Sebelum majlis bersanding, anda patut tahu tip pilih kasut kahwin untuk kelihatan anggun dan selesa sepanjang hari bahagia.
Memang tidak lengkap penampilan pengantin perempuan tanpa kasut tumit tinggi tetapi kalau salah pilih, kaki akan sakit dan silap gaya boleh terpelecok waktu majlis berlangsung.
Jadi pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting agar anda tidak berasa sakit bahkan tampak menyerlah apabila dipadankan dengan busana kahwin memukau.
Ada Tiga Jenis Kaki
Umumnya, manusia memiliki tiga jenis kaki iaitu normal ‘foot’, tapak kaki rata (pronator) dan tapak kaki lengkungan tinggi (underpronator).
Ketiga-tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan berbeza untuk menjejak, menapak dan berjalan.
Menerusi mStar Online, Pengarah Operasi Areethan Malaysia, Daphne Lee, ada berkongsi beberapa tip pemilihan sepatu perkahwinan khusus buat bakal pengantin agar tampil anggun dan yang penting tidak malu besar gara-gara terpelecok.
Menurut Daphne, kasut jenis tumit tinggi merupakan suatu kemestian buat setiap bakal ratu sehari dalam menaikkan lagi seri dan penampilan seseorang untuk dipadankan dengan busana perkahwinan.
Kasut jenis ‘pointy’ dan ‘peep toe’ antara yang paling sesuai untuk digayakan oleh si ratu sehari.
Pilih Kasut Ikut Ketinggian
Jika bakal pengantin perempuan seorang yang bertubuh rendah manakala pasangannya seorang yang tinggi lampai, mereka sebaiknya memakai kasut berketinggian sekurang-kurangnya empat inci.
Ads
“Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.”
Sebagai contoh, jika kasut yang dipilih adalah empat atau lima inci, bermakna platformnya haruslah berketebalan dua inci.
Pilihan Kasut Bagi Bertubuh Gempal
Bagi wanita yang bertubuh gempal, kasut jenis half open peep toe mampu memberi ilusi kaki yang lebih kecil dan panjang.
Sesetengah wanita memiliki kaki jenis besar. Antara kasut yang harus dielakkan adalah jenis sling backs kerana sepatu jenis ini akan lebih menonjolkan pergelangan kaki anda.
Kasut jenis pointy high heels juga harus dielakkan kerana kasut jenis ini tidak sesuai untuk menampung berat badan dan akan membuatkan kaki anda berasa sakit.
Sebaiknya pilih kasut dari material tulle lace dan jenis half open peep toe agar kaki anda kelihatan lebih tinggi, runcing dan kurus.
Beli Jenama Dan Kualiti Terbaik
Ads
Bercakap soal kualiti, perkara yang difikirkan semestinya mengenai rekaan dan meterial yang digunakan.
Fabrik seperti plastik misalnya tidak sesuai dipakai untuk tempoh jangka masa lama kerana mampu membuatkan kaki anda cepat berpeluh, berasa sakit dan melecet.
“Sekiranya anda ingin membeli sepatu untuk dipakai ketika perkahwinan, belilah sesuatu yang berkualiti.
“Jangan sesekali beli kasut yang tidak berkualiti hanya kerana harganya yang lebih murah.
“Fabrik yang diperbuat daripada calf leather (kulit lembu) pada dalam bahagian kasut sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari,” kata Daphne.
Rona Ideal Kasut Kahwin
Selain jenis kasut, warna juga memainkan peranan yang sangat penting dan perlu anda titik beratkan.
Rona-rona seperti putih, silver, beige atau keemasan merupakan pilihan ideal untuk digayakan ketika majlis pernikahan mahupun pernikahan mahupun resepsi.
Ads
Bagaimanapun awas, kasut berwarna hitam tidak sesuai dan perlu anda elakkan!
Daphne yang mengusahakan perniagaan kasut bersama dua lagi kakaknya iaitu Sherena Lee, 34, dan Michelle Lee, 38, sempat berkongsi tip mengenai pemilihan fabrik dan perincian yang susuai untuk si ratu sehari!
Sesuai dengan status ratu sehari, Daphne berkata fabrik kasut dari jenis satin mampu menyuntik elemen mewah dan elegan.
Fabrik Dan Perincian
Material Pun Mainkan Peranan
Kasut yang mempunyai material jenis brocade atau perincian kristal dan swaroski mampu menaikkan aura glamor.
Jika anda inginkan sesuatu yang sweet & romantic, fabrik jenis satin silk ditambah perincian seperti bow dan floral mampu menonjolkan sifat feminin si ratu sehari.
Untuk sesuatu yang simple anda boleh memilih fabrik jenis satin silk dipadankan dengan kerongsang.
Jika inginkan kelainan namun simple, boleh mencuba jenis rekaan lipatan atau drape ini.
Kasut jenis ini juga sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung.
Busana untuk material tulle pula sesuai digayakan dengan kasut daripada fabrik jenis french lace dan french beads.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sagu gula melaka merupakan antara menu yang popular sepanjang PKP berlangsung. Di mana-mana sahaja pasti kita akan nampak ahli keluarga atau rakan-rakan sedang memasak sagu gula melaka.
Tidak dapat dinafikan, sagu gula melaka memang enak dimakan. Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama keluarga. Tetapi, satu perkara yang sering terjadi bila buat sagu gula melaka ini adalah biji sagu melekat antara satu sama lain.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nur Aqilah Jufri di mana beliau telah berkongsi tip untuk memastikan biji sagu dapat dimasak sebiji-sebiji dan tidak melekat. Jom baca perkongsiannya.
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Cara-cara:
1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam.
4. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
TIPS SAGU
– Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
– Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
– Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
– Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
– Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
– Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Masalah adalah sebahagian daripada kehidupan. Masalah akan menjadi tekanan sekiranya tidak diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Pendedahan terlalu lama terhadap tekanan boleh mengakibatkan pelbagai gejala emosi dan fizikal.
Beberapa tip untuk menghindari tekanan:
Bersikap realistik
Bersikap realistik boleh mengurangkan tekanan. Jika anda mempunyai harapan yang tidak realistik terhadap pasangan, anda akan menjadi kecewa apabila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Jika anda menerima hakikat bahawa manusia tidak bersifat sempurna, ia akan membantu anda menangani tekanan dengan lebih baik.
Berfikiran positif
Jika anda berfikiran negatif, ia boleh menjejaskan keyakinan anda ketika berbuat sesuatu. Anda akan berasa tertekan jika ia terus-menerus berlaku. Fikiran negatif adalah satu tabiat tidak baik yang terbentuk dalam diri kita sejak bertahun-tahun lamanya. Belajar berfikir dengan cara lebih positif mengenai diri anda dan kehidupan di sekeliling anda akan membantu mengurangkan tekanan.
Usah hindari masalah, selesaikan!
Jika anda hanya berfikir saja mengenai masalah yang wujud tetapi tidak berbuat apa-apa mengenainya, keadaan akan menjadi lebih buruk. Tumpukan kepada penyelesaiannya. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda tanya kepada diri sendiri ketika cuba menyelesaikan masalah:
apakah masalah yang berlaku?
Apakah yang boleh saya lakukan?
Apakah keputusan saya?
Adakah penyelesaiannya berhasil?
Apa yang saya mahukan?
Apakah kemungkinan yang bakal terjadi?
Mari cuba cari jalan penyelesaian
Luahkan perasaan anda
Adalah penting untuk anda meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda tidak berbuat demikian, pasangan anda mungkin akan cuba membaca fikiran anda dan kemudian membuat keputusan untuk anda. Meluahkan masalah dan konflik yang anda alami akan mengurangkan tekanan yang menjadi punca ledakan kemarahan.
Urus masa anda
Mengurus masa secara berkesan bukan saja bererti mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau berehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana anda menguruskan masa.
pastikan jadual anda mudah diubah suai
mulakan dengan mencatatkan semua komitmen anda terhadap keluarga, kerja, aktiviti sosial dan istirahat
rangka satu jadual mudah yang boleh memberi anda masa menghabiskan pelbagai kerja dan kegiatan setiap hari
cuba beri sedikit masa rehat selepas sesuatu aktiviti
mulakan kerja ketika badan masih segar
Amalkan tabiat makan yang sihat
Keupayaan anda menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan anda. Berikut adalah garus panduan ke arah amalan makan yang sihat.
makan pelbagai jenis makanan setiap hari
kurangkan pengambilan garam dan gula
kurangkan pengambilan lemak
makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan bijirin
Rehatkan otot anda
Sengal dan akit otot adalah tanda utama bahawa anda mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan pula merupakan satu cara untuk melegakan sakit otot.
Lakukan senaman berterusan
Senaman berterusan membolehkan anda tidur lena selain mengurangkan ketegangan dan kelesuan. Ia juga merehatkan tubuh dan memberi peluang kepada anda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya, pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada pasangan duetnya Akwa Arifin. Rupa-rupanya mereka ini sering menjadi perhatian followers kerana dilihat sangat comel dan serasi bersama. Video yang dimuatnaik di laman Instagram masing-masing pun sweet betul!
Kredit foto: Instagram Najwa Latif
Menurut Mstar, pasangan penyanyi ini dinikahkan pada hari ini jam 8.30 pagi di Batu Pahat. Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat. Isteri kepada rapper, Akwa, 30, menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa, 27.
Kredit foto: Instagram Najwa Latif
“Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perancangan untuk berkahwin sebaliknya mengumumkan selepas selamat bergelar suami isteri.
Najwa dan Akwa juga tetap akan berjalan seperti dahulu. Sekiranya ada tawaran menyanyi, Najwa tidak ada masalah untuk memberikan komitmen.” kata pengurusnya, Azhari Jaafar.
Kredit foto: Instagram Akwa Arifin
Awal pagi tadi Najwa Latif memuatnaik sekeping gambar bersama suami tercinta usai majlis pernikahan. Kedua-duanya cantik menggayakan busana berwarna putih. Banyak komen yang diterima dari followers Najwa dan rata-ratanya terkejut dengan perkhabaran bahagia ini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!