis Sebelum Naik Pelamin
Perjuangan wanita untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Sedikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.
Bayangkan daripada 80 kg, sekarang sudah capai 60 kg. Paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.
Sebab itu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.
Jadi, jangan expect hari ni niat nak kurus macam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin.
Cuma yang ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari-hari lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain macam. Suka sangat!
Tapi, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang.
Bahan:
2 biji lemon
2 sudu gula kelapa – jenama ococ
2 sudu madu – jenama ococ
750 ml air
Caranya:
1. Perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat saja dengan air. Dapat banyak jus.
2. Selepas itu, campurkan terus dengan gula kelapa dan madu
3. Masukkan ais.
4. Ulang-ulang minum.
Seronoknya boleh buat perut kempis. Kena cuba.
Jadi bakal pengantin tak payah nak risau pasal berat badan naik dan perut buncit sangat sebab tip ini sangat berkesan dan membantu selesaikan masalah anda.
Siapa yang tak nak berebut pahala di bulan Ramadan. Setiap kebaikan yang dilakukan telah Allah janjikan pahala lebih berganda berbanding bulan-bulan lain. Ramadan juga sebenarnya bulan paling sibuk untuk isteri. Saat ini, suami perlu beringat untuk lebih peka terhadap keinginan isteri untuk beribadat.
Waktu pejabat lebih pendek berbanding bulan lain, apabila sampai di rumah isteri tentu terkejar-kejar membuat persiapan juadah berbuka puasa. Ada yang terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas dan tiba di rumah lewat.
Bukan tak boleh beli di bazar tetapi takkanlah setiap hari nak makan lauk bazar ye tak? Walaupun baharu berkahwin dan belum mempunyai zuriat namun masih juga tidak sempat nak buat itu ini. Isteri juga mahu ada ruang untuk dia beribadat, membaca al-Quran misalnya kerana sebelum ini sukar mencari waktu.
Di sinilah suami perlu memainkan peranan. Ringankan tulang membantu isteri buat persediaan berbuka. Kalau selama ini isteri yang memasak hidangan dan suami duduk menonton televisyen, kali ini biarlah suami pula yang berada di dapur untuk memasak. Atau berlapang dadalah untuk hadap kesesakan di bazar membeli juadah.
Apa yang dikongsikan Muhammad Hassan ini sangat benar. Boleh buka sikit minda pada suami….
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbeban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri uruskan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.