Buat pasangan suami isteri, jangan buka ruang untuk orang luar datang meluah tentang masalahnya. Rapat macam mana pun, jangan mulakan. Beringatlah!
Jangan Buka Ruang
“Dia tu isteri orang. Anak satu dah pun. Tak kan lah abang nak kat dia pula.”
Atau.
“Dia tu suami orang. Tak kan lah sayang nak kat dia. Dah anggap macam adik beradik je.”
Ketahuilah wahai suami-suami dan isteri-isteri, permainan syaitan tu sangat licik dan berstrategi.
Mula-mula whatsapp memang cakap pasal kerja. Dah mula selesa, rasa nak luah stress kerja, luah masalah kerja. Still, pasal kerja. Nampak macam tak ada apa-apa kan.
Ads
Lama-lama makin selesa, rasa nak cerita pasal anak, pasal rumah tangga. Suami I begini. Isteri I begitu. Anak-anak I begini. Anak-anak you begitu. Tak apa lagi, kat whatsapp sahaja.
Tapi lama-lama bukan whatsapp biasa-biasa. Dah mula ada emoji, mula ada sticker. Dah mula nak tunjuk kemesraan kerana rasa sangat selesa. Kononnya berkawan.
Pastu rasa selesa nak lebih ambil berat. Ambilkan makanan, belikan makanan, orderkan makanan, hidangkan makanan. Ambilkan sudu, ambilkan tissue. Mula rasa dijaga diberi perhatian. Tapi rasa tak apa. sebab masih kat tempat kerja. Tak kan lah nk buat apa-apa kan.
Lama-lama? Dah rasa ada orang care, rasa ada orang sudi nak share masalah, rasa ada bahu untuk ditumpang selain suami dan selain isteri sendiri. Different style, different approach. Rasa suka lah kan lama-lama.
Ads
Ketahuilah. Jalan menuju zina itu memang bermula dari:
Syaitan ini bukan baru mula kerja sehari dua. Sejak Nabi Adam lagi dia dah expert menyesatkan manusia.
Jadi setakat alasan bini orang, laki orang, mudah sangat syaitan nak cucuk. PU ke tok imam ke, hafiz quran ke, pak ostad ke, semua pun ada possibility untuk disesatkan menuju zina.
Jadi, jangan sekali-kali kita beri ruang kepada tipu daya syaitan walaupun sikit. Sekuat mana pun iman kita, jangan kita berani-berani kata “oh tidak akan berlaku apa-apa.”
Sekali kita dah buka pintu untuk lelaki/ perempuan ajnabi mendekati kita, syaitan sangat mudah menjalankan kerja-kerja kotornya. Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.
May Allah protect us all. Ameen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan lelaki yang bertanggungjawab, jujur dan baik hati. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Lelaki yang baik akan sentiasa membimbing pasangannya ke arah kebaikan tanpa meminta sebarang balasan.
Namun, ada beberapa jenis sikap lelaki yang wanita takuti dan tidak sekali untuk dekati. Mungkin kerana personaliti dan tabiat mereka yang menyakitkan hati dan cukup menjengkelkan. Bagi wanita, jenis lelaki seperti ini perlu dijauhi kerana bakal membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan merimaskan.
Nak tahu apa kriteria-kriteria lelaki tersebut? Jom kita lihat!
Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.
Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.
Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.
Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
التخريج: سنن أبي داود، كِتَابِ الْأَدَبِ، أَبْوَابُ النَّوْمِ، بَابٌ مَا يَقُولُ إِذَا أَصْبَحَ، حديث رقم 5088، عن عثمان بن عفان رضي الله عنه، وقال شعيب الأرناؤوط، حديث حسن.
Terjemahan:
Daripada seseorang yang mendengar Aban bin Uthman berkata; Aku mendengar Uthman -maksudnya Uthman bin Affan RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan:
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” Perawi berkata: “Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadith daripadanya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata, “Kenapa kamu melihat aku? Demi Allah, aku tidak berbohong atas nama Uthman, dan Uthman tidak berbohong atas nama Nabi SAW. Tetapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya.” (Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)
Zikir mempunyai maksud yang teramat luas, samada mengingati Allah SWT dengan hati yang khusyuk atau dengan berdoa atau dengan memuji dan menyebut nama Allah SWT yang Maha Mulia atau dengan mematuhi semua perintah dan menjauhi semua larangan Allah SWT. Zikir juga termasuk setiap pergerakan mahupun perbuatan yang berhubung dengan Allah SWT. Dengan berzikir seorang hamba akan lebih dekat dengan Tuhannya dan memelihara dirinya daripada gangguan syaitan serta bala bencana.
Imam al-Nawawi telah meletakkan hadith ini dalam kitabnya Riyadus Solihin dalam bab zikir pagi dan petang. Manakala dalam Sunan Abu Dawud, Imam Abu Dawud al-Sijistani telah meletakkan hadith ini dalam bab apa yang dibaca di waktu pagi. Imam al-‘Azim Abadi dalam kitabnya ‘Aunu al-Ma’bud dalam mensyarahkan hadith ini berkata: “ Imam al-Qari telah menaqalkan daripada at-Tibi, menjelaskan bahawa:
Nabi SAW telah mengajarkan kepada umat baginda untuk membaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap awal pagi dan petang yang merupakan sebaik-baik waktu dipermulaan siang dan malam agar terlindung daripada sebarang musibah disepanjang hari.
Doa ini dimulai dengan nama Allah SWT sambil memohon perlindungan dengan kebesaran nama Allah SWT daripada setiap perkara yang memudharatkan.
Allah jualah yang memiliki kemanfaatan dan kemudharatan. Tidak ada sesuatupun yang dapat memberikan kemudharatan di bumi mahupun di langit dengan sebarang musibah yang diturunkan melainkan Allah SWT menghendakinya.
Allah jualah yang Maha Mendengar akan rintihan setiap hamba-Nya serta Maha Mengetahui akan setiap perbuatan hamba-Nya. Tidak tersembunyi sesuatu apa pun yang berlaku di bumi mahupun di langit daripada pengetahuan-Nya.
Setiap hamba yang membacanya akan terpelihara daripada sebarang bala musibah yang datang secara tiba-tiba dan tidak akan memudharatkannya.
Kebenaran kisah ini telah diceritakan oleh Aban perawi hadith ini sendiri daripada kalangan Tabien ketika dirinya ditimpa penyakit lumpuh adalah kerana dia terlupa membaca doa ini. Itulah bukti kisah kebenaran para salafus soleh tentang keimanan mereka dengan qada’ dan qadar Allah SWT.
Manakala Imam Ibn ‘Allan juga dalam kitabnya al-Futuhat ar-Rabbaniyyah (3/100) telah menyebut dalam kitab syarh al-Jamie al-Soghir karangan Imam al-‘Alqimi (al-Kawkabu al-Munir) telah menaqalkan bahawa Imam al-Qurtubi berkata berkenaan hadith ini: “Hadith ini adalah sahih dan apa yang disampaikan adalah benar sebagaimana dalil itu telah dibuktikan dengan pengalaman yang telah berlaku. Maka semenjak aku mendengar hadith ini dan beramal dengannya tidak berlaku suatu mudharat pun keatas diriku hinggalah aku terlupa membacanya dan menyebabkan seekor kala jengking telah menyengatku pada satu malam di Madinah. Lantas aku teringat bahawa aku telah terlupa memohon perlindungan dengan membaca kalimah-kalimah tersebut.
Banyak lagi doa-doa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW tanpa mengkhususkannya kepada satu perkara sahaja, tetapi diumumkan kepada semua mudharat mahupun wabak atau bala bencana mengikut ketentuan Allah SWT ke atas individu yang berbeza-beza. Bahkan doa merupakan senjata orang mukmin dan salah satu ibadah yang hebat kerana dengan berdoa walaupun dalam sekecil-kecil perkara juga menunjukkan betapa tingginya pergantungan seorang hamba dengan Penciptanya yang Maha Memberikan Perlindungan.
Di samping itu, walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah daripada Allah SWT dan Nabi SAW, namun dalam bab berdoa ini terdapat keluasan yang mana tidak semestinya diwajibkan berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith atau dalam bahasa arab sahaja. Bahkan dibolehkan di dalam bahasa masing-masing selagi makna doa tersebut tidak menyalahi syarak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jerawat oh jerawat. Masa jerawat datang, susah sangat nak hilangkan. Bila hilang, dia tak pulak betul-betul hilang. Ada pulak meninggalkan parut. Di sini ada 10 tips yang saya kompilasikan untuk kita sama-sama hilangkan parut jerawat yang mengacau tu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...