Sebuah perkahwinan yang dibina melambangkan ikatan suci antara dua jiwa. Agar rumah tangga seperti di alam bulan madu selamanya maka sesebuah rumah tangga itu perlu dibajai dengan kasih sayang.
Tidak dapat dinafikan bayangan kehidupan berumah tangga seringkali membuatkan pasangan muda ragu-ragu untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Persoalan apakah hubungan rumah tangga akan bahagia? Atau benarkah bahawa dalam rumah tangga selalu ada badai? Pendek kata semua persoalan ini ‘menghantui’ diri.
Bahagia itu tidak datang tanpa sebarang usaha. Lalu, apakah yang boleh dilakukan oleh pasangan muda agar rumah tangga berlangsung bahagia? Ini adalah rahsia dalam alam rumah tangga yang sepatutnya diaplikasikan sejak awal berumah tangga.
Ads
Fahami Kekurangan
Pasangan pengantin baharu harus lebih menerima kekurangan masing-masing. Misalnya, dalam soal pekerjaan dan kedudukan kewangan yang belum mampan di usia ini. Namun, tidak menjadi masalah jika masing-masing memahami dan mengejar ke tingkat yang lebih tinggi.
Memiliki Cahayamata Dalam Usia Masih Muda
Memiliki anak di usia muda merupakan satu perjuangan dalam meneruskan kehidupan. Tenaga anda masih ‘banyak’ dan anda dan pasangan masih kuat untuk mengasuh anak-anak. Antara kelebihan berkahwin dalam usia yang muda ialah anak-anak akan lebih cepat dewasa dan berdikari dalam usia anda dan pasangan masih muda. Hadirnya cahayamata dalam usia yang masih muda juga menjadikan rumah tangga lebih bahagia.
Ads
Komunikasi Lancar
Saat menghadapi masalah apa pun, pasangan harus sentiasa mengawal emosi. Isteri perlu memainkankan peranan untuk ‘membantu’ menenangkan suami, begitu juga sebaliknya. Kuncinya lakukan komunikasi positif secara telus dan terbuka.
Kepuasan Bercinta
Soal bercinta juga menjadi salah satu faktor penentu rumah tangga yang bahagia. Jadi, jangan lupakan kepuasan batin dalam bercinta. Berkomunikasilah dengan pasangan tentang apa yang anda inginkan atau tidak inginkan. Hasilnya anda berdua akan memperolehi kepuasan yang diinginkan bersama.
Ads
Saling Memenuhi
Banyak idea-idea segar dan kreatif yang muncul ketika di usia muda. Kolabirasi anda dan pasangan akan meletuskan sesuatu yang terbaik dan lain dari yang lain. Ini kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
Saling Menyokong
Pasangan adalah penyokong utama dalam hidup anda. Tidak perlulah mengadu tentang masalah anda kepada orang lain, bimbang ‘rahsia’ anda itu akan bocor kepada orang lain. Berbanding mengadu dengan pasangan sendiri, pasangan anda bukan sahaja menjadi pendengar yang boleh dipercayai tetapi juga dalam masa yang sama dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anda.
Tujuan Perkahwinan
Selalu ingat ke mana tujuan bersama daripada perkahwinan anda berdua. Maka, hadapi segala masalah dan perubahan dalam hidup dengan pandangan yang positif. Dan, jangan lupakan apa yang telah disepakati bersama pasangan anda agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bergaduh, mulalah ego masing-masing datang. Tak nak bertegur, tak nak pandang sekalipun. Kadang-kadang sampai terbawa tidur. Tapi ingat tak pesan orang tua kita, gaduh macamana sekalipun, jangan tidur asing. Ini 5 sebab korang kena tahu.
Hilang masa paling berharga.
Akan Effect Mood Esok.
Berlakunya salah faham.
Emosi anak terganggu.
Rumahtangga hambar
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita ‘recharge’ dan berasa lebih gembira – bukan sebaliknya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain persediaan yang penting seperti mencari barang hantaran, baju pengantin, juru solek dan sebagainya, antara yang tidak kurang penting ialah kek kahwin. Acara potong kek sudah menjadi acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu undangan. Oleh itu pilihan kek kahwin yang tepat menjadi kemestian dan tidak boleh dipandang remeh.
Buat anda yang bakal berkahwin boleh semal tip yang dikongsi oleh Tania dari theheartyhome sebagai panduan sebelum membuat tempahan kek.
Tempah kek tiga hingga enam bulan sebelum berlangsungnya majlis kerana tempahan saat akhir jarang diterima oleh pembuat kek.
Pastikan membuat follow up sebulan sebelum majlis untuk memastikan tempahan tidak tercicir atau terlepas pandang.
Pilih jenis salutan kek mengikut lokasi. Kek fondant lebih sesuai untuk suasana dewan yang berhawa dingin. Bunga sugarpaste serta struktur kek dapat bertahan beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Kek buttercream boleh bertahan selama dua atau tiga jam di bawah kanopi atau khemah yang teduh dan tidak terkena panas terik sebelum mula cair dan berminyak.
Pastikan kos untuk kek dan dapatkan sebut harga dari pembuat kek. Nyatakan bajet kepada pembuat kek dan tanya kek apa yang dia dapat hasilkan dengan bajet yang diberikan. Kek fondant kebiasaannya lebih mahal dari kek buttercream berhias bunga segar atau buah-buahan.
Jika pengantin tidak merancang untuk menghidangkan kek kepada semua tetamu, tempah kek yang tidak begitu besar dan banyak tingkat. Selain dari menjimatkan kos, ia juga dapat memastikan pengantin tidak terlindung oleh kek semasa acara memotong kek.
Pengantin mungkin juga mahu beberapa kek setingkat menjadi antara pemanis mulut di ‘dessert table’ dan tidak menyediakan hanya satu kek bertingkat. Ini opsyen sebahagian pengantin zaman sekarang.
Pilih pembuat kek yang beroperasi tidak terlalu jauh dengan tempat berlangsungnya majlis dan pastikan dia akan menghantar kek ke lokasi. Kek perkahwinan amat fragile dan perlukan perhatian yang teliti semasa proses penghantaran dan set-up. Jikalau ia berjalan terlalu jauh, ia terdedah kepada semakin banyak risiko kerosakan atau kemalangan. Tidak digalakkan pengantin atau wakilnya mengambil sendiri kek perkahwinan dari lokasi pembuat kek. Seorang pembuat kek yang berhemah dan profesional akan menyediakan perkhidmatan penghantaran kek perkahwinan kepada pelanggannya yang kos penghantarannya telah dipersetujui sebelumnya.
Pilihlah hiasan dan stail kek yang bersesuaian dengan personaliti pengantin. Ada yang sukakan hiasan kek perkahwinan konsep tradisional seperti bunga dan tends dan ada yang kini memilih kek diselaputi ganache cokelat bersama buah beri.
Pastikan wakil pengantin menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin menikmatinya selepas selesai majlis. Pengantin akan terlalu sibuk dan penat hingga tidak dapat menikmati kek perkahwinan sendiri jadi sebelum dihidangkan kepada kaum keluarga dan sanak saudara, pastikan memesan kepada orang terdekat untuk menyimpan beberapa kepingan kek untuk pengantin.
Sumber Foto: instagram theheartyhome
Episod menarik Ahad ( 11 November) jam 7 malam di Astro Prima dan Maya HD
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda ingin tubuh kelihatan tinggi? Pasti semua orang menginginkan tubuh yang sihat. Ada ketikanya tubuh tinggi yang dimiliki seseorang masih dianggap kurang pada diri apabila anda bertemu dengan orang yang jauh lebih tinggi daripada anda. Walaupun bentuk fizikal yang dimiliki wanita tidak sama dengan lelaki.
Namun, wanita tentunya ingin sekali mendapatkan pujian daripada orang lain apabila tubuh yang dimiliki wanita itu tinggi. Hal itulah yang menyebabkan wanita banyak memakai kasut bertumit tinggi agar kelihatan lebih tinggi.
Meskipun begitu, apabila wanita berterusan memakai kasut tumit tinggi tentu dapat mengakibatkan gangguan pada kesihatan.
Untuk wanita, tentu anda pasti menginginkan tubuh tinggi dan sihat kan? Agar anda dapat memiliki postur tubuh yang tinggi dan sihat, inilah caranya!
1. Berenang
Wanita ketika melakukan aktiviti berenang, tubuh akan melakukan suatu regangan secara maksimum dan melakukan stretching secara menyeluruh. Dengan begitu, otot-otot yang ada di dalam tubuh anda akan terasa lebih fleksibel dan memberikan kesan positif untuk pertumbuhan tulang. Hal inilah yang menjadikan seseorang menjadi lebih tinggi.
2. Lompat tali
Kalau anda ingin mencari aktiviti yang mudah jika mahu postur tubuh yang tinggi, cuba anda lakukan aktiviti olahraga seperti skipping atau lompat tali. Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang cukup efektif untuk miliki tubuh yang tinggi. Lompat menggunakan tali dapat membantu untuk melatih bahagian betis, paha, punggung dan bahagian bahu secara bersamaan.
Dan tahukah anda, dengan senaman seperti lompat tali ini dapat membantu untuk menurunkan risiko penyakit jantung. Anda boleh lakukan senaman ini dengan rutin 70 kali lompatan setiap hari.
3. Joging
Untuk menambah tinggi badan, aktiviti yang cukup mudah yang boleh anda lakukan juga boleh lakukan dengan joging. Joging atau berlari boleh membantu anda merangsang hormon dan melatih otot kaku. Rangsangan hormon ketika melakukan larian, dipercayai dapat membantu untuk pertumbuhan tulang. Anda boleh melakukan joging sebelum melakukan pemanasan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!