Bukan semua wanita diberi kebolehan dan bakat dalam memasak. Ada yang memang campak-campak bahan sahaja, tup-tup dah siap dan rasanya pula sedap. Tapi ada juga yang sudah menggunakan pelbagai rujukan, tapi masih tak ada rasa air tangan. Suami pula jangan terus menghukum isteri. Berilah isteri sedikit masa dan anda kena tahu cara-caranya.
Oleh itu, mari selidik apa yang suami boleh buat agar isteri anda rajin memasak.
1. Suami kena sokong isteri, bukannya asyik komplen sahaja
Jika isteri tidak pandai memasak, jangan pula isteri dimarahi ataupun diherdik tetapi hantarlah isteri ke kelas memasak. Jika setiap hari berlatih dan belajar, lama-kelamaan pandailah isteri nanti. Suami juga kena rajin membeli isteri buku masakan untuk dibaca dan dicuba olehnya.
2. Suami kena tolong isteri di dapur
Ads
Ini penting, takkan la suami ingin membiarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak, jadi suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan bersama menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, ini dapat mengeratkan hubungan antara anda berdua.
3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak
Ads
Jika suami tahu resipi masakan yang isteri ingin masak, suami boleh membantu isteri menyediakan bahan-bahan penyediaannya. Sesetengah suami yang pandai memasak, mungkin boleh menyediakan bahan-bahan basah dan kering dahulu. Ini secara tidak langsung akan memudahkan isteri untuk menumisnya sahaja. Apabila suami rajin, perkara yang susah bagi isteri pasti akan menjadi mudah dan lancar.
4. Tonton rancangan memasak bersama-sama
Ads
Suami jangan hanya asyik menonton cerita sukan sepanjang hari. Apa kata luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Apatah lagi banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan di kaca televisyen. Malah, program tersebut langsung tidak membosankan.
5. Mulakan menu yang mudah dahulu
Mustahil untuk seorang wanita yang langsung tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Sekiranya anda seorang wanita yang langsung tidak pandai memasak, dicadangkan untuk anda cuba memasak hidangan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Pelajarilah kemahiran emmasak daripada ibu mertua, ibu anda ataupun pembantu rumah. Denagn cara ini akan memudahkan anda untuk memasak masakan yang ringkas seperti menggoreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi menu yang ringkas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
2. TEH CHAMOMILE ; Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
3. JUS CRANBERRY ; Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
4. SUSU COKLAT ; Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
5. TEH HIJAU ; Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
6. JUS TOMATO ; Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
7. TEH HITAM ; Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain juga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dah kahwin masih lagi nak berkenalan ke? Kita dah ada cucu, masakan tidak kenal lagi?”
Inilah persoalan-soalan yang mungkin berlegar di minda apabila pasangan suami isteri diminta untuk saling berkenalan kembali.
Walau sudah berkahwin berabad lamanya, walaupun sudah mempunyai anak dan cucu. Allport (1971) seorang ahli psikologi Barat menyatakan;
”Seorang individu mempunyai personaliti yang dinamik. Dinamik bermaksud sesuatu yang berkembang. Sesuatu yang berkembang akan melibatkan perubahan.”
Begitu juga halnya dengan personaliti seseorang, ia juga boleh berubah. Seseorang individu itu boleh berubah mengikut persekitaran yang dialaminya.
Begitulah Islam menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” Surah Al-Hujurat 49:13
Kerana perkembangan yang dinamik inilah Islam menganjurkan kita untuk saling kenal-mengenal lebih-lebih lagi dalam rumah tangga.
Penting untuk kita betul-betul mengetahui apa yang disukai dan dibenci pasangan untuk elakkan ketidaksefahaman.
Mungkin ada yang bercinta sebelum berkahwin. Dalam alam percintaan inilah mereka saling berkenalan. Bila merasakan wujudnya keserasian, maka termeterailah ikatan perkahwinan.
Di alam percintaan, mereka berlumba-lumba memenangi hati masing-masing. Perkara yang tidak disukai pasangan tidak akan pernah ditunjukkan bila berada di hadapan pasangan.
Automatik menjadi seorang yang sopan, tidak membuang sampah sesuka hati, baju sentiasa wangi dan memberikan hadiah istimewa. Semua dilakukan demi memenangi hati pasangan.
Perkahwinan akan sentiasa menjadi hangat jika perkara yang sama ketika bercinta dilakukan.
Si isteri akan sentiasa mendapati suaminya seorang yang romantis, caring, penyayang dan pendengar setia dikala duka yang menjadi asbab untuk si isteri jatuh cinta pada suaminya suatu ketika dahulu.
Suami pula sentiasa “tergila-gilakan” isterinya kerana isteri sentiasa pandai mengambil hati, pandai memasak, sentiasa cantik di mata suami dan layanan first class.
Inilah antara kunci kebahagiaan yang seringkali terlepas pandang oleh pasangan-pasangan suami isteri.
Ada yang beranggapan zaman bercinta sudah berlalu, tanggungjawab mencari rezeki dan mengurus rumah tangga sudah cukup membebankan dan mula mengabaikan sifat-sifat romantis yang pernah ditunjukkan pada zaman bercinta.
Rumah tangga dilanda kemarau dan ketandusan kasih sayang. Bunga-bunga cinta mula layu dan ada yang mengambil kesempatan berlalu meninggalkan pasangan atas alasan tidak sehaluan, tiada lagi kesefahaman.
Kenangan manis zaman bercinta dilupakan dan kini gagah mengangkat poster;
“Aku boleh hidup tanpa dirimu.”
Sangat menyedihkan bila hal ini berlaku, kerana itulah Islam sangat menganjurkan umatnya saling berkenalan, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.
Betulkan pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta? Situasinya sama seperti zaman bercinta dulu. Perkenalan sekejap itu yang membuat kita mula bercinta dan akhirnya berumah tangga.
Bila sudah berumah tangga perkenalan tetap diteruskan agar percintaan semakin berkekalan. Bukankah personaliti boleh berubah?
Dan apabila pasangan sudah mula berubah, kita menjadi orang pertama yang peka akan perubahan tersebut dan sebolehnya memahami mengapa perubahan tersebut berlaku.
Apabila sudah memahami, maka tidak timbul konflik dalam menerima kesan perubahan pasangan kita itu.
Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah melahirkan anak akan mengalami konflik untuk bagaimana mahu membesarkan anak sekiranya dia bekerja seperti sebelumnya.
Si suami akan memujuk supaya isteri berhenti kerja dan membesarkan anak sahaja dan keperluan nafkah keluarga ditanggung suami.
Hal ini adalah sangat baik kerana tugas utama suami ialah mencari rezeki di luar manakala tempat isteri ialah di dalam rumah.
Apabila berlakunya situasi seperti ini maka berlakulah transformasi seorang wanita berkerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Memang terdapat perbezaan yang ketara kepada perubahan tersebut terutamanya dari segi emosi.
Sifat keibuan akan terserlah dan ibu banyak memikirkan soal anak kecilnya. Siang dan malam masa isteri akan dihabiskan untuk si kecil dan urusan kerja rumah.
Personaliti dan perasaan mereka akan turut berubah. Di sinilah peranan suami untuk peka terhadap perubahan ini dan berusaha menjadi pendengar setia isterinya.
Jika tidak, isteri akan mula menyatakan suami tidak lagi menyayangiya. Penat lelah menguruskan anak kecil serta urusan rumah tangga yang lain dianggap tidak dipedulikan suami.
Memang isteri tidak akan merengek seperti anak kecil namun bahasa badannya perlu difahami. Jika hal ini tidak diberi perhatian, masing-masing akan menunding jari.
Suami pula akan menuduh isterinya tidak pandai melayannya. Wajah masam seakan ada riak kebencian pada suami, padahal isteri kepenatan dalam urusan yang disebutkan tadi.
Andai ada saling tolak ansur, faham memahami, saling bertanya khabar keadaan pasangan masing-masing hal-hal buruk yang menghala kepada perpisahan tidak akan berlaku.
Kerana hal itu saranan dalam ayat Al-Qur’an surat Al-Hujurat (49) ayat 13 tadi amatlah tepat untuk setiap pasangan sentiasa berusaha mengenali pasangan masing-masing.
Dengan saling berkenalan, sifat romantis, caring dan penyayang akan sentiasa hidup dalam diri masing-masing.
Dengan saling berkenalan, kebaikan dan kelebihan pasangan dapat diberi pengiktirafan, dengan saling berkenalan juga keburukan dan kekurangan pasangan dapat diterima dengan reda di samping tahu bagaimana untuk “tackle” mereka.
Dengan berkenalan juga, pasangan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki.
Akhirnya dengan sentiasa berkenalan Allah akan memberi ganjaran pahala kerana setiap pasangan saling berusaha untuk menjaga mahligai rumah tangga mereka.
Allah menyintai pasangan yang berkasih sayang dan menjamin syurga buat mereka dan ahli keluarganya di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” Surah at-Thur :21
Ingatlah, tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal semakin mesra. Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjamin syurga untuk kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?
Jawapan :
Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.
Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...