Berdengkur ketika tidur? Itu normal. Tetapi, bila berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil? Itu masalah yang perlu diatasi.
Kebanyakan orang mengalaminya terutama apabila satu hari kepenatan. Tapi, adakah cara hilangkan dengkur? Apa kata anda cuba 10 cara yang kami kongsikan ini.
1. Mandi air panas sebelum tidur
Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.
2. Tidur secara mengiring
Berbaring secara menelentang akan menyebabkan bahagian atas lidah anda menutup saluran tekak anda, sekaligus menutup saluran pernafasan. Cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.
3. Banyakkan minum air masak
Salah satu cara hilangkan dengkur adalah dengan memperbanyakkan minum air di siang hari. Ia akan mengekalkan tahap hidrasi badan anda. Jika anda kekurangan air, tekak anda akan kering dan menghasilkan mukus.
4. Gunakan bantuan pelekat jalur hidung
Ads
Jika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung.
5. Gunakan semburan hidung
Selain daripada pelekat hidung yang diletakkan di bahagian atas hidung, anda juga boleh membeli semburan nasal hidung bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung anda.
6. Pasang pelembap udara di dalam bilik
masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Dengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.
Ads
7. Tidur dengan bantal yang tinggi
Lagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat.
8. Jangan ambil makanan berat sebelum tidur
Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur.
9. Buat latihan mulut
Ads
Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.
Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang. Ulang selama 3 minit setiap hari.
Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.
Sebut vowel ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari
Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.
10. Pemeriksaan doktor, anda mungkin bermasalah
Jika anda telah mencuba petua untuk mengurangkan dengkur di atas dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah tidur anda yang semakin teruk, mungkin telah sampai masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Jika pemeriksaan membuktikan ia adalah satu masalah yang serius, anda mungkin perlu melakukan pembedahan bagi membuka saluran udara.
Sumber : theasiaparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernikahan adalah sebuah momen yang special buat semua pasangan yang bakal mendirikkan rumah tangga. Di hari itu, pengantin wanita akan berdandan habis-habisan agar penampilannya nampak berbeza dan cantik. Sehinggakan, ramai dari mereka melakukan pelbagai rawatan kecantikkan supaya mereka kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang harus di jaga rapi, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka. anyak wanita yang rela menahan beratnya sanggul, atau berjam-jam duduk didepan cermin demi mendapatkan tatanan atau gaya rambut yang rumit namun cantik ini. Ramai wanita yang sanggup berhabis duit demi untuk menjaga rambut mereka.
Di sebabkan itu, gaya rambut wanita di hari perkahwinan sangatlah penting dan ia harus di sesuaikan dengan busana yang akan di pakai nanti. Berikut adalah gaya rambut yang boleh anda cuba di hari bahagia anda.
Foto : ayeeyFoto : HimisspuffFoto : Pinterest
Kalau boleh padankan rambut anda biar bersusuaian dengan tema dan busana. Baru nampak lehih kemas dan teratur.
Sesuaikan juga agar kena dengan peribadi anda. Di nasihatkan agar tidak terburu-buru untuk mendandan, sebaiknya lihat inspirasi atau bertanyakan pada yang lebih pakar dahulu sebelum anda memotong rambut.
Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum berlangsungnya sebuah majlis bahagia.
Kesibukan dalam mengatur perjalanan menjelang hari bahagia kadangkala merunsingkan hingga pasangan terlupa akan beberapa perkara penting.
Segalanya harus berjalan seperti yang dirancang sebelum majlis berlangsung dan pastikan tiada apa yang terlepas daripada pandangan mata.
Nah, Pesona Pengantin hadiahkan anda wedding checklist agar tiada perkara penting yang terlepas pandang dalam menguruskan persiapan menjelang hari bahagia anda.
Sebenarnya jodoh dan maut itu aturan Allah tapi ada satu kajian menyatakan, orang harus berkahwin di antara usia 28 dan 32 tahun jika mereka tidak mahu perceraian, sekurang-kurangnya dalam lima tahun pertama, memetik dari laman kumparan.com.
Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.
Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.
“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.
“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”
Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.
Pastinya, ini termasuk dalam perkembangan baru, kerana ahli sosiologi sebelum ini percaya bahawa menunggu lebih lama sebelum akhirnya berumah tangga biasanya menghasilkan kestabilan yang lebih baik.
Ada banyak sebab mengapa usia di akhir 20-an hingga awal 30-an masuk akal untuk memulakan hubungan seumur hidup dengan seseorang. Pada usia itu, kita sudah cukup matang untuk membezakan antara perasaan sebenar dengan seseorang, atau hanya dibutakan oleh keinginan sahaja. Pada usia ini, kita juga telah membuat pilihan kehidupan yang penting dan boleh mengambil beberapa tanggungjawab.
Masih ada lebih banyak kajian mengenai usia sebenar untuk perkahwinan yang sedang dijalankan, mari kita tunggu hasil kajian seterusnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!