Tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.

Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Likopena juga diketahui berperanan aktif mencegah kerosakan sel yang mengakibatkan kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel di luar biji tomato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Berikut 10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan dengan menggunakan tomato:

Tempek Tomato Merah, Muka Dari Kusam Jadi Macam Look Orang Kaya
.

IKLAN

1. Bagi yang berhadapan dengan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

2. Tomato juga dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.

IKLAN

4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.

5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.

6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

IKLAN

Tempek Tomato Merah, Muka Dari Kusam Jadi Macam Look Orang Kaya
.

7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

9. Lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI