Tentunya setiap wanita yang bakal bergelar ratu sehari ingin tampil berseri di hari perkahwinan bagaikan bidadari syurga. Selain busana dan solekan yang tepat, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan penampilan yang terbaik di hari bahagia.

Tip ini sangat berguna supaya aura wajah berseri jelas kelihatan di hari bahagia itu nanti.

1. MERAWAT TUBUH

Tampil Berseri Bak Bidadari Di Hari Bahagia! Mudah Saja Nak Buat, 5 Tip Inilah Rahsianya!

Untuk menjimatkan kos, aktiviti merawat tubuh boleh dilakukan sendiri di rumah. Lakukan secara rutin seperti facial dan lulur badan dua hari sekali selama dua bulan sebelum majlis tersebut. Ini bagi memastikan  sel-sel kulit mati dapat dibuang selain membuatkan kulit tidak kusam. Di samping itu, kulit juga akan terasa lebih lembut dan berbau wangi.

2. ELAK DIET MENDADAK

Bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal, ramai wanita mengambil jalan singkat dengan berdiet. Amalan diet tidak menjadi satu kesalahan, namun pastikan diet tersebut telah dilakukan sebelum majlis berlangsung dan ia satu diet yang sihat. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

3. LEMPARKAN SENYUMAN IKHLAS

Tampil Berseri Bak Bidadari Di Hari Bahagia! Mudah Saja Nak Buat, 5 Tip Inilah Rahsianya!

Sepanjang majlis berlangsung, pastinya anda bakal menjadi tumpuan ramai. Apa sahaja yang ada pada diri anda akan diperhatikan oleh semua tetamu yang hadir. Tambahan lagi, ramai yang ingin mengabadikan foto kenangan bersama anda dan pasangan. Untuk kelihatan cantik dan berseri, senyuman yang ikhlas memainkan peranan yang cukup penting. Sekiranya mulut dan gigi anda lebih bersih dan putih, sudah pasti penampilan anda di hari bahagia tampak lebih mempesonakan.

4. MENJAGA KEBERSIHAN

Kecantikan sejati seorang wanita merupakan keseimbangan kecantikan dari luaran dan dalaman. Kecantikan luaran adalah sebagaimana seseorang wanita itu menjaga dan merawat tubuhnya, manakala kecantikan dari dalam menunjukkan betapa anda menghargai diri sendiri.

5. BANYAK MINUM AIR PUTIH & REHAT SECUKUPNYA

Tampil Berseri Bak Bidadari Di Hari Bahagia! Mudah Saja Nak Buat, 5 Tip Inilah Rahsianya!

Beristirahat juga tidak kurang pentingnya bagi kecantikan badan dan wajah. Sekalipun anda terlalu sibuk membuat persiapan majlis, pastikan anda memikirkan kesihatan diri. Perbanyakkan minum air putih yang mencukupi setiap hari agar anda berasa segar dan sihat. Selain minum air secukupnya, anda juga perlu sentiasa berfikiran positif agar fikiran anda lebih segar dan terserlah wajah bahagia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI