
Wanita mana yang tak suka dipuji, “Eh awak nampak muda dan berseri-seri, apa yang awak amalkan?” Tentu anda rasa puas jika usaha yang dilakukan selama ini berhasil dan memberi manfaat untuk kecantikan.
Bagi yang risau kemunculan kedutan halus pada wajah, mungkin anda boleh cuba buat masker sendiri di rumah sebagaimana yang dikongsikan oleh Esyima Zamri ini. Sekurang-kurangnya takde la anda dipanggil ‘acik’ walaupun berusia 25 tahun.
Ternyata blueberry memang terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kecantikan kerana antioksidannya yang tinggi. Malah blueberry juga sangat sesuai dijadikan masker wajah untuk mengatasi kulit kering dan kusam.
Bila muka terlalu terdedah kepada radikal bebas, mula lah keluar garisan halus dan kedutan manja dekat wajah.
Tak best kan, umur baru 25, orang panggil acik. So, hari ni Syima nak share masker yang dapat kurangkan garisan halus di wajah.
Ramuan utama yang Syima guna pastilah ramuan yang terbaik yang dapat menstabilkan radikal bebas . Syima guna Buah #Blueberry.
Blueberry ni sangat tinggi antioksidan. Antioksidan ni halang radikal bebas, lambatkan penuaan dan meningkatkan kolagen pada kulit.
Syima juga menggunakan 2 lagi bahan asas yang sangat baik untuk kulit. Syima gunakan lemon yang dapat rawat masalah jerawat dan yogurt yang baik untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Bahan-bahannya:
Cara penyediaannya sangat mudah. Hanya guna blueberry, lemon dan yogurt.
Cara penyediaannya:
Campurkan semua bahan dan blend.
Kemudian sejuk bekukan untuk kegunaan yang lama.
Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat Bukannya Susah, Cuba Buat Perkara Ini Sebelum Tidur

Tidur itu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Tidur malam pula selain penghilang mengantuk, memberi manfaat yang cukup besar bagi anda yang ingin kulit cantik dan sihat.
Setiap orang daripada kita dianugerahkan dengan kulit yang sihat, cantik dan licin. Jika tidak, masakan setiap bayi itu lahir dengan kulit yang lembut tanpa noda. Hanya apabila kita tidak menjaga cara hidup dan disebabkan persekitaran, membuatkan kulit wajah kita mudah bertukar rupa. Maka timbullah masalah seperti jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya.
Untuk cantik kita perlu disiplinkan diri dan jangan malas. Merawat kulit tidak hanya pada waktu siang hari sahaja. Sebaliknya, waktu malam adalah waktu puncak dan berperanan besar dalam menentukan perubahan kulit muka terutamanya ketika anda sedang lena diulit mimpi. Justeru, adanya kaitan antara tidur dengan kecantikan.
TIDUR SEAWAL JAM 10
Cuba lihat bagaimana keadaan kulit wajah kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup malam atau night life? Rata-rata yang tidak menjaga waktu tidur atau suka tidur lewat mempunyai masalah kulit sembap, kering, tidak bermaya, kulit kendur, tidak anjal dan nampak tua daripada usia sebenar. Walaupun waktu tidur disarankan lapan jam sehari, tetapi ia belum cukup bagus untuk kulit anda. Selain tempoh waktu tidur, pada jam berapa anda masuk tidur juga perlu dititikberatkan.
RUTIN CANTIK SEBELUM TIDUR
Tabiat wanita yang suka tidur dengan mekap adalah tabiat yang sangat buruk, umpama mempersilakan penuaan menjengah ke kulit muka. Katanya sebelum masuk tidur, anda seharusnya memastikan kulit muka benar-benar dalam keadaan bersih. JIka mekap masih di muka, ia menghalang kulit untuk menyubur dan sel kulit tidak akan bertukar.
Berikut adalah enam langkah yang mesti dilakukan oleh setiap wanita sebelum masuk tidur jika anda mahu bangun dengan kulit cantik bersinar:
LANGKAH 1
PENCUCI MEKAP : Setiap kali pulang ke rumah selepas bekerja atau melakukan aktiviti di luar rumah, pastikan anda cuci muka dengan pencuci mekap terlebih dahulu. Walaupun anda sekadar menyapu bedak padat, anda mesti menggunakannya kerana pencuci muka tidak mampu untuk menyental lapisan bedak asas itu. Apabila menggunakan kapas untuk menanggalkan mekap, jangan kesat terlalu kuat sehingga menyebabkan kulit tertarik. Ini akan menyebabkan keanjalan kulit terjejas.
LANGKAH 2
PENCUCI MUKA : Selepas wajah bebas daripada mekap, mulalah mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai mengikut kesesuain kulit. Apabila mencuci muka, jangan sekadar digosok sambil lalu kemudian terus bilas. Kebanyakan wanita yang ditemui mendedahkan bahawa mereka mengambil masa kira-kira 30 hingga 60 saat sahaja untuk mencuci muka. Cukuplah tempoh masa itu sekiranya anda sepatutnya mencuci sambil mengurut lembut muka, menyental lembut di bahagian terpencil seperti celah hidung dan leher juga?
LANGKAH 3
LOSEN/PENYEGAR : Selepas muka dicuci dan dikeringkan dengan tuala bersih, sapu penyegar dengan menekap lembut pada kulit. Penyegar ini penting untuk memastikan pori-pori terbuka dan ditutup kembali.
LANGKAH 4
SERUM : Sapu pula serum ke serata kulit wajah termasuk leher. Serum mengandungi bahan aktif yang mampu menembusi kulit wajah untuk menyuburkannya.
LANGKAH 5
KRIM MATA : Kulit sekitar mata sangat sensitif. Justeru, ia memerlukan produk penjagaan khas. Sapukan krim mata di sekitar bahagian mata diikuti dengan urutan ringan bagi melancarkan peredaran darah di bahagian itu. Urutan boleh dilakukan dengan menepuk-nepuk perlahan di bahagian bawah mata dengan hujung jari secara berulang.
LANGKAH 6
KRIM MALAM : Akhir sekali, sapukan krim malam di wajah dan leher. Pemilihan krim malam bergantung pada jenis kesesuaian kulit wajah anda. Pilih yang mengandungi pelembap agar anda tidur dalam keadaan kulit segar, gebu licin dan mengelakkan kulit terdedah kepada kekeringan aptah lagi jika anda tidur dengan penghawa dingin.
16 Rahsia Untuk Kekal Cantik & Awet Muda Mengikut Cara Islam

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua yang telah Allah tentukan buat hamba-Nya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Praktikkan petua awet muda ini. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf as. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Wanita Ini Kongsi ‘Glass Skincare Routine’ Mudah Dan Murah Anda Boleh Cuba!

Siapa sahaja yang taknak kulit muka 'flawless' dan bebas dari masalah kulit bukan? Kulit yang cantik adalah idaman setiap orang, tidak kira perempuan mahupun lelaki. Kini anda boleh perlahan-lahan menjaga rutin penjagaan wajah anda dengan langkah yang dikongsikan oleh pengguna FB Fatinaamalina Rahman ini. Selamat Mencuba!
_____________________________________________________________________________________________________________________________
Okay. Kunci nya ialah Hydration! Yup! Skin care routine ala Korea ni memang selalu mengutamakan hidrasi kulit which is a good thing, of course. Sebab Fatin kulit super kering! So #teamkulitkering boleh cuba follow steps ni. Sebelum tu, kite explain sikit kat chuols.. Kulit kering ni ada dua jenis
1. kurang air
2. kurang minyak semulajadi
Duduk dalam aircond jugak punca kulit kering sebab badan produce less oil.
Bukti Kulit Tak cukup air/ minyak semulajadi:
1. Kulit jadi super sensitive
2. Cepat wrinkle
3. Kulit tegang jer lepas cuci
4. Kulit mengelupas
5. Inflammation

So #teamkulitkerings
Let’s start
Step 1: Oil Cleansing/ Oil makeup remover
1. Teknik ni dipanggil minyak menarik minyak. Oil based ni boleh angkat kotoran sisa minyak/ oil based makeup / impurities & pollution kat kulit. Tak la naik jerawat/ blackhead/ whitehead & segala skinhead kat muka. Fatin pernah pakai oil based makeup remover pun okay jer
2. Step 2: Normal Cleansing
Step ni baru pakai apa jenis pencuci muka yang korang duk pakai sekarang. Suggestion untuk #teamkulitkeringss : pakai jenis free-soap cleanser. Sabun type akan remove oil pada skin, kiter ni dah ler kering kontang.(Refer description gambar)
3. Toner & Essence(Optional)
Kalau korea memang femes dengan toner. Ada banyak fungsi toner atau essence, cari yang fungsi normalize balik hydration and PH balance. Sila kaji sebelum beli. Jangan bazir.
4. Moisturizer paling penting
Ramai gegurl skip step ni. Jangan please. Moisturizer nak ganti dan lock hydration pd kulit kita.

5. SPF & base Apply SPF ataupon sunblock
Selepas itu, baru pakai make up. Sebab faktor utama kulit kusam dan jeragat adalah sebab tak pakai SPF kat muka.
Sebab Fatin tak pakai foundation, so Fatin apply Facebalm Vit E SPF 50 je. Sunscreen Fatin add up bila aktiviti luar je pagi masuk opis petang balik dalam aircond jadi malas (jangan follow)
6. Hydrating mist
Sebab skin Fatin power punya kering sampai crack la, Fatin apply hydrating mist. Sat-sat dalam aircond spray.

7. Exfoliation (Compulsary twice a week)
Yang ni sangat penting dalam rutin ala koleaa ni sebab punca skin kusam sebab kulit mati kita menebal kat kulit. Sebab tu lah pakai apa skincare pun tak berkesan. Boleh guna apa-apa jenama / khas untuk glowing.
Tu je. Ini yang kiter pakai wak. Wak tak payah follow produk pun takpe as long as steps hampir-hampir okay dah
Korang share la atau tag kengkawan #teamkulitkeringssss supaya dapat tips ni jugak!