Manis tersenyum memegang mikrofon melantukan lagu Surat Cinta Untuk Starla pada majlis persandingan, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal jelas menggambarkan sedang bahagia menyulam cinta dengan suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie yang berlangsung dalam suasana serba mewah di Magica Subang Hall.
Pada malam yang penuh berbunga-bunga itu, pasangan merpati dua sejoli mengenakan persalinan sedondon biru muda tajaan Jakel.
Syasya Rizal Dapat Tajaan RM5 juta
Bukan hanya itu, ibu Syasya iaitu Farah Farina Abd. Razak mendedahkan puteri kesayangannya itu turut menggayakan barang kemas dan aksesori tajaan Habib Jewels bernilai RM5 juta.
“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib taja RM5 juta barang kemas yang dipakai malam ini.
Ads
“Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada taja dan banyak lagi.
“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” ujarnya.
Ibu Syasya Memuji Menantunya
Ads
Farah yang mesra disapa Riena turut berkongsi mengenai keperibadian menantunya yang disifatkan sebagai lelaki budiman dan pandai mengambil hati puteri kesayangannya itu.
“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga.
“Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” ujarnya.
Ads
Suka Wajah Suami Macam Nobita
Berkongsi kisah cintanya, wajah suaminya yang mirip kartun Nobita membuatkan Syasya jatuh cinta.
“Jujur saya memang tertarik dengan suami sebab ramai orang kata wajahnya macam Nobita. Tapi disebalik itu keperibadian dan persamaan yang ada diantara kami membuatkan saya tertarik dan selesa dengannya,” kongsinya.
Untuk rekod, Syasya mengejutkan peminat apabila mengumumkan tidak lagi bersama Dolla. Keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ‘panas’ hubungan pasangan suami isteri, Intan Najuwa dan Datuk Asraf Azman yang baru bernikah baru-baru ini. Jadi tak pelik kalau segala kegiatannya jadi tumpuan netizen.
Semenjak berkahwin, Intan Najuwa dilihat rajin berkongsi video memasak untuk suaminya di media sosial miliknya. Ramai yang memuji, malah suka dengan cara Intan melayan suaminya. Rajin!
Intan Najuwa Masak Untuk Suaminya Lewat Malam
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Intan Najuwa yang meraih perhatian ramai.
Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta, tanda suka sebanyak 265 ribu dan 2 ribu komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Intan Najuwa yang memasak ayam masak kicap hasil permintaan suaminya itu walaupun sudah pukul 12 tengah malam.
“Hmm… lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap pukul 12 am,”tulis Intan Najuwa.
Begitulah manisnya dalam rumahtangga, kalau lapar ada orang tolong masakkan. Tak payah keluar pergi kedai. Yang penting air tangan isteri tersayang. Bahagia itu mudah.
Kehilangan yang cukup besar dalam negara kita apabila bintang seni Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Ogos 2021. Pasangan ini cukup dikenali sebagai pasangan bahagia yang berjaya. Namun, di sebaliknya kini, mereka menjadi pasangan contoh sebagai ikutan pasangan lain.
Belum lagi sunyi masyarakat membuka amal kebaikan Siti Sarah sehingga arwah diangkat dalam kemuliaan. Ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebaik arwah, memuliakan suami dan menjaga baik hubungannya dengan suami.
Namun,pandanglah juga kebaikan seorang suami yang berjaya mendidik isteri dengan baik. Shuib adalah contoh terbaik suami dambaan isteri yang patut ada di sisi seorang isteri. Selama ini, kita asyik mencari siapakah atau apakah jenis bidadari syurga yang kita mahukan.
Ujian yang sungguh berat untuk dia harungi. Hilang isteri yang dia cintai. Hilang teman akrab yang setia berkongsi keluh kesah dan susah senang selama 11 tahun ni. Tinggalkan anak-anak yang masih kecil lagi. Yang paling kecil baru berusia 4 hari. Allahurabbi. Moga terus kuat Ib, (hang lelaki hebat sebab tu Allah uji).
Shuib contoh suami dambaan isteri.
Masa hidupnya saling melengkapi. Si isteri hormat dan taat pada suami. Sang suami pula sayang dan manjakan isteri dengan semua rezeki yang dia miliki. Tak lokek keluarkan duit untuk wanita yang dia sayangi. Anak-anak gembira dengan ibu ayah di sisi. Segala memori diabadikan di dalam media sosial ni. Gelak tawa, gaduh manja serta telatah yang mencuit hati pasti menjadi kenangan untuk mereka ingati. Kita pun turut rasa sekali.
Semasa isteri sakit dan bertarung nyawa untuk lahirkan bayi lelaki, dia tidak putus-putus memohon doa semua rakyat Malaysia untuk isteri yang dia kasihi. Bila keadaan isteri semakin tenat dia menangis mohon Allah selamatkan isteri dan sembuh kembali.
Tapi Allah lebih menyayangi.
Isteri yang bertarung nyawa beberapa hari akhirnya pergi menghadap Ilahi. Shuib izinkan “bidadari syurga” nya pergi dengan seikhlas hati. Maafkan segala salah silap selama harini. Dan perginya isteri yang sangat dicemburui. Segala kebaikannya dijaja sehingga saat ini. Media sosial penuh dengan ucapan takziah dan alfatihah buat arwah dan keluarga yang meratapi.
Secara peribadi, Shuib dah berjaya jalankan amanah dia sebagai sorang ketua keluarga / suami. Dan paksu yakin Shuib mampu menggalas tugas menjadi ayah dan ibu untuk anak-anak mereka nanti.
Pada yang masih punya isteri hargailah selagi mereka masih di sisi. Jangan pernah sakitkan hati mereka walau apa alasan pun sekali.
Isteri ni cerminan suami. Baik suami maka baiklah isteri. Dan Shuib contoh lelaki yang patut kita contohi. Salam takziah dan Al fatihah buat seluruh keluarga dan moga syurga untuk arwah di dunia abadi. Aamiin.
Nak menjadi suami bukan cukup dengan rasa cinta dan wang ringgit, bahkan tanggungjawab yang digalas itu perlu dijalankan dengan sebaiknya. Didiklah isteri menjadi wanita paling baik kerana mereka juga menjadi contoh untuk diteladani anak-anak. InsyaAllah.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!