Bila baru mendirikan rumah tangga, sudah pastinya pelbagai cabaran baru yang bakal diharungi. Mulalah masalah kewangan tak cukup, perbelanjaan harian semakin bertambah, kehidupan mesti diteruskan!

Ramai pasangan baru di luar sana berfikiran singkat, bila tidak mencukupi wang mulalah meminjam sana sini. Bila dah meminjam tak mampu pula nak bayar balik. Macam-macam perkara mula berlaku.

Apa kata kalau pasangan di luar sana mengambil langkah untuk memulakan dengan perniagaan kecil-kecilan. Dengan adanya Zakat Selangor pastinya segalanya terjawab. 

Zakat bukanlah sekadar membantu golongan susah. Kini, Zakat Selangor juga dapat membantu memulakan perniagaan. 

DULU MEREKA CUMA PENERIMA, SEKARANG MEREKA PULA PEMBERI…NAK TAHU RAHSIA KEJAYAAN MEREKA?

Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.

Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017.

Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.

IKLAN

Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16.

Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.

Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.

Mereka berdua adalah contoh usahawan yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, menyuburkan perniagaan.

IKLAN

SENANGNYA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.

IKLAN

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.

Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh klik DI SINI.

Elok kira dulu, supaya jelas kena zakat atau tak perniagaan tu. Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju.

Kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah sahaja, Klik sahaja di sini: https://fpx.zakatselangor.com.my/

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI