Hari ini sudah masuk hari ke-19 kita menyambut bulan Ramadan. Tentu para isteri sudah kehabisan idea untuk memasak hidangan berbuka puasa. Semua resipi sudah dicuba.
Apa kata kita cuba buat corndog versi mini yang dikongsi oleh Alia Nella menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN). Menu ini sesuai dijadikan kudapan untuk berbuka puasa.
*****
CORNDOG VERSION MINI
Ads
Sesuai untuk kudapan berbuka puasa..kita buat version mini sebab time berbuka banyak lagi makanan lain yang nak dimakan juga. Dan bila buat mini version ni..akan dapat banyak..jadi nya boleh simpan untuk digoreng masa sahur,jadikan sebagai penarik untuk anak-anak bangkit bersahur.
Bahan-bahan:
Roti (roll kan bagi nipis, supaya senang gulung)
Sausage (dh direbus siap-siap dan potong pendek, 1 sausage tu alia kerat jadi 4 ketul)
Mozarella Cheese (Alia kerat kiub2 petak kecik macam dalam contoh gambar tu)
Cheese Slices (ni nak letak pun boleh, nak letak pun boleh. Tak kisah apa-apa brand)
Tepung Gandum + Air – agak-agak je..tapi pastikan jangan ceroi sangat. Buat pekat-pekat. (Digunakan sebagai pelekat & katup bahagian yang ada cheese)
Breadcrumb (alia guna version white breadcrumb@japaneese breadcrumb)
Setiap bakal pengantin pasti ingin lakukan kelainan untuk majlis perkahwinan agar ia mampu meninggalkan satu kenangan terindah. Jika anda sedang mencari idea untuk membuat cenderahati kepada tetamu, apa kata hadiahkan mereka dengan kipas tangan buatan sendiri.
Kipas tangan ini juga boleh anda cetak dengan aturcara majlis bagi memudahkan tetamu. Bahkan boleh juga tetamu jadikan kipas jika mereka rasa panas.
Nak buat pun mudah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah berikut. Hasilnya pasti menakjubkan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Aturcara majlis anda yang dicetak dalam bentuk kad
2. Pita pelekat dua hala
3. Pemegang kipas kayu (boleh dibeli dikedai kraf)
4. Pembaris
5. Pisau X-Acto
6. Pemotong kertas atau gunting
7. Reben atau cat sembur (sebagai pilihan)
Cara membuat:
Langkah 1: Lipat kad menjadi dua bahagian. Tekan pisau X-Acto dengan menggunakan pembaris untuk membuat garisan di bahagian tengah kad agar kad mudah dilipat nipis tanpa membuat belahan pada kad.
Langkah 2: Gunakan pemotong kertas atau gunting untuk memotong bahagian kertas yang tidak diperlukan.
Langkah 3: Lekatkan pita pelekat dua hala di bahagian depan dan belakang kayu. Lekatkan juga di bahagian belakang kad.
Langkah 4: Pastikan kayu diletakkan di bahagian tengah bawah kad. Lipat kad dan tekan untuk memastikan kad melekat dengan sempurna.
Langkah 5: Untuk kesan yang lebih menarik, hiaskan dengan reben rona keemasan pada kipas tangan tadi.
Membeli bunga siap balut di kedai mungkin agak mahal kerana kos upahnya. Anda tidak perlu membazir lagi untuk membelinya. Lagi pun anda mungkin hanya menggunakannya untuk seketika waktu. Jadi daripada membeli di kedai anda boleh lakukannya sendiri dengan langkah mudah ini.
Bahan-bahan
Gunting
Bunga
Floral wire atau getah
2 jarum peniti
Reben
Pembalut plastik
Cara-cara:
Langkah 1: Kumpulkan semua kuntum bunga dan ikatkan getah atau floral wire untuk menyatukan bunga-bunga tersebut. Potong kakinya agar sama panjang.
Langkah 2: Balutkan plastik di keliling batang bunga. Hentikan balutan 3cm sebelum hujung tangkai. Cara ini akan memberikan kemasan yang elok untuk jambangan bunga anda.
Langkah 3: Cucukkan reben dengan pin di bahagian bawah tangkai bunga.
Langkah 4: Balutkan reben di keliling batang bunga dengan cara semakin menaik ke arah kepala bunga.
Langkah 5: Setelah selesai membalut, pinkan bahagian hujung reben dengan jarum. Siap untuk digunakan!
Sumber : Diy networks
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja! Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya. Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Wall hook – RM5.57/pek. Saya beli 4 pek (Daiso)
Rak – RM9.50/setiap satu. Saya beli 4. (MrDIY)
Balang kosong – RM0.85/pc. Saya beli 24 pcs. (MrDIY)
Jumlah: RM80.70
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
SEMOGA BERMANFAAT! Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
*Idea asal DIY spice rack organizer ini dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah menerusi Facebook.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!