Bila jerawat naik di muka, rasa confident yang ada pada diri sendiri pun menurun kan? Tambah pula kalau dalam masa terdekat ada temuduga atau majlis reunion bersama rakan, mana sempat jerawat nak hilang! Kalau dah bermacam-macam produk dah cuba tapi jerawat masih tumbuh seperti cendawan selepas hujan, apa kata anda cuba salah satu bedak kegemaran nenek kita iaitu bedak nyonya! Kalau anda nak tahu, dengan gunakan bedak ini jerawat pun tak naik tau.
TIPS KURANGKAN PERTUMBUHAN JERAWAT YANG SUKA TUMBUH TANPA RELA!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama. Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan? Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Ads
2 minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan. Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Ads
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Ads
CARA-CARANYA
1/2 sudu kecil bedak nyonya
Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)
Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)
Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
Cuci dan rasakan perbezaan!
Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir. Mesti kulit muka pun licin!
Kena ingatkan banyak kali, jangan impikan isteri sempurna dalam perkahwinan. Berharap isteri cantik setiap hari, teratur kemas segala benda, dan semua terhidang tepat pada waktunya. Ini kena betulkan.
Nak tahu lebih jelas situasi seorang wanita bergelar isteri, jemput baca perkogsian Puan Farhanah Ibrahim ini. Pasti anda lebih memahami tentang sebuah perkahwinan.
Ya, masa awal nikah, rumah sentiasa kemas, bilik tidur wangi, cadar katil simetri, bantal pun susun selari, bantal peluk betul-betul centre kat tengah katil.
Tak ada satu sampah pun atas lantai. Pintu almari tertutup rapi. Langsir dihias seimbang kanan dan kiri. Tingkap licin tak ada sebutir kotoran. Bawah bantal tersedia daun pandan. Fuh, harumnya bau wangi-wangian!
Isteri pun mekap comel-comel, tangan kaki berinai. Buku lali ada gelang loceng bunyi ting ting ting. Pakai pula baju seksi. Rambut letak bunga-bungaan. Perfume sampai 15 jenis. Mata kening terkebil-kebil nak goda suami. Excitedlah toklaki. Nak keluar gi mengail pun tak jadi.
Tetapi bila sudah 6 tahun nikah, semua dah berubah. Hilang sudah kecantikan si isteri.
Dah tak wangi, jarang pakai baju seksi. Atas kepala dah tak ada bunga-bungaan menghiasi. Rumah pun dah start bersepah.
Bawah bantal dah takda daun pandan, yang ada taik kucing (gurau). Ustaz kata, sebab tulah suami malas nak balik rumah. Sebab isteri dah tak pandai jaga suami. Pergi main badminton, pergi mengail, pergi main dam 3-4jam layan kawan-kawan lelaki lagi seronok.
Cuba kalau isteri buat macam malam pertama. Comel, seksi, wangi, pastu menari pulak. Fuh, kompom suami tak gi keluar dah. Melekat saja di rumah.
Bukanlah niat nak membela wanita. Cuma takut ramai lelaki salah faham, terutama yang belum nikah. Risau para lelaki semua masuk ke gerbang perkahwinan hanya harapkan kepuasan nafsu semata. Saya juga risau lelaki-lelaki berkahwin dengan mindset:
“Balik keja isteri kena tunggu depan pintu, siapkan air teh panas untuk aku.”
“Isteri kena layan nafsu aku setiap hari.”
“Senanglah lepas kawin nanti, dah tak payah susah-susah basuh baju, sidai kain, lipat baju. Uniform kerja pun ada orang gosokkan setiap malam, bolehlah bangun lewat sikit.”
“Untunglah lepas kawin nanti, hari-hari ada isteri masakkan. Bangun pagi pun breakfast dah tersedia, tak adalah kena makan mamak dah pepagi.”
“Bestnya lepas kawin, ada orang kemaskan rumah, lepas makan pun takyah basuh pinggan dah, isteri buat semua.”
Seolah-olah pernikahan itu satu #KESENANGAN untuk lelaki tapi #KESUSAHAN untuk wanita.
KEUNTUNGAN untuk lelaki tapi BEBANAN untuk wanita.
Sedangkan si isteri kat rumah hari-hari macam medan perang. Dari celik mata sampai pejam mata semua benda dia urus seorang.
Mungkin situasi lepas 6 tahun kawin dah tak sama macam 6 hari pertama lepas kawin. Lepas 6 tahun kawin, anak dah berderet ustaz, 4 orang rapat-rapat, selang 1-2 tahun sorang. Berdua-duaan dengan suami TAK SAMA DAN TAK AKAN SAMA dengan hidup dengan anak-anak kecik yang perlu diuruskan.
Anak yang 5 tahun & 3 tahun biasanya juara berkreativiti (baca: sepahkan rumah). Jadi selalunya baru kemas rumah tak sampai 5 minit dah sepah semula, itu biasa. Baru habis mengemop dah ada yang terbabas kencing atas lantai, itu biasa.
Anak yang 2 tahun dan 2 bulan pula masih menyusu badan. Mungkin kain baju yang berbasuh tak sempat nak sidai, yang dah kering belum sempat nak lipat. Sebab selang 1-2 jam, si kecil 2 orang tu nak menyusu tandem kanan dan kiri.
Mungkin juga dapur tak sebersih dulu, lantai tak sekilat dulu. Yelah, baru nak kemas, empat-empat anak meraung berebut perhatian si ummi.
Baru nak sinsing lengan basuh pinggan, yang sulung terkencing pulak dalam seluar, yang kedua terberak, yang ketiga main kasar dengan adik, yang baby dah menangis sebab sakit.
Sungguh tak sama, dah nikah 6 tahun dengan baru nikah 6 hari. Mandi pun kadang ala kadar, apatah lagi nak berseksi-seksi berwangi-wangi. Badan pun cuma mampu pakai “perfume” natural bau susu masam setiap hari.
Anak bangun menyusu gilir-gilir sepanjang malam, kadang terlalu exhausted sampai tak terlayan kehendak suami.
Nak ambil perancang, suami pula tak bagi. Kata cik abang, dapat baby tu kan rezeki. Lebih sadis kalau ditambah dengan BABY TUA yang bernama suami, tapi tak pandai urus diri sendiri, dan tak pula ringan tulang bantu isteri.
Suami hanya tahu bila balik kerja, rumah kena tiptop. Makanan terhidang atas meja. Anak-anak bersih dan wangi. Kain baju dah siap basuh dan berlipat rapi. Baju untuk esok dah siap gosok hari ini. Nak tolong basuh pinggan? Hello, tu tugas isteri.
Nak sidai kain kat luar? Eh, kang jiran kata aku kena queen control nanti. Nak basuh berak anak? Sori aku geli. Nak vacuum dan mop rumah? Jatuhlah maruahku sebagai suami.
Nak lipat kain? Uii dayuslah aku macam ni. Jika begini, janganlah harapkan layanan 5 star dari isteri.
Kalau suami langsung tak bother nak bantu uruskan anak & rumahtangga sekali. Isteri itu pun manusia biasa. Bukan robot, bukan malaikat. Dia punya perasaan. Dia juga keletihan.
Sedangkan Nabi pun uruskan dirinya sendiri, jahit baju sendiri, repair kasutnya sendiri, ringan tulang bantu isteri, angkatkan air dan perahkan sendiri susu kambing untuk santapan keluarganya.
Nabi sangat berlembut terhadap isteri, jaga hati isteri, tak pernah tinggi suara apatah lagi maki hamun isteri.
Dengan akhlak suami yang begitu mulia persis sang Nabi, selayaknyalah Nabi sebut, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami.”‘
Suami sebegini memang layak dapat penghormatan dari isteri, bukan saja sebab suami tu bagi nafkah kat isteri, bukan saja sebab kedudukan (dan tanggungjawab) suami lebih tinggi, tapi juga sebab suami tu sendiri sangat muliakan isteri.
Tapi sayang, hadith ini selalu disalahguna nak agungkan kedudukan lelaki sampai boleh buat isteri macam #hamba, kerah isteri macam #bibik sampai takda sikit pun tenaga yang tersisa.
Ramai sangat isteri yang berkorban sampai TERKORBAN.
Terkorban kesihatan fizikal.
Terkorban kewarasan mental sampai depresi.
Terkorban kecantikan dan pengurusan diri.
Terkorban ketenangan emosi.
Terkorban amal ibadah fardhu.
Hanya nak ajak sama-sama bermuhasabah. Bahawa perkahwinan memang SUSAH DAN BERAT bagi seorang isteri, TAPI JAUH LEBIH BERAT bagi seorang lelaki bergelar suami. Suatu TANGGUNGJAWAB BESAR yang menambah beban buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.
Bukan berniat nak lebihkan wanita berbanding lelaki. Hanya reflection terutama untuk diri sendiri. Ramai suami-suami hebat yang tak kekok buat kerja rumah, tak kisah tukar lampin anak, ringan tulang lipat kain kemas rumah, walau di celah-celah kesibukan mencari nafkah, walau saban malam sibuk dengan urusan dakwah tarbiyah. Anda semua suami mithali, moga Allah berkati hidup tuan-tuan.
Dan tabik spring juga untuk isteri yang banyak handle urusan anak-anak dan rumah sendiri, tanpa rehat, tanpa cuti.
Tetapi jangan lupa tentang kesihatan fizikal dan mental, berhenti bila penat dan buat setakat mana tubuh badan mampu.
Owh ya, jangan lupa berterima kasih buat encik suami yang mengemudi keluarga penuh santun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar. Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya:
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Lebih baik!
Sumber : Facebook AmirSyahir
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, jika tidak ada perbezaan di dalam3 bacaan surah Al-Ikhlas ini berati orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama dgn memperoleh ganjaran/seperti membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Satu kali baca surah Al-Iklas sma dgn 10 juz, sedangkan membaca tiga kali surah Al-Iklas sma dgn 30 juz jdi ukhti wa akhi tdi sudh baca 3x surah Al-Iklas sma dgn mendapat pahala seperti membaca satu Al-Qur’an,masyaAllah Alhmdulilllah.
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).
Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap sholat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: IbnuMajah r.a.)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap merekamelintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...