Jika anda mahu kelihatan awet muda, bebas penyakit, sekaligus selamat dunia akhirat, ada dua hari yang istimewa dan boleh dimanfaatkan. Tidak kiralah anda bekerja atau belajar, kelebihan dua hari ini jangan di sia-siakan.
Dalam setahun, hanya satu bulan sahaja kita umat Islam diwajibkan untuk berpuasa. Apakata anda cubalah berpuasa Isnin dan Khamis secara teratur. Kebanyakan dari kita tentunya pernah mendengar puasa Isnin dan Khamis sebagai puasa sunnah di dalam Islam. Namun berapa ramai yang benar-benar berusaha secara berterusan melakukan puasa tersebut.
Tidak ramai daripada kita yang tahu hikmah puasa Isnin dan Khamis dari segi spiritual, kesihatan dan keutamaannya di hadapan Allah. Alasan utama mengapa puasa Isnin-Khamis disunahkan dalam Islam ialah kerana Rasulullah sering berpuasa pada dua hari tersebut.
Tahukah anda apakah keutamaan berpuasa Isnin dan Khamis? Ada dua hadis daripada Rasulullah yang berkenaan dengan pemilihan hari Isnin dan Khamis:
Yang pertama, dalam hadis Riwayat Ahmad disebutkan bahawa Rasulullah mengatakan bahawa semua amal dibentangkan di hari Isnin dan Khamis. Oleh kerana itu, sebagai orang beriman, sungguhlah baik bila pada saat malaikat melaporkan amalan kita itu kita sedang berpuasa.
Ads
Yang kedua, hari Isnin dan Khamis adalah hari istimewa kerana pada hari itulah Rasulullah dilahirkan, menjadi rasul dan mendapat wahyu (HR Muslim).
HARI ISTIMEWA
Sesungguhnya hari Isnin dan Khamis memang cukup istimewa dalam Islam. Dengan berpuasa di hari Isnin dan Khamis, secara tidak langsung kita melakukan maintenance untuk diri kita secara rutin baik dari segi spiritual mahupun jasmani.
Amalan berpuasa juga mampu meningkatkan amalan. Biasanya seseorang yang kekenyangan cenderung malas beribadah. Puasa menjadikan kita lebih produktif dalam beribadah kerana kita mampu menambah ibadah. Di samping itu, berpuasa juga mampu melembutkan hati. Ini kerana dengan berpuasa, kita cenderung lebih berempati dengan orang-orang yang tidak bernasib baik. Berpuasa menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan lebih bertakwa.
Ads
Selain dari keuntungan dari segi emosional spiritual seperti yang dijelaskan di atas, puasa juga memiliki keutamaan dari segi kesihatan. Sudah bukan rahsia lagi bahawa saat ini bahawa amalan berpuasa yang teratur itu baik untuk kesihatan.
MANFAAT UNTUK KESIHATAN
Manfaat kesihatan dari berpuasa yang paling popular adalah amalan berpuasa merupakan cara berkesan untuk membatasi kalori yang masuk ke tubuh kita. Dalam Islam dan bidang kedoktoran, dianjurkan untuk tidak makan berlebihan, kerana makanan yang berlebihan dan tidak sihat boleh menimbulkan penyakit.
Ads
Berpuasa juga dapat merehatkan sistem pencernaan kita. Sistem pencernaan kita akan berehat selama kita berpuasa. Sistem detoksifikasi tubuh juga bekerja lebih lancar. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada niat. Jika niat puasa kita hanyalah dari segi kesihatan, maka itulah yang kita dapat. Namun jika niat puasa kita adalah dalam rangka meningkatkan kualiti spiritual dan mendekatkan diri pada Allah maka tidak hanya kita mendapat fedah daripada kesihatan tetapi juga reda Allah dunia akhirat.
Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah sehingga Allah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang gemar berpuasa, iaitu Ar-Rayyan (H.R Muslim).
Kesimpulannya marilah kita menjadikan amalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis sebagai satu rutin dalam usaha meraih reda Allah dan salah satu cara untuk meraih jannahNya. Insya Allah dengan puasa yang rutin, kita tidak hanya mendapat balasan di akhirat nanti, tetapi kita juga mendapat keuntungan di dunia berupa kesihatan yang prima dan daya fikir yang jernih.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Kredit foto utama: Tangkap Pictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga bukanlah sesuatu demi untuk menghalalkan hubungan sahaja malah kerana ia sunnah daripada Nabi Muhammad SAW.
Setiap pasangan pasti ada berlainan perangai, jadi setiap pengalaman kita hidup berkahwin juga berlainan.
Bila ditanya orang dulu, rata-rata para isteri berikan tips-tips yang sama untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Ingatlah bahawa perkahwinan anda adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Jika ada masalah, cari jalan penyelesaian. Jangan mudah putus asa.
Pilihlah seorang yang lebih tua yang anda berdua percayai untuk dijadikan tempat rujukan bila anda berdua ada masalah. Jangan tunggu sampai ‘retak’ baru mahu minta pertolongan.
Jaga solat anda dan Allah akan jaga perkahwinan anda.
Akui bila anda ada melakukan salah kepada suami. Buang ego dan minta maaf.
Bekerjasama itu penting dalam setiap hubungan perkahwinan. Seperti melakukan tugasan rumah bersama-sama agar meringankan beban pasangan.
Beritahu dia bila anda terluka atau apa yang mengganggu fikiran anda sejak mula lagi. Jangan pendam dalam hati.
Sabar itu sangat penting.
Dalam rumah tangga, suami itu adalah tanggungjawab utama anda.
Jaga percakapan agar tidak melukakan hati suami anda. Gunakan perkataan yang lembut dan hormat.
Rancang perjalanan hidup dan hala tuju anda sebagai suami isteri. Jangan selalu harapkan pasangan anda untuk melakukan segalanya.
Sumber : bercinta selepas nikah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solat adalah tiang agama. Bagi setiap muslim adalah wajib untuk kita mendirikan solat untuk mendapat keberkatan dari yang maha esa. Dengan menjaga solat nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.
Dalam rumah tangga juga pentingnya menjaga solat. Adalah lebih elok jika suami dan isteri berjemaah bersama. Lebih banyak keberkatannya. Jadi selalulah amalkan.
1. Hubungan suami isteri semakin mesra
Solat berjemaah secara tidak langsung dapat membangkitkan kemesraan antara suami isteri. Anda akan bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain.
2. Jalan ke syurga buat suami dan isteri
Bila berjemaah, anda berdua bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakinlah bahawa Allah memberi pahala buat anda berdua.
3. Saling menghormati
Secara tidak langsung anda akan menghormati antara satu sama lain. Tutur kata anda juga akan lebih berhati-hati untuk berbicara supaya tidak menguris hati pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman kian berubah dengan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun. Zaman digital yang membawa satu landasan yang lebih maju dan moden ke arah wawasan yang lebih cemerlang. Segala kehendak, kemudahan dan keperluan hanya di hujung jari.
Jadi tak hairanlah, ada pasangan yang bertemu jodoh dan pasangan melalui media sosial. Hubungan alam maya ini mampu memupuk nilai cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan. Ramai pasangan mula berkenalan dan seterusnya mendirikan rumah tangga yang hanya berhubungan melalui teknologi ini.
Jom kita kupas mengenai isu menarik ini!
Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah laman web 3-dagang PIXmania, ia menunjukkan golongan muda kini bergantung pada laman media sosial untuk mencari pasangan dan jodoh. Media sosial dianggap sebagai landasan ataupun platform untuk sesi perkenalan dan seterusnya membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Dengan adanya aplikasi seperti Instagram, Facebook, Beetalk, snapchat dan wechat, langkah untuk berkenalan dan saling berhubung menjadi lebih luas dan terbuka.
Kajian juga menunjukkan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun mengambil masa lebih dua bulan untuk jatuh cinta. Ini mungkin kerana faktor usia itu sendiri yang membataskan mereka untuk lebih cenderung kepada media sosial. Lazimya mereka yang berusia, lebih memilih cara lama atau cara terdahulu untuk bercinta seperti dating di taman bunga.
Untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, kebiasaanya mereka hanya memerlukan kurang daripada sebulan untuk mencari pasangan dan memikat si dia.
Dengan teknologi dan kecanggihan zaman IT yang sedia ada, proses untuk mengenali dan memikat si dia menjadi lebih mudah. Aplikasi-aplikasi popular di laman sosial juga membantu kepada proses ini sekali gus menjadikan ia satu trend di abad ini.
Para penyelidik mendedahkan bahawa mereka yang memerlukan purata 163 pesanan teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 e-mel dan 30 panggilan telefon untuk jatuh cinta antara satu sama lain.
Kajian ini membuktikan media sosial menjadi penyumbang utama kepada perkara ini.
Namun begitu, penemuan menarik yang didapati dari kajian ini ialah lelaki yang kerap menghantar mesej pada pasangan dianggap tidak bahagia dalam perhubungan. Sesetengah lelaki beranggapan dengan kurangnya komunikasi antara satu sama lain boleh mengeratkan lagu sesebuah perhubungan. Ini kerana lelaki lebih sukakan cabaran dan memerlukan sedikit ruang dalan hubungan percintaan.
Bagi wanita pula, mereka beranggapan menghantar mesej dengan kerap akan membuatkan hubungan cinta lebih mendalam dan menjadikan ikatan lebih baik. Lumrah seorang wanita untuk menjaga hubungan dengan baik dalam percintaan. Tidak hairanlah mereka kerap menghantar mesej dan sedaya upaya untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Sumber: Era & Her World
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!