Sebagai seorang manusia biasa kita sangat memerlukan tidur yang cukup dalam kehidupan kita. Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Tidur yang cukup akan mengekalkan kesihatan badan yang baik pada diri kita.
Namun, bagi pasangan suami isteri yang sudah mempunyai anak ini adalah cabaran untuk mereka. Kerana mereka akan mengalami masalah tidur yang tidak cukup. Oleh itu, perlunya ada kerjasama antara suami dan isteri untuk menguruskan anak.
Janganlah pula si suami lepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Anda seharusnya belajar bagaimana untuk menguruskan zuriat anda sendiri. Ini tidak selalu berharap agar isteri menguruskan semuanya. Sebab itu suami kena tahu 5 tanda yang isteri tidak cukup tidur ini.
1. Tubuh badan lemah dan kurang sihat
Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan
Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
Ads
3. Sering lupa tentang sesuatu perkara
Kurang tidur ni akan kesan pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan
Di siang hari pun selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu pula.
5. Isteri selalu moody
Ads
Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah Bukan itu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Sebab itu tolong lah perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita. Tapi kita kena percaya masih suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
Kalau sudah jodoh, tiada masalah pun lelaki muda berkahwin dengan wanita yang lebih berusia dari dirinya.
Kena abaikan mulut orang sebab banyak kelebihan berkahwin dengan wanita lebih berusia yang mungkin anda tak pernah tahu pun.
Contoh terbaik yang boleh kita sentiasa jadikan teladan ialah Rasulullah SAW yang berkahwin dengan Siti Khadijah r.a yang lebih tua daripada baginda.
Ingat ya,umur bukanlah penghalang untuk rasa kebahagian dalam berumah tangga. Nah, ini fakta tentang kelebihan lelaki yang mempunyai pasangan dan berkahwin dengan wanita lebih berusia.
Kebanyakan wanita yang lebih berusia mempunyai pemikiran yang lebih dewasa. Jadi naluri keibuan telah wujud dalam dirinya, tak perlu berlakon. Kasih sayang yang muncul dan ditunjuk itu memang dari hati, bukan dibuat-buat.
Tak cepat melatah dan cakap lepas. Apa lagi bab bawa diri, auto boleh bertindak sendiri tanpa ragu-ragu. Perempuan yang lebih berusia bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendali masalah walaupun dalam situasi yang berbeza. Nak ke mana-mana tak berteman pun okay sahaja, ya. Tak ada istilah takut dan tak pandai.
Kebanyakan wanita yang lebih tua berbanding lelaki memiliki keyakinan diri yang tinggi. Mungkin sudah biasa memasak, susun perjalanan hariannya dengan cukup teratur.
Contoh kalau uruskan hal anak-anak dia tak perlu ‘hello’ tanya suaminya. Dia sendiri arif dan tahu apa yang dia perlu buat dan didik anaknya.
Tak main-main, kalau cakap A memang akan buat A. Apatah lagi apabila terbuka hati untuk berkahwin, si dia akan fokus masa depan dan lebih memandang serius akan hubungan suci yang bakal terjalin. Semuanya sudah sangat teratur dan mereka juga seorang yang mempunyai pendirian tetap.
Tak ada berkias, nak apa-apa dia akan cakap. Tak ada simpan dalam hati. Senang golongan suami nak tunaikan apa yang dia mahu. Maka tiada lah masalah makan hati dalam diam. Senang nak berurusan hal rumah tangga jika ada masalah.
Mereka akan menyampaikan hasrat di hati dengan jelas agar si lelaki mudah memahaminya. Lain orang mungkin lain sikapnya.
Apa pun terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai pasangan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri selalu mengeluh, kuali asyik melekat je setiap kali nak masak. Sukar untuk dicuci semula dan membuatkan periuk dan peralatan memasak anda nampak tidak cantik. Disebabkan itulah wujudnya peralatan memasak kalis lekat ini diwujudkan, namun sejauh mana kebaikannya kepada kesihatan kita? Ikuti perkongsian dari Makmal Makanan (MaMa) ini sebagai rujukan buat kita semua bakal pengantin juga para suri rumah tangga.
PERALATAN MEMASAK KALIS LEKAT
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium. Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Semasa dipanaska
n, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat. Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).
Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak:
PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi.
Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon. Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan. Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini. Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi. Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’.
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.
KESIMPULANNYA kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.
Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.
Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...