Cantik berseri air wajah Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang telah selamat diijabkabulkan dengan dua kali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah sekitar jam 9 malam pada tarikh 22 Ogos 2024.
Tengku Puteri Afzan Selamat Diijab Kabul
Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Pahang di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz yang turut dihadiri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah berkenan memberi izin kepada Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim untuk mewakilkan baginda mengakadnikahkan anakanda Tengku Puteri Raja disaksikan oleh Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah sebagai saksi pertama, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah sebagai saksi kedua, dua saksi dari pihak pengantin lelaki dan seluruh hadirin yang hadir.
Majlis akad nikah yang bermula sekitar jam 8.50 malam itu dimulakan dengan bacaan surah AlFatihah, lafaz shahadah dan bacaan khutbah.
Sedondon Berbusana Putih
FD Idzham mengenakan busana Melayu dan bersamping putih sedondon kelihatan tenang sewaktu lafaz akad yang disempurnakan oleh Dr Asmadi.
Seterusnya, FD Izham melafazkan lafaz taqlik dan seterusnya diiring keluar untuk menunaikan solat sunat nikah.
Tengku Puteri Afzan menerima senaskah al-Quran sebagai mas kahwin.
Ads
Sebanyak 17 dulang hantaran yang dibawa pengantin lelaki, dibalas 16 dulang daripada Tengku Puteri Afzan dalam Istiadat Akad Nikah terbabit.
Istiadat bersejarah itu disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik Kotasas.
Majlis turut dihadiri 110 jemputan khas dan istimewa kerabat bergelar, ahli keluarga dan teman rapat.
Istiadat dilanjutkan dengan keberangkatan masuk Tengku Afzan yang turut mengenakan persalinan serba putih ke dalam Balai Mahkota, istana terbabit bagi upacara penyerahan mas kahwin berupa senaskah Al-Quran dan menyarung cincin.
Istiadat berakhir dengan bacaan dan doa selamat serta istiadat merenjis yang dimulakan oleh ayahanda Puteri Raja, Al-Sultan Abdullah.
Ads
Anggun Terpesona, Dipeluk Erat Tunku Azizah
Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.
Kedua ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria turut merenjis pasangan mempelai.
Ads
Sepanjang istiadat berlangsung, Tunku Azizah kelihatan sebak dan beberapa kali dilihat mengelap air mata sebelum memeluk erat puteri kesayangan baginda selepas selesai Majlis Merenjis pasangan diraja itu.
Tengku Puteri Afzan, 23, merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail, hasil perkahwinan Al-Sultan Abdullah, 65, dan Tunku Azizah, 64.
Tumpang gembira melihat rezeki selebriti, Neelofa selepas menjadi isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz, cukup murah rezeki walaupun berniqab dan memakai jubah.
Malahan suaminya percaya berkat ketaatan isteri, Neelofa terhadap dirinya membuatkan rezeki wanita kesayangannya itu melimpah ruah.
Rezeki Neelofa Laju Mengalir Masuk
PU Riz atau atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.
“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.
Suami Ingatkan Jaga Penampilan
Riz sentiasa mengingatkan Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa juga perkara termasuk soal penampilan.
Bapa kepada dua cahaya mata itu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Neelofa asalkan perkara itu diredai Allah.
“Bagi saya, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama.
“Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya mengulas pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi ‘stroller’ jenama Hamilton.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaanya setiap majlis perkahwinan tetamu akan di sajikan dengan persembahan silat, tarian daripada saudara mara, rakan-rakan atau kumpulan seni tari yang tempah khas untuk majlis berbahagia itu.
Lain pula dengan pengantin ini, mereka membuat kelainan di majlis bersejarah iaitu dengan persembahan ular tedung di hadapan pengantin yang sedang bersanding.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah saiz ular yang besar dan sangat menggerunkan siapa yang melihatnya.
Menurut info berkaitan, lelaki bernama Bro Dean memang dikenali sebagai pakai menjinakkan ular dan sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan.
Jom saksikan video berdurasi 1.38minit yang dirakam di sebuah majlis perkahwinan bertempat Di Taman Medan Cahaya.
Alhamdulillah..Semuanye Berjalan Dengan Lancar..✌?✌?✌?#PersembahanUlar..
Menjalinkan hubungan cinta lebih 2 tahun, pasangan sama cantik bak pinang dibelah dua Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz tepat jam 9 pagi tadi. Majlis pernikahan diadakan di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur dalam suasana ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Kredit Foto: Project Two-Pi
Kredit Foto: Project Two-Pi
Uyaina dan Raja Syahiran berkenalan pada awal tahun 2019 di sebuah program terbitan Astro manakala majlis merisik adalah pada Julai 2019.
Dinikahkan oleh abang kandung, Mohd Attaful Uzair Arshad, pelakon dan pengacara jelita yang nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memilih angka 29 tahun untuk mengakhiri zaman bujang. Penyatuan dua jiwa ini disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan Penceraian adn Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kredit Foto: Project Two-PiKredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, Uyaina menzahirkan kesyukuran kerana segalanya berjalan lancar. Menurut Uyaina, majlis pernikahan tersebut sebenarnya telah dirancang sejak beberapa bulan lalu namun berlaku banyak perubahan dari segi perancangan majlis bukan hanya dari dari SOP dan sentiasa berubah bahkan kejadian banjir beberapa hari lalu.
Di majlis pernikahan, Uyaina menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas daripada Syahiran Raja Azhanrianshah, 28. Dimaklumkan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua keluarga.
Kredit Foto: Project Two-Pi
Seramai 100 tetamu hadir ke majlis pernikahan Uyaina-Raja Syahiran. Mereka juga masih belum merancang bilakah majlis resepsi akan dilangsungkan.
#URS menjadi tanda pagar rasmi bagi walimatulurus pasangan ini yang bermaksud ‘Uyaina Raja Syahiran’ serta singkatan bagi perkataan ‘Yours’ dengan sebutan sama. #HinggaAkhirWaktu turut menjadi tanda pagar simbolik kepada sebuah lagu ciptaan Raja Syahiran bersama Uyaina khas buat ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah yang dipanggil Ummi.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun hasrat itu ditangguhkan seketika memandangkan penularan COVID-19 masih belum reda.
Untuk rekod, Uyaina merupakan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3).
Kredit Foto: Instagram Uyaina ArshadKredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Selamat Pengantin Baru, semoga Uyaina dan Raja Syahiran berbahagia sampai syurga!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!