Jika kita menginginkan rumah tangga yang bahagia, aman damai dan tenang menghadapi segala ujian Allah SWT, teruskanlah berdoa. Mungkin doa anda tidak dimakbulkan sekarang tapi tak mustahil termakbul jua suatu hari nanti.
Jika tidak sesempurna mana pun pasangan kita, jangan pernah berhenti berdoa. Reda dan ikhlas dalam perhubungan, akhirnya nanti pasti ada sinar yang membahagiakan. Wahai isteri, jangan pernah putus berdoa kerana doamu adalah kunci pada kejayaan seorang suami.
“Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas,” kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Beliau yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata, bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.
Kata beliau, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu. Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.
“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.
“Fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman. Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah. Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.
Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.
“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.”
Justeru ujarnya, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga.
Ads
“Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri perlu ada peranan tersendiri. Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting. Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.
“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek. Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.
Ustaz Wan Akashah turut menyarankan agar wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.
Kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi oleh perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.
Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan. Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga.
Ads
DOA YANG BOLEH ISTERI AMALKAN
Doa 1: Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2: Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 3: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 4: Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Ads
Doa 5: Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 6: Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 7: Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 8: Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalan-MU yang lurus.
Doa 9: Ya Allah Ya Rabb. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepada-Mu
Doa 10: Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
Berdoalah selepas solat Fardu pada setiap hari dan sedekahkan Al-Fatihah untuk suami atau sebaliknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi
1- Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2- Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3- Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4- Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5- Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
7- Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
8- Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
9- Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya kalau dah kantoi, payah seseorang pasangan nak beri kepercayaan 100% seperti sebelumnya. Pasti akan wujud perasaan was-was.
Haaa.. buat mereka yang dah kantoi di luar sana, bagilah macam mana pun alasannya, jika pasangan nak terima atau tak, itu hak dia.
Kalau Dah Kantoi, Itu Haknya Nak Terima Balik Atau Tidak!
Dia yakin atau tak alasan tu, itu hak dia.
Dia nak terima penipuan tu kecil atau sebenarnya besar, itu hak dia.
Yang jelasnya, penipuan tetap penipuan. Selagi anda berusaha untuk beri alasan, takkan dapat menutup sebuah penipuan yang anda sendiri telah ciptakan.
Daripada berusaha beri alasan, lebih baik guna tenaga untuk mengakui, menginsafi dan cari jalan untuk ubah diri.
Dengan itu, kamu bukan sahaja cuba untuk menyelamatkan rumah tangga kamu tetapi sebenarnya berusaha menyelamatkan diri sendiri dari terjerumus kepada kebinasaan berpanjangan.
Pasangan Akan Mula Ada Masa Untuk Check Semua Benda
Anda kena terima hakikat, selepas ini, dia pasti ada “trust issue”. Dia pasti akan check phone anda selalu, atau buat rasa dikongkong.
Tetapi semua itu, bukan salah dia. Salah itu datang dari anda sendiri.
Untuk dia kembali percaya, pasti memakan masa. Dan itu semuanya atas kebenaran Allah SWT untuk mengubat hati pasangan.
Apa yang boleh buat, kembalikan kepercayaan pada diri sendiri bahawa anda boleh berubah. Boleh jadi diri kamu yang mula-mula dahulu mencintai pasangan kamu dengan sepenuh jiwa.
Yang boleh fokus pada yang satu tanpa cari peluang untuk curang dengan yang lain.
Ingatlah, pasangan itulah yang memilih untuk bersusah payah dengan anda.
Jangan kerana seorang orang luar yang baru hadir dalam hidupmu, terus nak rosakkan hubungan dengan pasangan yang dah bertahun-tahun bersamamu.
Doa sebanyak-banyanya kepada Allah agar Dia pelihara dan lindungi anda dari melakukan kesilapan yang sama.
Di saat ini, “healing” kan semula rumah tangga anda dengan sebaiknya. Begitulah perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang isu kantoi hubungan dalam rumah tangga. Moga jadi renungan buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bajet kahwin adalah suatu perkara yang perlu dititkberatkan agar majlis berjalan seperti yang dirancang. Namun, kos yang dikeluarkan haruslah mengikut kemampuan dan tidak terlalu membazir.
Maklumlah harga barang pada zaman sekarang ini kan agak mahal. Oleh itu, perbelanjaan untuk melangsungkan perkahwinan perlulah dikawal dan dibuat dengan teliti.
Jom ikuti 7 tip berguna yang cukup mudah ini agar anda dapat berjimat selain memastikan bajet yang dikeluarkan lebih terkawal.
Tetapkan jumlah tetamu yang hadir supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Dengan ini, anda dapat mengira bajet untuk kos perbelanjaan makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. BUAT SECARA GOTONG-ROYONG
Gotong-royong dapat menjimatkan kos kerana anda hanya mengeluarkan wang untuk membeli bahan mentah. Selain itu, acara gotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran anda. Sekiranya anda memilih katering, pastikan anda membuat survey bagi mendapatkan katering dengan harga yang paling berpatutan.
3. ELAK TEMPAH BAJU KAHWIN
Elakkan daripada menempah baju kahwin yang baharu kerana khidmat menyewa adalah jauh lebih murah. Lebih baik sekiranya anda menyewa sahaja baju kahwin yang termasuk dalam keseluruhan pakej seperti pelamin, hiasan meja makan, blik tidur dan lain-lain lagi.
4. ADAKAN AKAD NIKAH & RESEPSI HARI YANG SAMA
Untuk menjimatkan kos, sebaiknya majlis akad nikah dan resepsi diadakan pada hari yang sama. Contohnya, akad nikah diadakan pada sebelah pagi manakala resepsi pula diadakan pada waktu tengah hari ataupun malam. Dengan ini kos perbelanjaan dapat dikurangkan dan menjimatkan.
5. ELAK KAD PERKAHWINAN MAHAL
Jangan menempah kad perkahwinan yang terlalu mahal. Cukup sekadar sedap mata memandang dan berpatutan untuk dijadikan pilihan. Selain itu, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak perempuan dan lelaki dalam kad yang sama. Cara ini boleh menjimatkan kos dan amat praktikal.
6. PILIH BARANG HANTARAN BOLEH PAKAI
GUBAHAN DARI THE CRAFT POTION
Elakkan daripada berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Cukup sekadar 5 berbalas 7. Selain itu, jangan memilih barangan yang terlalu mahal untuk dijadikan hantaran. Sebaiknya pilihlah barangan yang akan digunakan kelak.
7. PASTIKAN ADA SENARAI SEMAK
Senarai semak merupakan perkara yang paling penting bagi memastikan kos dan bajet anda berada dalam keadaan terkawal. Malalui senarai semak ini, anda boleh mengetahui jumlah yang dibelanjakan selain membantu bajet perkahwinan anda sama ada ia terlebih ataupun terkurang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!