Tahu tak macam mana nak segarkan sayur kalau beli banyak? Sebagai suri rumah, bab simpan lauk basah pun kena kuasai. Barulah jimat dan tak perlu makan kedai.
Ya, biasanya kita sumbat terus dalam peti ais. Nak guna esoknya tengok sudah layu. Tak best, lah. Hilang seri jadinya.
Suri Rumah Ini Kongsi Cara Segarkan Sayur
Haa… jangan risau sebab seorang wanita dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan kembali sayur yang layu menggunakan kaedah osmosis.
“Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.
Ads
“Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.
“Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam,” ujarnya.
Masukkan Dalam Plastik
Selepas sayur kembali segar, keringkan dan masukkan ke dalam plastik airtight sealed atau ziplock sebelum disimpan di dalam peti.
Ads
Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, pun perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti.
Ads
Sayur jenis ini mudah rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.
Untuk tahan lebih lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana ia biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.
Jadi, cukup mudah, bukan? Boleh lah beli sayur banyak terus dan simpan dalam peti untuk beberapa hari. Tak perlu tiap hari pergi kedai cari lauk basah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Contoh TAG yang di pakaikan kepada individu yang berada di dalam tempoh kuarantin (PUS) COVID-19.
Tag berwarna PINK untuk orang dewasa manakala tag berwarna PUTIH untuk kanak-kanak. Ada sesetengah negeri menggunakan tag BIRU untuk lelaki dewasa dan tag PINK untuk wanita dewasa.
Tag ini dipakaikan oleh anggota kesihatan kepada individu terlibat dan akan dibuka oleh anggota kesihatan apabila tempoh kuarantin tamat. Tag ini TIDAK BOLEH DIBUKA dengan sewenang-wenangnya dan akan terkoyak jika ada cubaan menanggalkannya.
Pemakai tag ini TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARI RUMAH selama 14 hari atau sehingga tempoh kuarantin tamat. Semua pemakai tag akan di lawati oleh anggota kesihatan secara "mengejut" sepanjang tempoh kuarantin. Hal ini adalah untuk memastikan mereka patuh kepada arahan yang telah di berikan.
Malangnya,masih ada pemakai tag yang ingkar dan keluar dari rumah dalam tempoh kuarantin tersebut walaupun pemeriksaan berskala dan mengejut telah pun di lakukan. Ada di antara mereka pergi ke pasaraya,kedai runcit dan juga ke kedai makan.
Sila perhatikan individu di sekeliling anda.
JANGAN benarkan pemakai tag masuk ke mana-mana premis. Jika terserempak dengan pemakai tag berada di khalayak ramai,AMBIL GAMBAR MEREKA dan LAPORKAN kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau anda boleh HUBUNGI balai POLIS yang terdekat untuk tindakan lanjut. Sila bantu pihak kami (anggota kesihatan) untuk mengawasi mereka semua. Tolong jadi "mata dan telinga" kepada kami.
Semua pemakai tag ini adalah tertaluk di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342). Kegagalan untuk mematuhi peraturan dan syarat-syarat ini adalah merupakan 1 kesalahan di bawah Seksyen 22 akta 342 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh di dakwa di bawah Seksyen 24 akta 342 yang mana memperuntukkan denda dan juga penjara sehingga 2 tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada zaman sekarang, mungkin kahwin di usia muda dianggap sesuatu yang pelik dan dianggap sesuatu yang tergesa-gesa. Ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka.
Walhal, berkahwin di usia muda adalah perkara biasa dan sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan ini boleh dilihat pada perkahwinan ibu bapa kita dahulu kala. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya anda menamatkan zaman bujang anda di usia yang masih muda.
Jom Pesona Pengantin kongsikan 6 kelebihan pasangan yang berkahwin di usia yang masih muda!
1. MEMATANGKAN HUBUNGAN
Mesti ramai yang bersetuju apabila sesesbuah perkahwinan perkahwinan itu boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.
2. TIDAK MEMBUANG MASA
Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai jumlah bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.
3. FAKTOR KESUBURAN
Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30 an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, anda mungkin akan mengalami kemerosotan. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.
4. BOLEH BERSARA LEBIH AWAL
Tidakkah anda terfikir sekiranya anda berkahwin pada awal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna pabila anda sempat menyaksikan anak anda berumah tangga dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?
5. LEBIH STABIL
Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, perkahwinan itu sendiri yang membuatkan anda menjadi lebih stabil. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.
6. ELAK MAKSIAT
Zaman sekarang ini cukup terkenal dengan trend “couple” buat golongan anak muda. Pergaulan bebas membuatkan hubungan cinta boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan dilarang oleh agama. Perkara ini boleh dielak sekiranya anda berkahwin di usia muda. Selain itu, banyak perkara boleh dibuat bersama dan boleh mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada juga antara kita yang begitu susah untuk bangun awal pagi. Terasa liat sangat tubuh untuk segera bangkit dari tempat tidur. Kalau boleh ingin terus ditarik selimut untuk menyambung tidur hingga matahari terbit.
Pun begitu, alangkah ruginya andai terlepas pula untuk mendirikan solat subuh. Malah bukan itu sahaja kelebihan dan keistimewaan bangun awal pagi juga tidak dapat dinikmati, American Psychological Association (APA) turut mendedahkan bahawa orang yang bangun awal pagi lebih cenderung memiliki perasaan gembira, senang hati dan bahagia berbanding mereka yang bangun lewat.
Dalam erti kata lain, bila bangun awal pagi akan menjadikan kita lebih bersemangat dan tidak hairanlah orang yang berjaya adalah orang yang bangun di awal pagi. Pengalaman yang sama juga ingin dikongsikan oleh saudari Nazia Suhaimi di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini dapat juga memberi inspirasi buat kita untuk mempastikan bukan sahaja diri kita malah seisi keluarga akan memulakan hari di awal pagi. Jom semak.
Ini perkongsiannya berkaitan manfaat bangun awal pagi. Bila mendengar kisah-kisah orang berjaya, kebanyakkan mereka bangun pada awal pagi. Sebelum Subuh lagi. Dan mereka ini bukan sekadar orang yang berjaya, bahkan kaya-raya. Ya, kaya dari segi akhlak, bahasa dan harta.
Tak perlu cari contoh jauh-jauh, orang kita sendiri bersepah dengan ciri-ciri ini. Tunjuk dengan tak tunjuk atau kita nampak atau tak nampak je.
Pada awal permulaan saya nak berubah, saya paksa diri saya bangun awal. Dalam setengah jam sebelum Subuh. Masa mula-mula tu, saya pun mati akal nak buat apa. Kadang termenung sampai Subuh, kadang saya suka lipat kain sebab anak tak kacau, kadang saya buat je lah apa yang rasa saya nak buat.
Sejak Disember tahun lepas, saya mulakan satu rutin harian iaitu bangun dan baca Al-Waqiah sementara tunggu Subuh. Orang kata, kalau amal surah ni boleh kaya. Siapa tak nak kaya, kan? Saya pun cubalah.
Alhamdulillah, hingga saat ini, memang betul apa nabi cakap. Kalau amal surah ni, memang tak pernah fakir.
bangun awal
Kenapa saya cakap macam ni?
Bayangkan suami saya kerja seorang. Beliau menampung kehidupan kami empat beranak (insya Allah bulan depan lima orang). Gaji tak besar. Bayar rumah kereta saja sudah RM1k. Belum masuk belanja sekolah anak, barang dapur, bil api letrik, dan lain-lain.
Kalau dulu, asal hujung bulan je mesti mengais-ngais duit sana sini sebab dah putus belanja. Pernah sekali, kami makan bubur tiga hari berturut sementara tunggu hari gaji. Duit yang ada hanya cukup-cukup beli susu anak dan duit minyak motor ulang alik pergi kerja.
Sekarang dah tak macam tu lagi. Alhamdulillah, selain duit tak pernah putus, makanan sentiasa cukup dalam rumah. Hidup tak mewah tapi hati tenang, tak kusut pasal duit.
Dan Allah sangat-sangat mudahkan urusan tentang kehidupan kami. Bukan setakat pasal duit je, bah kan dari segenap kehidupan. Sama ada keluarga, bisnes, penyaakit dan macam-macam lagi.
Baru saya sedar, nikmat yang sebenar bukan terletak pada duit. Tak. Nikmat sebenar adalah ketenangan.
bangun awal
Satu lagi, saya cuba berdoa dan berzikir selepas baca Quran, sementara tunggu masuk waktu solat Subuh. Kebetulan minggu lepas, saya terjoin group tadabur. Apa yang best, salah seorang di antara kami share ayat yang sangat memberi kesan di hati saya,
Allah SWT berfirman:
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada WAKTU SAHUR.”
Ali ‘Imran 3 : Ayat 17
Kita punyalah tengok orang barat sebagai contoh, sedangkan Allah dah bagi garis panduan siap-siap dalam Quran macam mana nak jadi orang berjaya dunia dan akhirat.