Memang benar rasa cinta itu hadir tanpa dipaksa dan ia lahir dari lubuk hati yang ikhlas. Walau bagaimanapun, sekiranya hubungan cinta itu tidak dijaga, ia boleh memudarkan rasa cinta itu sekaligus membuatkan ia berakhir dengan begitu saja.
Oleh sebab itu, ada beberapa perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pasangan bagi memastikan hubungan cinta itu sentiasa “melekat” buat selamanya. Paling penting, setiap pasangan harus ikhlas ketika menjalinkan hubungan cinta dan tahu akan batas-batasnya.
Jom kita lihat beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib anda lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin sentiasa “melekat” dan akan berakhir dengan kebahagiaan.
1. HARGAI PENGORBANAN PASANGAN
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, anda perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
2. JANGAN BERPRASANGKA BURUK
Ads
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.
3. HORMATI PENDIRIAN PASANGAN
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta anda sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.
4. MENYAYANGI DENGAN HATI DAN BUKAN PERASAAN
Ads
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, anda mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.
5. YAKIN DENGAN KEISTIMEWAAN PASANGAN
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan anda seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.
6. MENYAYANGI SETIAP HARI
Ads
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokan harinya.
7. JANGAN CEPAT BERBANGGA
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.
8. SENTIASA BERSYUKUR
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang.
Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Ada kalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah biasa kita dengar si siteri akan membebel kepada suami. Ramai suami yang mengeluh kerana isteri menjadi garang selepas berkahwin. Ada yang berpendapat sikap isteri berubah 360 darjah daripada yang sebelumnya.
Tapi, sebelum nak kata isteri anda garang, selidik dulu kenapa dia jadi seperti itu. Mungkin dia merasa tertekan dengan masalah di tempat kerja, atau penat menguruskan rumah tangga. Ada antara sebab lain mungkin anda tidak tahu.
1. Terlalu banyak tanggungjawab dan bebanan
Suami perlu tahu kudrat seorang isteri tidak sama seperti lelaki. Letih seorang isteri tidak sama seperti letihnya suami. Bahkan, bukan tugasan menjadi isteri sahaja, malah tugasan sebagai seorang ibu, dan menguruskan keluarga.
2. Terlalu banyak tekanan yang dialami saban hari
Kadang kala tekanan menjadikan siapa isteri anda ketika ini. Kalau suami faham, sudah tentu anda akan mengurangkan beban yang dipikul selama ini. Tetapi, ramai lelaki memiliki wanita tetapi tidak ramai yang memahami perasaan wanita itu tentang apa yang dirasai.
3. Meminta untuk difahami
Suami, tolong jangan tunggu isteri sehingga mereka “meletup” baru nak sedar kerana dia tidak minta kita ganti tempat dia untuk ambil alih kemas rumah, memasak, jaga anak, dan lain-lain tetapi dia cuma minta kita faham dan hargai dia.
4. Inginkan bantuan agar beban diringankan
Cuba tolong ringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban atas bahu dia seorang diri. Perlu tahu, kekuatan dia dan kita berbeza. Sebaiknya sebagai suami isteri saling bantu membantu antara satu sama lain dan tidak membebankan pasangan anda.
Sumber : theasiaparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita.
Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung. Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosional dari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin.
Katanya “bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”.
Biasanya ketegangan dalam sesuatu hubungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki. Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak
Tidak hairanlah jika wanita lebih cenderung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
Tip Hadapi Putus Cinta
Berdamailah dengan diri sendiri. Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa.
Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berhenti merungut tentang masalah kulit dan berat badan kerana ada cara paling mudah untuk anda cuba selain dari membeli produk-produk di pasaran. Siapa yang taknak kulit cantik dan badan maintain kurus kan? Dugaan makanan di sekeliling yang sedap-sedap membuatkan kita rasa tergugat untuk kurus.
Tapi, perkongsian dari Facebook Resepi Orang Kampung ni boleh buat anda lebih bersemangat. Bukan sahaja jerawat hilang, lemak pun boleh terhakis dan maintain bentuk badan yang lebih ramping.
DETOKS KULIT
Bahan-bahan :
1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!
*tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais
Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab ter detox sekali! 2 in 1 gitewww
Kredit petua: Facebook Petua Cantik dan Sihat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!