Barang hantaran adalah salah satu persediaan penting yang perlu difikirkan untuk diberikan pada pasangan. Penting untuk anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses pertunangan mahupun perkahwinan.
Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak wangi? Kek? Beg tangan? Keliru dan buntu hendak pilih barang apa yang sesuai.
Berikut dikongsikan sedikit panduan dan senarai semak untuk proses menyediakan hantaran untuk pertunangan dan juga perkahwinan. Moga tip ini boleh dijadikan panduan.
1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:
Sirih Junjung
Ads
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, anda mesti mahukan perkenalan terlebih dahulu. Sebenarnya perkenalan ini bagus dalam sesebuah hubungan kerana kita boleh tahu bagaimana dirinya.
Tidak kira wanita ataupun lelaki, kedua-duanya mesti mahukan pasangan yang terbaik untuk dijadikan peneman hidup. Tak salah sebenarnya memilih kerana kadang kala ia juga demi kebaikan anda juga.
Seperti kata Prof Dr Muhaya :
Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.”
Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ini, tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan di antara lelaki dan wanita. Pertunangan adalah ikatan yang menyatakan hasrat lelaki untuk memperisterikan seorang wanita. Namun begitu bertunang bukan lesen besar untuk anda tidak menjaga pergaulan sesama pasangan. Jom kita baca empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang bertunang.
Bertunang bukanlah lesen untuk anda bersukaria, berdua-duaan ke sana ke mari tanpa batasan. Walaupun sudah bertunang pandangan sesama sendiri masih perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah
Tempoh bertunang juga merupakan tempoh masa pasangan untuk lebih memahami diri masing-masing. Apabila sudah berjanji untuk berkahwin dengan pasangan, maka mula praktikkan untuk tidak melakukan perkara yang boleh mengundang luka ataupun curiga pasangan. Pergaulan antara lelaki dan wanita lain juga perlu dijaga agar tujuan murni membina ‘masjid’ berjalan dengan lancar.
Bertunang tidak bermaksud, lelaki boleh mengongkong wanita atau sebaliknya. Paling penting tahu batasan agar tidak saling menyakiti antara satu sama lain. Tempoh ini juga menjadi penanda aras untuk anda menilai perangai masing-masing dan ia menjadi satu ukuran kepada setiap pasangan dalam mengenali bakal suami atau isteri mereka.
Tidak digalakkan untuk bertunang terlalu lama, sebaiknya apabila sudah melangsungkan majlis pertunangan. Pasangan tersebut harus mula merancang untuk berkahwin pula. Semakin cepat semakin bagus kerana ia akan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali kena ambil peduli juga tentang tip perkahwinan untuk baiki hubungan suami isteri, nak-nak kalau sudah bertahun berumah tangga.
Baru-baru ini lalu satu video menerusi portal Keluarga daripada pelakon veteran, Faizal Hussein yang berkongsi tentang layanan sepatutnya pada seorang isteri.
Tip Perkahwinan Faizal Hussein
Katanya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.
“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.
“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.
“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”
Ada Anak Sepasang, Bahagia Cara Sendiri
Pasangan yang pernah bergandingan di dalam drama Sayang Puteri ini telah berkongsi hidup selama hampir 19 tahun.
Dikurniakan sepasang cahaya mata, pasangan ini tidak pernah terpalit dalam sebarang kontroversi atau khabar angin.
Genap lebih 50 tahun berada di dalam industri lakonan, Faizal atau lebih dikenali sebagai Roy ini juga tidak pernah terlibat dalam sebarang gosip liar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!