pic-pinterest

Buat bakal pengantin yang bakal berkahwin seminggu atau dua minggu lagi tentunya banyak persediaan diri yang sudah sempurna. Ingat jangan buat saat akhir, kelam kabut nanti. Silap langkah bakal pengantin demam pula menjelang hari kahwin akibat banyak memikir.

IKLAN

Sebagai panduan kepada bakal pengantin perempuan baca perkongsian oleh Dian tentang pengalaman fitting baju pengantin. Cuba tip yang Dian sediakan untuk mudahkan proses memilih baju pengantin nanti.

IKLAN
IKLAN
  1. Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
  2. Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
  3. Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
  4. Pakai corset. Korset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tip ni penting hanya bila anda ingin pakai korset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
  5. Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tip ni pun memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju di hadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
  6. Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust labuh kain anda.
  7. Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Inilah ketujuh-tujuh tip fitting baju pengantin yang saya dapatkan kongsikan. Tip ini InsyaAllah berguna untuk anda yang nak sewa baju. Ok. Saya doakan kita dipermudahkan,dipercepatkan, rezeki dunia dan akhirat. Aamin, InsyaAllah.
Sumber:http://diankamals.blogspot.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI