
Isi Kandungan
ToggleSemua bakal pengantin memerlukan wang yang cukup untuk menjayakan acara perkahwinan impian yang diimpikan, tapi disebabkan kekangan kewangan ada yang sanggup meminjam dari bank untuk memudahkan jalan perkahwinan, tidak salah tapi jika boleh menyimpan dengan duit sendiri biarlah menggunakan duit sendiri sahaja.
Bukan mudah nak menyimpan ni kalau tak beriya. Saya sendiri pun jarang-jarang menyimpan. Botol kuih raya dah tersedia ada. Tapi, masukkan duit belum lagi. Kami siap beli beberapa balang botol khas untuk simpanan yang berbeza. Untuk travel, kecemasan, dan lain-lain. Tapi belum start buat apa-apa lagi. Haih.Bila ternampak status Puan Aminahtul Marrdiah saya rasa terinspirasi untuk meneruskan usaha menyimpan duit dalam balang khas yang tersedia ada selama ni
Kau mungkin rasa terbeban, tapi hasilnya anak kau ada simpanan – Pn Aminahtul Marrdiah
Taktik Wanita Simpan RM12600 Guna Duit RM20 Selama Setahun Untuk Anak
Beliau kongsi duit cara simpan duit untuk anak dalam masa setahun iaitu:
1.Sediakan botol kuih raya saiz besar. (Selalunya orang guna isi tempeyek)
2.Tak payah sekat perbelanjaan, beli je keperluan hidup seharian. Tricknya adalah jangan guna not kepingan duit RM20 untuk membeli. Gunakan not duit yang lain.
3.Balik rumah, bagi salam terus masukkan semua RM20 yang korang ada ke dalam botol.
4.Ulang langkah 1-3 selama setahun.
5.Cukup setahun, ajak anak untuk kira bersama berapa duit yang dah dikumpul
.
Kenapa Guna Not RM20?
1.Lebih senang nampak disebabkan not RM20 berwarna oren. Taklah besar sangat nilai nak dibandingkan dengan Not RM50
.
2. Paksa diri suami isteri

.
3. Terjamin jumlah simpanan
.
Semoga perjalanan menyimpan anda berjaya dan membuahkan hasil. Selamat menyimpan dan berjimat mulai sekarang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Bawah Umur Jangan Letak Sebagai Penama Penerima Hibah Polisi Takaful, KWSP, ASB Dan Tabung Haji.


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Guna Majlis Nampak Gah Sekiranya Solat, Aurat, Ikhtilat Sepanjang Majlis Tidak Dijaga

Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.
Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.
Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah.
Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.
Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah – berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu, majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.
Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang ‘alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?
Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.
Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang ‘alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.
Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.
Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.
Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin, kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?
Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.
Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.
Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.
Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.
Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
SUMBER : Intan Dzulkefli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Jadi Isteri, Kena Pandai Toleransi Lagi-lagi Bab Duit. Suami Bukan Mesin ATM!

Dari segi perancangan kewangan, ada 5 cara bijak yang boleh suami gunakan untuk memastikan kita membeli kereta dalam keadaan yang terkawal. Anda boleh pilih mana satu cara yang sesuai dengan anda. Panduan ini adalah untuk memastikan kewangan anda dalam keadaan stabil dan anda tidak tertekan dengan masalah kewangan. Jadi kalau isteri minta beli kereta baru, anda dah boleh diam dan buat dia lagi tersenyum.
BIAR ORANG LAIN BAYAR ANSURAN KERETA
Cara ini adalah cara paling bijak dalam pengurusan kewangan. Anda perlu berfikir bahawa anda tidak perlu untuk membayar liabiliti daripada gaji anda sendiri. Biar orang lain yang bayarkan untuk anda. Jadi bagaimana?
Sebelum membuat hutang kenderaan, anda mesti memiliki aset yang boleh menjana pendapatan. Contoh yang mudah adalah rumah sewa.
Anda membeli sebuah apartmen medium kos berharga RM150,000. Anda membayar ansuran kepada bank RM700 selama 30 tahun. Apartmen anda disewakan kepada penyewa dengan kadar RM1000. Dengan ini, anda ada lebihan tunai positif RM300 setiap bulan. Lebihan tunai inilah yang boleh digunakan untuk membayar ansuran kereta anda. Jadi anda boleh mendapatkan kereta percuma yang dibayar oleh orang lain setiap bulan.
Jika anda mahu kereta yang lebih mahal, anda perlu mendapatkan lebihan tunai positif yang lebih banyak setiap bulan. Jadi, kemahuan anda terbatas setakat kadar itu sahaja. Ia boleh mengelakkan anda memiliki kereta mahal yang tidak perlu. Duit gaji anda boleh disalurkan ke tempat pelaburan lain. Silap-silap anda boleh pakai lebih banyak kereta.
BAYAR SECARA TUNAI
Hidup bebas hutang adalah impian semua orang. Kita boleh mulakan dengan membeli kereta secara tunai. Saya syorkan sekiranya anda mempunyai simpanan tunai, gunakan 30% daripada tunai itu untuk membeli kereta secara tunai.
Secara praktikalnya, jika anda mempunyai simpanan tunai sebanyak RM30 ribu, anda boleh gunakan RM10 ribu untuk membeli kereta secara tunai.
Kereta yang boleh dibeli secara tunai dengan harga di bawah RM20 ribu semestinya bukan kereta yang mengagumkan. Tapi ingat, anda perlukan kereta untuk pengangkutan, bukan untuk mengagumkan orang lain. Dan anda membelinya dengan tunai dan anda tiada hutang!
Jika kaedah ini dipraktikkan, anda akan menjadi lebih berdisiplin pada masa akan datang. Anda akan liat membuat hutang yang tidak baik.
BAYAR ANSURAN KERETA TIDAK LEBIH 15% DARIPADA GAJI BULANAN
Kaedah ini mungkin sesuai sekiranya anda tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk membeli kereta. Anda hanya mampu membayar ansuran pinjaman kereta sahaja.
Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai simpanan yang banyak. Dengan kaedah ini, anda mengira kadar maksimum bayaran kereta anda setiap bulan, iaitu 15%.
Contoh, jika gaji anda RM3000 sebulan, bayaran maksimum ansuran kereta ialah RM450. Dan pembiayaan yang anda patut ambil adalah bawah 7 tahun. Jadi, ansuran RM450 dengan pembiayaan 7 tahun.
Seterusnya anda baru keluar dan cari kereta berdasarkan bajet anda itu. Ingat, bukan cari kereta dahulu kemudian baru kira. Kira dahulu dan baru keluar mencari kereta apa yang sesuai dengan kemampuan anda.
HARGA KERETA TIDAK LEBIH GAJI SETAHUN
Kaedah seterusnya untuk memiliki kenderaan di sekitar kemampuan kita adalah dengan menggunakan petanda aras harga kereta. Harga kereta tidak boleh lebih daripada gaji setahun.
Jika anda bergaji bulanan RM3000, gaji tahunan anda ialah RM36,000. Jadi kereta yang boleh anda beli mesti berharga kurang daripada RM 36,000.
Jika ini dijadikan petanda aras, anda boleh berdisiplin dan tidak akan terikat dengan gaya hidup mewah dan melampaui pendapatan anda.
IKUT RULE 20/5/10
Kaedah ini adalah kaedah yang senang untuk diingat. Ia mungkin mempunyai persamaan dengan kaedah sebelum ini tetapi ada sedikit keunikan.
20/5/10.
20 adalah bayar 20% pendahuluan (downpayment) kereta. Dengan membayar pendahuluan tinggi, anda dapat merendahkan jumlah hutang anda.
5 ialah pembiayaan 5 tahun maksimum. Dengan merendahkan masa pembiayaan, anda akan membayar kadar faedah/keuntungan bank lebih rendah.
10 ialah 10% daripada gaji bulanan. Dengan merendahkan bayaran bulanan, anda boleh mengoptimumkan gaji anda untuk perkara yang lebih penting seperti membeli aset untuk pelaburan.
BELI 2 KERETA SEKALI GUS
Kaedah ini sebenarnya ada persamaan dengan kaedah pertama. Ingat, jika anda beli sebuah kereta, anda rugi. Jika anda beli dua buah kereta, anda untung. Bagaimana?
Beli dua buah kereta sekali gus. Satu anda guna, satu lagi anda sewakan. Kita ambil contoh Perodua Myvi. Bayaran ansuran bulanan setiap kereta adalah sekitar RM500. Kereta kita yang kedua boleh dijadikan kereta sewa. Harga pasaran sewa kereta Myvi sekitar RM150 sehari.
Anda perlu sewa selama lebih 7 hari sahaja sebulan untuk membayar ansuran kereta itu. Jika lebih daripada itu, anda mendapat untung dan pendapatan bulanan lebihan!
Jika anda rasa kaedah ini susah, saya ada jawapan untuk anda. Bukan senang mahu senang dan hidup bebas hutang adalah lebih senang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI