
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Sebelum Nak Hantar Borang Kahwin, Bakal Pengantin Kena Tahu 8 Prosedur Ini. Penting Ye!

Buat yang merancang kahwin dalam masa terdekat atau sebaliknya, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Perkara pertama, sudah pasti yang mana perlu kita mulakan dahulu. Lagi-lagi berkenaan dokumen dan prosedur yang melibatkan jabatan-jabatan atau sektor yang berkenaan.
Tapi jangan risau kerana perkongsian oleh pemilik Facebook Nur Madihah ini mungkin akan memudahkan urusan anda sedikit sebanyak.
Assalamualaikum semua!~
Harini mood rajin sikit nak share pasal panduan kepada para bakal pengantin dalam menghantar borang kahwin. Haa. Disebabkan saya pernah berpraktikal di Pejabat Agama & tiap hari dok handle borang kawen pastu akhir-akhir ni ramai sangat kawan-kawan dok tanya prosedur kahwin, elok lah kiranya saya tulis teros kat FB kot? Senang sikit satu dunia semua tau haha. ? ? ?
Sebenarnya senang ja, tak susah mana pun. ?
1) Ok first sekali. Bukak website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia iaitu www.sppim.gov.my.
-Ok then, klik kat Benar Nikah Online (Kebenaran Nikah) dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
-Dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari website tu.
-Nombor tu penting sebab nak guna setiap kali log in.
-Borang boleh dikemaskini dan di-edit selagi belum diproses oleh pejabat agama.
-Oh ya, untuk makluman semua, permohonan kebenaran nikah secara online setakat 2017 ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja.
Bagi negeri-negeri yang tak disebutkan tu, bolehlah terus memohon secara manual di Pejabat Agama Islam daerah masing-masing ya! ☺
2) Check pasangan lelaki tinggal di daerah mana.
-Kalau daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki & perempuan kena hantar borang nikah online tadi tu ke pejabat agama dalam tempoh 30hari/sebulan sebelum tarikh akad nikah.
-Tapi kalau daerah/negeri lelaki berbeza dgn perempuan, bakal pengantin lelaki kena hantar borang tu ke pejabat agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.
3) Hantar borang.
– Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop.
– Then bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
-Boleh rujuk gambar kat bawah. ?
-Kalau di negeri Kedah ni, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain taktau la camna.
-Dah settle, kena bayar RM15 (seorang) utk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 lah, pehe dok? ?
– Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing2.
4) Bagi borang kebenaran kepada pihak perempuan.
– Selepas seminggu, boleh mintak tolong mak/ayah pihak lelaki ambil kan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. ? ? ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.
– Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dgn pihak perempuan, terus bagi kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.
5) Ok. So berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawak borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh pejabat agama tadi ke pejabat agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.
– Then lepas seminggu, pejabat agama bagi borang kebenaran nikah kat pihak perempuan.
– Pastu bawak pulak borang tu kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.
– Ok nak selesai dahhh, ciked lagiii ? ?
6) Akad nikah.
– Masa akad nikah, tok kadi/tok imam akan bagi surat nikah sementara.
– Pasangan wajib check maklumat macam nama, IC dalam surat tu betul/tak. (Ini PENTING sebab maklumat tu akan digunakan untuk buat sijil nikah pulak)
– Then bawak surat nikah sementara tu ke pejabat agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat sijil nikah.
-Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah ?
7) Proses utk mohon sijil nikah.
– Bawak surat nikah sementara (asal + salinan)
– IC sendiri, IC pasangan & IC wali
– Bayar RM20 untuk sijil nikah.
– Tunggu sebulan, then boleh ambil sijil. (Bergantung kepada negeri masing2 ada yang tak sampai sebulan pun sijil dah siap ☺)
– Pastu fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet.
-Yang sijil nikah asal tu just simpan ja dalam file.
– PENTING! Sebab takut satgi kena serbu dengan pegawai agama haha. Kot2 la depa ingat kita tak kawen lagiii~ hihi so bila kena serbu, tunjuk ja bukti sijil nikah tu! 😀
8) Proses untuk mohon kad kahwin.
– Dah dapat sijil tu, better buat kad kahwin pulak.
– Perlu bayar RM40 untuk sepasang pasangan.
– Nanti pejabat agama akan bagi checklist dokumen apa yang perlu dibawa untuk mohon kad kahwin.
DAH SELESAI YEAY! ? HIHI ALHAMDULILLAH. Itu jee. ? Nampak rumit ke? Pening ke? Lek lek. Simple ja sebenarnya benda ni. Saya dulu masa praktikal tu sampai kena buat notes tempek kat dinding kaunter tu untuk nak ingat hahaha. Nak dekat sebulan baru ingat proses ni adoyai. ?
**Apapun sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016. Tahun ni mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan. Korang juga boleh refer & call pejabat agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian ☺ sebab sistem di setiap pejabat agama ni berbeza mengikut negeri ?
So boleh terus klik kat v atas kanan tu & tekan saved ya! Dah save, bila-bila masa ja uolls boleh baca ?
Okay so….Selamat Berkahwin Uolls! ? Haha.
Pasangan Kerap Bergaduh, Anak Lebih Ramai

Pertengkaran eratkan hubungan
Mengapa situasi pertengkaran dikatakan perlakuan yang merapatkan hubungan hidup pasangan? Selidiki tahap hubungan anda. Bila kali terakhir anda bergaduh atau berselisih pendapat? Tidak pernah? Erm…ada sesuatu yang pelik terjadi di sini. Jika anda tidak pernah bergaduh atau bertengkar selepas berkahwin bertahun lamanya, ini bermakna hubungan itu ada yang tidak kena.
Mengapa terjadi?
- Ia adalah luahan hati anda atau pasangan mengenai pendapat, keinginan dan pencarian kata putus dalam sesuatu perkara.
- Perkahwinan adalah sesuatu perjalanan dan ia tidak mudah. Setiap hari adalah perkara baru, maka persefahaman perlu sentiasa dicari.
Pertengkaran Positif
- Pertengkaran/perselisihan pendapat yang tidak melibatkan pergaduhan luar biasa seperti terjerit-jerit terhadap pasangan, baling barang atau melakukan kekasaran fizikal.
- Perselisihan yang tidak melihatkan siapa menang dan siapa perlu patuh. Sebaliknya pergaduhan ini terjadi secara spontan dan akhirnya keputusan yang terbaik berjaya dicapai.
- Pergaduhan yang tidak berlanjutan lebih 10 minit.
- Adakah anda pernah mengingati semula detik pertengkaran antara anda dan pasangan? Bukankah ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri apabila terkenang saat itu? Lucu bukan, bergaduh dan bermasam muka hanya kerana memilih warna terbaik untuk kereta baru.
Komunikasi dua hala
‘ Yahya sudah berkahwin selama lima tahun. Sudah mempunyai seorang anak dan perkahwinannya dirasakan bahagia dan berjalan baik bersama Farhana kerana mereka tidak pernah bertengkar.
Entah mengapa suatu hari, Farhana memfailkan penceraian. Yahya tersentak seakan tidak percaya dengan tindakan isterinya. Disangka Farhana bahagia hidup bersamanya kerana Farhana tidak pernah bersungut dan menerima segala percaturan yang dilakukannya dalam rumah tangga mereka.
Setelah disiasat, Farhana menjelaskan dia tidak tahan dengan kehidupan tersebut. Malah Farhana rasa terkongkong dan perasaannya bagaikan tidak pernah dipedulikan. Yahya tidak pernah bertanya tentang apa kemahuannya walhal Yahya sedar bahawa Farhana ‘berat mulut’.
Daripada kes benar ini, dapat disimpulkan bahawa hidup berpasangan memerlukan komunikasi. Secara terus yakni baik atau secara pertengkaran kecil. Ini kerana ia medium untuk melontarkan pendapat dan hak masing-masing.
Semakin anda bertengkar maka semakin dalam anda mengenali pasangan. Anda tidak boleh hanya memikirkan apa anda rasa dan mahu, sebaliknya fikir juga perasaan dan kemahuan pasangan anda.
Tipu, jika hidup berpasangan tidak pernah bergaduh. Anda selidik apa yang tidak kena jika anda tidak pernah bergaduh dengan pasangan. Si dia mungkin telah memendam perasaan dan akan meledak bila-bila masa sahaja.
Cinta Jadi Bosan Bila Pasangan Buat Perkara Yang Tidak Menyenangkan

Tahukah anda bahawa perkara yang remeh boleh menjadi punca kurangnya kasih sayang dalam suatu perhubungan. Cinta yang kurang bersinar mungkin menyebabkan perpisahan. Walaubagaimana pun semua orang mahupun anda mempunyai kekurangan tertentu. Atasinya segera.
Nafas berbau
Jika selekeh tidak mengapa lagi tetapi jika mulut sentiasa berbau, anda harus lakukan sesuatu untuk mengelakkan orang di sekeliling terutamanya pasangan. Setiap hari kita akan mengalami masalah mulut disebabkan makanan tetapi tidak berpanjangan. Mulut yang berbau akan menyebabkan masalah berkomunikasi. Jika dibiarkan pasangan mungkin cuba untuk mengelak dari bercakap panjang dengan anda.
Kurang Yakin
Sifat rendah diri atau tidak yakin dengan setiap keputusan, mungkin akan menyebabkan pasangan memandang rendah kebolehan anda. Jika dibiarkan, lambat laun pasangan mungkin menafikan hak anda dalam membuat keputusan. Untuk mengelakkan cinta yang dibina menjadi kusam, anda perlu bangkit mencari kekuatan diri. Setidaknya dalam 10 keputusan, empat darinya anda yang memberi kata putus.
Kaki Gajet
Anda sentiasa dengan telefon pintar atau gajet-gajet terkini sehinggakan anda kurang berkomunikasi dengan pasangan. Apabila pasangan memanggil, anda hanya mengangkat kening tanda menyahut tetapi mata masih lagi berada di skrin telefon. Erm, ini tidak bagus sebenarnya. Buangkan sikap sebegini kerana gajet termasuk antara faktor utama punca penceraian atau perpisahan. Bagi kaki gajet, sedar tau tidak anda sebenarnya kurang berkomunikasi dengan pasangan. Sekaligus mewujudkan jurang yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.
Suka Hati Menetapkan Tarikh Dating
Peringatan untuk pasangan bercinta, anda tidak boleh sesuka hati menetapkan tarikh untuk berjanji temu. Harus ada persetujuan antara dua pihak. Takut dikhuatir nanti bakal membuatkan pasangan rasa tidak cocok dengan cara kehidupan kamu dan akhirnya mengurangkan rasa cinta yang sedang mekar.
Gemar Bercakap Mengenai Pasangan
Sedar atau tidak sedar, anda sebenarnya sedang bercakap mengenai hal pasangan sendiri kepada orang lain. Apabila perkara ini sampai kepada si dia, mungkin membuatkan dia berasa malu dan tidak selesa. Contohnya, anda memuji bahawa pasangan anda seorang yang pembersih ketika berada di rumah dan perkara ini sampai kepengetahuan dia dari mulut sahabat anda sendiri. Walaupun perkara itu satu pujian tetapi mungkin terdapat rasa tidak selesa di hatinya apabila anda menghebahkan perkara yang tidak perlu terutamanya perangai sebenar di rumah.