Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk kita jalani bersama pasangan. Anda perlunya ada kerjasama dan tanggungjawab perlu dijalankan antara satu sama lain.
Suami isteri perlu berfikir secara kedepan apa yang ingin dilakukan selepas perkahwinan dari semua aspek. Ingat, jangan ambil mudah tanggungjawab anda apabila sudah bergelar suami/isteri.
Suami adalah ketua dalam keluarga. Tidak salah kalau si isteri bertanyakan soalan untuk persiapan diri. Apa soalan itu? Mari kita lihat
1. Dah kahwin nanti duduk mana?
Ini soalan yang sangat penting kerana di mana anda akan membina keluarga anda? Tidak salah anda bertanya pada bakal suami tempat berteduh anda berdua nanti.
Ads
2. Awak boleh jaga anak ke nanti?
Masyarakat sering menganggap tugasan menjaga anak mengurus anak ini semua tugas isteri. Jadi apa guna peranan seorang suami kalau anak sendiri pun tidak boleh menjaga? Anak itu adalah anugerah Allah kepada pasangan. Jadi, jagalah sepenuh didikan dan kasih sayang.
3. Komitmen perbelanjaan harian?
Ads
Penekanan perlu diberikan pada bahagian dapur kerana perbelanjaan dapur termasuklah pemakanan dan bil yang harus diambil kira. Masakan yang anda hidangkan adalah untuk suami juga.
4. Tahu tanggungjawab seorang suami?
Ya, soalan ini perlu ditanyakan kepada bakal suami anda. Adakah mereka tahu dan faham apa itu maksud sebenar tanggungjawab sebagai seorang isteri? dan peranan mereka dalam sebuah keluarga.
Bila sudah berkahwin, pasti anda dan pasangan inginkan zuriat. Jadi, ini lah masanya anda bertanyakan kepada pasangan anda adakah dia sudah berfikir cara yang terbaik untuk mendidik anak nanti? Adakah dia menggunakan kekerasan?
6. Adakah dia akan bercakap jujur ?
Boleh jadi sebelum dan selepas kahwin si dia menjadi sangat berbeza. Perangai mungkin tidak seperti sebelum berkahwin. Adalah lebih baik anda bertanya adakah dia akan jujur dalam semua perkara tanpa ada selindung?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada pasangan bersesuaian antara alasan utama wanita lewat berkahwin walaupun kebanyakan mereka menyatakan keinginan mendirikan rumah tangga, pada usia muda.
Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan 35.7 peratus wanita bujang memberikan alasan itu menjadi punca mereka membujang.
Bagaimanapun lelaki dan wanita bujang memberikan tiga alasan utama termasuk tidak jumpa pasangan sesuai sehingga bergelar anak dara tua (andartu).
“Kebanyakan mereka bersetuju usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun, manakala lelaki 28 tahun. Wanita yang mencapai usia 33 tahun disifatkan sebagai lewat berkahwin, manakala lelaki pula pada usia 37 tahun.”
Tidak seperti lelaki yang menjadikan masalah kewangan sebagai sebab utama mereka masih membujang, hanya 26 peratus wanita tidak berkahwin menjadikan faktor kewangan sebagai alasan tidak mendirikan rumah tangga.
Dalam kajian sama, 56 peratus lelaki bujang memberikan alasan faktor kewangan menjadi sebab utama mereka masih tidak berkahwin.
“Kira-kira 18.1 peratus wanita bujang menjadikan faktor mengejar karier sebagai sebab mereka lambat berkahwin, manakala 9.4 peratus lelaki memberi alasan mahu mendahulukan kerjaya,
47.1 peratus wanita memilih sifat tanggungjawab sebagai kriteria utama mencari calon suami.
“Ternyata wanita tidak hanya melihat faktor kewangan semata-mata sebaliknya mereka lebih mengambil kira soal nilai murni yang ada pada lelaki supaya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”
Ramai wanita berpendidikan tinggi, sebilangannya berkahwin lewat dan sekali gus akan lewat membina keluarga atau mendapat anak.
Berbeza pada tahun 70-an, tidak ramai wanita yang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi, berbanding sekarang menyebabkan kehidupan mereka ketika itu hanya mengurus anak.
Berbekalkan pendidikan tinggi, wanita kini mempunyai kerjaya tinggi dan sesetengahnya tidak kisah jika lambat berkahwin kerana sibuk mengejar kejayaan lebih baik untuk masa depan.
“Bidang kerjaya juga menyaksikan wanita sudah mampu memegang jawatan tinggi dan tidak bergantung kepada lelaki untuk mencari rezeki.
“Jika dulu kebanyakan wanita tidak memiliki kerjaya dan bergantung sumber pendapatan suami. Kini kerjaya wanita jauh lebih hebat. Justeru untuk mereka bergantung kepada lelaki begitu minimum dan hampir pupus.”
Kelewatan berkahwin menyebabkan mereka akan lewat mendapat anak dan apabila sudah pencen, anak masih bersekolah dan perlu menanggung mereka menjadikan ia situasi yang sukar.
“Dulu masa muda sibuk mencari pekerjaan sesuai, tetapi selepas berjaya sibuk pula dengan kerja. Masa terus berlalu menjadikan kita leka dengan tugas ini, akhirnya umur meningkat.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merancang majlis perkahwinan yang sempurna tidak semestinya memerlukan perbelanjaan dan bajet yang tinggi untuk direalisasikan. Oleh yang demikian, pentingnya penyediaan anggaran perbelanjaan agar majlis perkahwinan anda tidak menyebabkan terlalu banyak pembaziran wang pada perkara yang tidak perlu.
Bagi anda yang mempunyai bajet terhad, berikut merupakan perkara yang boleh dielakkan agar anda boleh menjimatkan kos perkahwinan. Ini lima perkara yang perlu dielakkan bagi agar anda boleh save bajet.
Kehadiran pengapit yang ramai mampu menyerikan majlis perkahwinan. Ia cukup mengujakan apabila mempelai diapit oleh teman-teman yang memakai busana berona sedondon. Namun, ia akan melibatkan kos yang tinggi kerana anda perlu menyediakan pakaian mereka, bunga tangan dan pelbagai aksesori untuk kelihatan sempurna sekali gus untuk menambah seri pada majlis anda.
Ia akan melibatkan sejumlah wang besar untuk direalisasikan. Sebaiknya, cukup hanya menggunakan dua orang pengapit iaitu seorang untuk pengapit pengantin perempuan dan seorang lagi untuk pengantin lelaki. Dengan cara ini bajet perkahwinan boleh dijimatkan.
Rata-rata pengantin menempah kek bertingkat untuk upacara memotong kek kerana mementingkan kecantikan momen itu di dalam foto dan video. Tambahan pula, kek bertingkat ini kosnya agak tinggi. Sekiranya anda masih ingin kek bertingkat, anda boleh berjimat dengan cara menempah kek yang disertakan dengan replika atau dummy cake di bahagian atas manakala kek sebenar di bahagian bawah.
Ramai pengantin masa kini menempah bunting sebagai petunjuk jalan atau digantung di depan rumah. Tanpa disedari, ia memakan sejumlah kos yang agak tinggi. Untuk menjimatkan kos, anda boleh membuatnya sendiri atau menempah dengan kadar yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan photo booth yang turut memakan kos belanja yang agak besar untuk merealisasikannya.
Kerap berlaku di mana kita terdorong membeli sesuatu bekas yang mahal atau menempah beg kertas mengikut cita rasa dan tema majlis walhal akhirnya ia akan dibuang juga. Untuk menjimatkan kos, seeloknya anda beli beg kertas yang sedia ada yang menepati keperluan. Anda juga boleh mengunakan kreativiti anda untuk menyediakan sendiri cenderahati perkahwinan untuk menjimatkan kos perkahwinan.
Kini terlalu banyak pakej fotografi dan videografi yang ditawarkan mampu menelan belanja beribu ringgit. Tidak salah jika anda ingin mengabadikan momen-momen indah anda yang hanya dialami sekali seumur hidup. Ada cara yang lebih jimat iaitu anda mungkin boleh meminta bantuan ahli keluarga terdekat anda atau rakan anda untuk merakamkan momen bahagia anda. Anda juga boleh mendapatkan pakej fotografi tanpa album dan cara ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga tentu sahaja menjadi impian setiap suami isteri. Bukan sahaja pengikat cinta dan kasih sayang yang utuh, kehidupan suami isteri juga akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT apabila sentiasa disertai dengan doa kepada-Nya.
Malah memohon doa kepada-Nya juga mampu mengikat kasih sayang dan hubungan suami isteri agar lebih bertahan lama. Melalui doa-doa yang senantiasa kita panjatkan kepada Allah SWT, sudah pasti maka keberkatannya akan sentiasa datang kepada kita.
Agar kehidupan yang kita dibina dirahmati dan dilindungi, di sini disenaraikan doa-doa yang suami isteri boleh amalkan untuk pengikat kasih sayang dan kebahagiaan rumah tangga.
DOA & ZIKIR PELEMBUT HATI
Sebelum membaca doa ini, mulakan dengan membaca Al-Fatihah satu kali.
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Ertinya: “Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (Surah Al-Hasyr, ayat 21)
Ertinya: 1) “Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.” (Surah Toha, ayat 1 hingga 5)
Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.”
Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT melembutkan hati suami.
DOA ELAK BERGADUH
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan).” (Surah Asy-Syura, ayat 19)
DOA HILANG PERASAAN MARAH
Ertinya: “Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku daripada syaitan.”
DOA ISTERI UNTUK SUAMI
Ertinya: “(Katakanlah) kepada mereka hai Muhammad! (“Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mencintaimu) dengan erti bahawa Dia memberimu pahala (dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun) terhadap orang yang mengikutiku, mengenai dosa-dosanya yang telah terjadi sebelum itu (lagi Maha Penyayang”) kepadanya.”
Ertinya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”
DOA KEKALKAN KASIH SAYANG
Amalkan membacanya sebanyak 7 kali pagi dan 7 kali petang
Ertinya: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
DOA PENDINDING SIHIR
Ertinya: “Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak dibebani selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya.” (Surah An-Nisa’ Ayat 84)
DOA UNTUK CUKUPKAN REZEKI
Ertinya: “Ya Allah, cukupilah kami dengan rezeki-Mu yang halal (hingga kami terhindar) dari yang hara. Perkayalah kami dengan kurnia-Mu (hingga kami tidak minta) kepada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...