Masih ramai yang sanggup berlapar apabila tiba waktu makan malam. Kenapa ya?
Ini kerana mereka beranggapan makan malam boleh menambah berat badan.
Namun, tanggapan itu sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya, terdapat faktor-faktor lain seperti makan makanan berminyak, tinggi kalori dan faktor gaya hidup boleh menyumbang kepada kegemukan.
Tahukah anda makan malam sangat penting bagi melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi pada siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu.
Selain itu, ia juga penting untuk merapatkan kemesraan bersama ahli keluarga yang berkumpul pada waktu malam.
Makan malam juga mungkin salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian penat bekerja.
Namun, untuk mengambil makan malam ini, anda harus tahu cara yang betul tanpa risau boleh menambah berat badan antaranya:
Ads
1. Makan mengikut keperluan
Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan dalam sehari. Anda harus bijak mengambil makanan agar tidak melebihi keperluan kalori harian.
2. Jangan langkau waktu makan pada siang hari.
Melangkau waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuatkan seseorang itu makan berlebihan semasa makan malam.
3. Jangan jadikan makan malam tempat melepaskan tekanan
Ads
Seharian berhadapan dengan pelbagai masalah membuatkan anda melepaskan tekanan ketika menjamu selera. Ia boleh mengakibatkan anda makan secara berlebihan.
4. Jangan makan ketika menonton televisyen
Amalan ini akan mengakibatkan anda cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti aiskrim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.
Panduan makan malam yang sihat perlu diamalkan:
Ads
1. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berminyak dan berlemak.
2. Waktu makan malam yang sesuai di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat malam dan berasa lapar. Anda disarankan mengambil snek ringan sebelum masuk tidur seperti buah-buahan, roti, biskut dan segelas susu.
3. Ambil makanan yang seimbang. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran.
4. Ketahui saiz hidangan yang diambil. Makan malam sepatutnya membekalkan 400 hingga 500 kalori.
5. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam boleh menyebabkan gangguan untuk melelapkan mata.
6. Sekiranya anda menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat dan utamakan buah-buahan dan air kosong.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
PMS (premenstrual syndrome – senggugut) merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita yang lain.
Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS seperti Perut kembung, Kejang perut, Payu dara bengkak atau sensitif, ketegangan atau bimbang (anxiety), Masalah tidur (insomnia), sakit sendi atau otot, pening kepala, Lesu, Jerawat dan perasaan tidak menentu (Mood swings).
9 Petua Merawat Senggugut
SAMSUNG DIGITAL CAMERA
1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
2. Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
3. Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
4. Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
5. Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
6. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.
7. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
8. Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.
9. Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.
Semoga dengan perkongsian 9 petua merawat senggugut di atas dapat memberikan kita alternatif bagi merawat penyakit senggugut yang sering menyerang wanita sebulan sekali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan. Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk keluarga. Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah?
Tidak semua apa yang diharapkan sebelum kahwin indah belaka. Beruntunglah jika memiliki suami yang memahami tidak dibiarkan isteri kepenatan dengan soal rumah tangga dan anak-anak.
Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, baca perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini moga jadi panduan bersama.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
BILA DAN CARA DOAKAN SUAMI
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah ibu bapa buat air bacaan Yasin untuk anak-anak. Biasanya selepas solat akan bacakan surah Yasin dekat dengan bekas air yang nak dijadikan air bacaan Yasin untuk di minum seisi keluarga.
Perkongsian Maryam Salleh akan manfaat air bacaan Yasin ini bagus untuk dihadam. Sebagai petua, air ini bukan saja bermanfaat sebagai penawar atau untuk penerang hati, tapi juga boleh digunakan untuk memagar rumah.
Menurut ulamak boleh di minum. Nak tau tak, molekul-molekul air boleh berubah mengikut getaran suara.Terdapat perbezaaan antara air dan mineral biasa diminum dengan air mineral yang dibaca Surah Yasin padanya.
Air bacaan yaasin
Molekul-molekul air berubah dari keadaan asal kepada bentuk lain yang lebih menarik dan juga terdapat bentuk yang hodoh. Bukti-bukti terkumpul melalui kajian yang dilakukan untuk membuktikan kebenaran kata-kata air yang dibaca Surah Yasin lebih banyak memberi manfaat daripada air tanpa ayat suci Al-Qur’an.
Banyak kegunaan air bacaan Yasin ni, biasanya diberikan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Kenapa? Hal ini disebabkan air tersebut dapat menjadi penawar.
Apabila air yang dibacakan ayat-ayat dari surah Yasin, molekul yang terbentuk adalah tersusun sempurna. Molekul air ini akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan pada air di otak dan pembuluh darah.
Air ini akan memperbetulkan fungsi-fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa. Hasilnya, dengan izin Allah, air akan bertindak menurut pesanan yang diniatkan dan dilaksanakan tanpa kita sedari.
Ayat-ayat suci dari surah Yasin mempunyai manfaat yang lebih berbanding air yang biasa saja. Molekul air yang bersinar dengan bacaan Yasin dapat menyembuhkan penyakit, menerangkan hati dan jiwa dan sebagai penawar mengelakkan gangguan makhluk halus.
Cara Pagar Rumah Guna Air Bacaan Yasin
Air bacaan Yasin juga boleh digunakan untuk memagar rumah. Cara memagari guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru ialah :
Ambil penyembur baju.
Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.
Masukkan air Yaasiin.
Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air — Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.
Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.
Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.
Sembur pagar-pagar di sekeliling rumah.
Sila Betulkan Niat Ketika Minum Air Bacaan Yasin. Amalan kita membaca Yasin yang diiringi doa kepada air biasa dapat mengubah molekul air menjadi lebih cantik sekaligus dapat menyembuhkan penyakit dari segi fizikal dan rohani.
Sekadar minum air bacaan Yaasin semata-mata tidak dapat membantu manusia ke arah kebaikan, tetapi ia perlu diselarikan dengan niat yang ikhlas, baik dan tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain.
Tidak lupa juga supaya sentiasa bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan izin-Nya , semua usaha yang diikhtiarkan mendatangkan hasil yang sempurna. Insya’Allah