Azam tahun lepas tak tercapai lagi nak kurus seperti orang lain. Tidak salahnya membawanya ke tahun ini asalkan tertunai walaupun anda terpaksa mengambil masa yang lama.

Usah pedulikan kata orang, lain orang lain pula caranya hendak kurus. Yang penting, kaedah yang dilakukan selamat dan konsisten.

Mungkin kaedah menguruskan badan sebagaimana yang dilakukan oleh Fiza Mukhtar boleh anda ikut dan amalkan. Jika sesuai, apa salah manfaatkannya kepada anda yang berhajat untuk mengecilkan saiz bentuk badan. Selamat mencuba!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan di sini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti hari ni.

2015 – Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg. Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak. Hahaha.

IKLAN

2016 – Berat naik ke 104kg. 10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 – Hari ni 09 July 2017, 9PM – 52.4kg

Saya x amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus. Saya tak nak sebab saya x selesa. Time berbadan besar dulu, saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam x berbaloi sebab rasa membazir. Kalau kau x control makan kau, sama je. Naik balik nanti. ???… Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya, lepas apa yang saya lalui dan alami, nak kurus tu, tekad kita pada diri kita sendiri. Tanggungjawab pada tubuh badan kita. Saya nak kurus sebab saya nak sihat. Saya nak rasa lebih yakin. Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl. Tekanan beb!… X tipu!… Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

IKLAN

Nak kurus, tips dari saya :

❌ Air Manis
❌ Fast Food
❌ Jajan / Snack

✔ Exercise
✔ Kawal pemakanan

Be positive with urself. If u berbadan besar and always complaint itu ini, but then u sendiri x ada effort nak reduce ur weight, sembang ke apa?..???..

IKLAN

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Jangan mudah terikut dengan cara org. Lain org lain caranya. Slowly buat. Selesakan diri dengan bersenam. In shaa Allah, lama-kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah :

2x seminggu buat masker putih telur.

Nak tips apa lagi?
Itu je saya boleh bagi. Tak ada rahsia apa2. Benda baik kita kongsi bersama. Doakan saya achieve untuk ke 45kg. ??