
Tak ramai perempuan yang berani pakai pemerah pipi, risau nampak terlampau bermekap dan tak pandai sapu pun boleh jadi sebab.
Sebenarnya pemerah pipi boleh membantu kulit yang kusam boleh kelihatan berseri, cuma anda kena pandai sapu dan ketahui tekniknya dulu.
Namun ada yang langsung tak berani nak pakai sebab risau nampak pelik. Sebenarnya kalau pandai sapu pemerah pipi, tetap nampak natural. Cukup oleskan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi, terus nampak segar dan berseri.
Tip Pakai Pemerah Pipi, Pakai Sikit Pun Dah Cukup Naikkan Seri
Nak pilih pemerah pipi pun kena ikut jenis kulit. Mana yang kering, berminyak atau kombinasi, supaya sesuai dan terletak di muka.
Cari pemerah pipi ikut jenis kulit
Pemerah pipi juga dihasilkan mengikut formula yang betul dengan jenis kulit kamu. Mana sesuai dipakai untuk si berminyak, sensitif, kering malah normal.
Kulit normal hingga kering: Cuba cari pemerah pipi dengan formula krim. Lapisan formula krim mampu memberi kelembapan tambahan pada kulit.
Kulit normal ke berminyak: Pilih dari formula serbuk. Jenama pilihan yang disyorkan kebanyakan jurumekap adalah Nars Blush. Ia akan bertahan lebih lama daripada pemerah pipi jenis krim.
Bagi kulit berminyak: Anda cari pemerah pipi dari formula gel (yang sukar dicampur pada kulit kering). Jenis gel yang velvety mampu membuatkan kulit kekal lembap tanpa nampak lagi berminyak.
Cara pakai pemerah pipi
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita yang bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi.
Haaa.. bila sudah tahu caranya, nanti pakai pemerah pipi tidaklah nampak terlampau merah pelik.
Takdir Bersilangan, Engku Emran Hargai Kehadiran Tiga Wanita Hebat Dalam Hidupnya

Terpaksa Engku Emran Engku Zainal Abidin menjernihkan spekulasi yang membanjiri di media sosial tentang rumahtangganya selepas hubungannya bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa berakhir.
Bertahan hanya dua tahun, baru-baru ini Nabila mendedahkan mereka sedang dalam proses penceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Engku Emran Hargai Kehadiran Tiga Wanita Hebat Dalam Hidupnya
Menerusi hantaran di laman sosial, bapa kepada Engku Aleesya itu menitipkan situasi yang dilalui selepas kehilangan ibu tersayang pada 2 Julai lalu.
Dalam nukilannya di Instagram, Emran berkongsi penghargaan buat tiga wanita yang pernah berada di sisinya iaitu Erra Fazira, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Nabila.
Jelasnya, setiap daripada mereka hadir memberikan makna dan erti dalam hidup.
“Saya selalu bertanya kepada ALLAH mengapa DIA menghadirkan tiga insan hebat untuk menjadi menantu Mummy.
“Saya tidak pernah keluar untuk mencari dan tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi ketiga-tiganya muncul dalam hidup semasa saya bekerja dan kami jatuh cinta.
“Seorang memberikan saya seorang anak. Seorang memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.
“Dan seorang lagi membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy. Jadi ia adalah hikmah mengapa takdir kami bersilangan,” titipnya.
Masih Dalam Keadaan Baik Biarpun Diuji
Dalam pada itu, Emran turut memaklumkan dirinya dalam keadaan baik biarpun kisah rumah tangga bersama Noor Nabila menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini.
Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.
Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Pada 8 September 2017, Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Hanya bertahan tiga tahun, mereka berpisah pada 2020.
Engku Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 namun menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu.
Biar pun perkahwinan ketiga ini tidak dikurniakan zuriat, Nabila pernah mendedahkan mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan terakhir pada Jun 2022.
Sumber: Instagram Engku Emran
Produk Bantu Hilangkan ‘Blackhead’ Pada Kulit Wajah, Bakal Mempelai Cubalah Pakai

Memiliki kulit bebas daripada bintik hitam atau ‘blackhead’ memang menjadi idaman setiap wanita. Masalah bintik hitam pada kulit wajah mungkin tidak memberikan kesan kepada kesihatan. Bagaimanapun keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan diri individu yang mengalaminya terutama bakal-bakal pengantin yang sedang menghitung hari bahagia.
Bintik hitam cukup sinonim dengan benjolan putih seperti nasi ini terjadi akibat penyempitan liang pori membuatkan minyak terkumpul. Ia biasanya muncul di sekitar hidung, dada, lengan dan bahu.
Ia turut jelas kelihatan pada individu yang memiliki pori-pori terbuka yang pastinya menjejaskan penampilan diri. Sebaiknya bintik hitam ini dicegah atau dirawat sebelum semakin merebak dan memenuhi keseluruhan wajah sehingga sukar dirawat.
Memicit bintik hitam menggunakan tangan bukan cara terbaik menghilangkannya. Sebaliknya ia dapat dikurangkan menerusi penggunaan produk perawatan kulit wajah yang sesuai.
Berikut dikongsikan produk-produk yang mampu merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah.
INNISFREE SUPER VOLCANIC PEEL OFF MASK 2X (100 ML)
Produk face mask tanah liat ini berfungsi untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada kulit wajah. Ia juga membantu menghilangkan kekotoran yang melekat pada liang pori dengan penyerapan sebum dua kali ganda lebih berkuasa.
Face mask ini juga membantu melancarkan tekstur kulit dan mengurangkan sebum berlebihan. Sesuai digunakan sebelum memulakan solekan untuk memberi tenaga pada kulit wajah.
THE BODY SHOP TEA TREE SKIN CLEARING CLAY MASK (100 ML)
Diperkaya dengan minyak Tea Tree dari Kenya, masker ini membantu membersihkan kotoran sambil menyerap sebum berlebihan, menjadikan kulit terasa tenang dan kelihatan lebih bersih. Selain itu, mask dengan minyak Tamanu dan Tea Tree lemon ini membantu mencegah jerawat dan memudarkan bintik hitam dengan penggunaan yang kerap.
EUNYUL PORE TIGHTENING BLACK MASK (50 ML)
Face mask jenis ini berkesan untuk menghapuskan blackhead dalam hanya beberapa hari sahaja jika anda memakainya secara konsisten. Ianya jenis ‘peel-off mask’ dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti charcoal (arang). Mengandungi ekstrak Bambusa Vulgaris Leaf dan Tea Tree ia membersihkan liang pori tersumbat. Tiada lagi kesan kulit kusam!
SECRET NATURE VOLCANIC ASH PORE PACK
Face mask dari jenama Secret Nature ini sangat berkesan untuk mengeluarkan blackhead atau whitehead serta sel-sel kulit mati dan sebum berlebihan pada wajah. Produk ini juga boleh digunakan sebagai rawatan kulit jerawat, mengecutkan liang pori dan menghalang pembentukan bakteria yang boleh menyebabkan iritasi atau bintik hitam.
NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum
Rangkaian NIVEA LUMINOUS630 AntiDark-Spot Serum yang baharu mengandungi LUMINOUS630. LUMINOUS630 juga dipatenkan dan terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi serta turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID. NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit.
Rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. NIVEA telah menerima pengiktirafan dari “Malaysia Book of Records” untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam. Ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi NIVEA LUMINOUS630. Lebih dari 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan LUMINOUS630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam.
Sumber: Productnation.co
Kredit foto (top image) Freepik
Tak Rosak Ke Kulit Kalau Pakai Macam-Macam Produk? Ini Sebenarnya Yang Kita Nak Tahu

Kosmetik dan penjagaan muka adalah penting bagi semua orang yang begitu menitik beratkan kesihatan kulit muka masing-masing, lebih-lebih lagi produk yang digunakan kita kata ‘main beli je’ atau ‘saja nak try’.
Ada sesetengah yang suka kan semua produk dari pencuci muka hingga ke kosmetik nya gunakan satu jenama sahaja dan ada juga yang suka mencuba bermacam-macam jenis produk di muka.
Adakah ia selamat untuk kesihatan kulit muka kita ?
Iman Abdul Rahim, seorang media sosial influencer dan juga mahir dan suka kan mengkaji tentang sesuatu produk penjagaan muka mempunyai jawapan untuk keraguan terhadap lebih daripada satu produk tadi.
One of the most common question I got bila I post my skincare collection or my skincare routine, “Tak rosak ke kulit kalau pakai macam macam produk?”
So jawapan dia, it depends. Yes, maybe or no.
Yes, kulit boleh rosak kalau pakai macam macam produk kalau:
1. Kita tak kenal kulit kita and taktahu skintype and skin concern
2. Main beli je product tanpa check ingredients
3. Tak tahu ingredients apa yang elok atau tak
4. Tak tahu kulit sesuai atau sensitive dengan ingredients apa
5. Beli produk sebab terpengaruh dengan review and testimonials kebabom
6. Beli product sebab viral
7. Tak tahu apa function product tu tapi beli je lah
8. Tak baca reviews sebelum beli
Pendek kata, kalau tak tahu kenapa kita guna produk tu, maybe kulit boleh rosak.
Kulit kita maybe boleh rosak, kalau kita pakai produk, tapi produk tu tak sesuai dengan kita.
Jadi macam mana nak elakkan benda ni daripada terjadi kalau nak jugak pakai macam macam produk?
1. Know your skin type.
Macam mana nak tahu skin type? Boleh baca kat sini: https://www.imanabdulrahim.com/2017/09/skincare-101-how-to-know-your-skin-type.html
2. Read reviews.
Baca reviews dekat internet. Google kan ada. But, be careful dengan paid review and fake testimonials. Anda mestilah bijak dan nilai sendiri. Kalau kemain puji melangit, baca baik baik.
3. Know the ingredients.
Make sure korang tahu what is good and what is not for your skin. Semua kulit tak sama. Ada yang okay, ada yang tak. Macam mana nak tahu ingredients dalam skincare tu okay ke tak? Boleh baca kat sini:
https://www.imanabdulrahim.com/2018/12/macam-mana-nak-tahu-ingredients-dalam.html
4. Bila dah beli, patch test first!
Patch test tu maksudnya kita try dulu sikit sebelum apply seluruh muka. Untuk check kita allergic ke tak, dan breakout. Cara untuk patch test:
https://www.imanabdulrahim.com/2017/10/patch-test.html
5. Make sure ada gap sebelum introduce produk baru.
Contohnya hari ni kita try cleanser baru. Kalau sesuai, lepas 2-3 hari atau pun, seminggu, baru tambah toner baru. Dah sesuai, lepas 2-3 hari atau seminggu, baru guna moisturizer baru. Jangan guna semua benda yang baru beli sekali gus. Kalau breakout, kita tak tahu produk mana yang jadi punca. Jadi, introduce kat kulit secara berperingkat. Buat patch test jugak siap siap!
Perlu ke rest muka sebelum tukar produk baru?
https://www.imanabdulrahim.com/2018/12/perlu-ke-rest-muka-sebelum-tukar.html
Dengan cara ini, kita boleh elakkan kulit kita daripada rosak kalau pakai macam macam produk and this is how I test my products too. Semoga membantu!