Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Dekorasi Tip Nak Buat Pelamin Tunang Sendiri. Tak Perlu Susah-Susah!

Tip Nak Buat Pelamin Tunang Sendiri. Tak Perlu Susah-Susah!

Keindahan suasana majlis pertunangan kini telah menjadi trend untuk turut menampilkan mini pelamin mengikut konsep yang diingini si gadis. Apa yang pasti, rekaan mini pelamin yang cantik dan kreatif akan menjadi latar indah merakam momen kala disarungkan  cincin ke jari manis.

Lazimnya rekaan mini pelamin sering disewa untuk memudahkan urusan. Namun mini pelamin yang kreatif dan cantik boleh dijelmakan dengan memberi sentuhan peribadi pada rekaannya. Apa yang lebih utama, penggayaan mini pelamin boleh diberikan sentuhan mengikut air tangan sendiri.

Dengan bantuan item-item yang ringkas, sebuah mini pelamin yang ringkas mampu dihasilkan.

Langsir Sebagai Panel Pelamin

Gayakan langsir rona krim polos sebagai panel mini pelamin. Sebaiknya langsir tersebut digantung melekat pada dinding dan dihadirkan seakan-akan beralun untuk tampak mewah dan bergaya.

IKLAN

Lantera Membiaskan Cahaya Dramatik

Menyuntik elemen dekorasi dengan gaya pencahayaan yang dramatik, letakkan sahaja lantera di sudut kiri dan kanan mini pelamin.  Jika mini pelamin berkonsepkan Inggeris, pilihan terandak dengan motif bungaa-bungaan ros adalah terbaik.  

Bunga Sebagai Penyeri

Sama ada bermain dengan bunga segar mahupun artifisial kedua-duanya mempunyai aura keserian. Pun begitu pilihan berbeza akan menzahirkan impak yang berlainan. Jika anda kreatif, menonjolkan keindahan bunga kertas di ruangan mini pelamin juga tidak kurang hebatnya. Selain cantik dipandang, kosnya pula cukup murah.

IKLAN

Tilam Pelapik Yang Empuk

Padankan tilam kecil untuk dijadikan pelapik  kala duduk bersimpuh di atas mini pelamin. Sebaiknya pilihlah rekaan sarung tilam yang tampak elegan dan bergaya. Jika menggayakan daripada pilihan fabrik bertestur umpamanya juga mampu menyuntik gaya yang tersendiri.

IKLAN

Aturan Kusyen Menambah Seri Mini Pelamin

Melengkapkan persembahan mini pelamin, letakkan sahaja beberapa kusyen dalam pilihan warna yang senada. Bentuk kusyen tidak terbatas dalam pilihan empat segi semata-mata, malah jika dihadirkan kusyen bentuk bulat, segitiga, atau bentuk hati akan mencipta gaya yang tersendiri.

Kredit Picture: Pelamin By Cinta

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI