“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu. Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa`: 1)
Dalam ayat ini dinyatakan bahawa daripada jiwa yang satu, Allah SWT menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)
Dalam hadis sahih pula menyebut: “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.”(Riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)
Ads
A. Hak seorang wanita
1. Hak memperoleh mahar dalam pernikahan
Allah SWT telah berfirman:
“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan rela hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik.”(An-Nisa`: 4)
2. Hak perempuan yatim dipelihara
Allah SWT berfirman: “Dan jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita sahaja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian dan tidak berlaku aniaya.” (Surah An-Nisa`: 3)
Ads
Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah tentang firman Allah SWT: maka Aisyah menjawab, “Wahai anak saudariku. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut bersyarikat dalam harta walinya, dan pihak wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan anak yatim kerana berikut hartanya. Maka wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian mahar sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim kecuali jika mereka mahu berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.”
B. Suami diperintah untuk berlaku baik kepada isterinya
Allah SWT berfirman: “Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.”(An-Nisa`: 19)
Ads
Al-Hafizh Ibnu Katsir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Halusi ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaiki perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah SWT berfirman dalam hal ini:
“Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” (Surah Al-Baqarah: 228)
Sementara itu Rasulullah SAW sendiri telah bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.” (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)
Seorang wanita telah dicipta untuk menjadi seorang makhluk yang mulia dan istimewa. Namun, janganlah anda kotori kemuliaan itu dengan akhlak yang bertentangan dengan ajaran yang telah digariskan agama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daripada sudut bahasa, mahar bermaksud: “Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah. Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah mendefinisikan mahar dengan maksud: “Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan, atau persetubuhan, atau pemerkosaan.”
Soalan
Suami saya telah membelanjakan wang mas kahwin semasa kami kahwin tanpa pengetahuan saya kerana betul betul terdesak. Halalkah dia berbuat demikian?
Jawapan:
Wang mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isteri adalah hak milik mutlak isterinya.
Firman ALLAH SWT:
“ Berilah kepada wanita-wanita itu maharnya sebagai pemberian yang wajib.” Surah al-Nisak: 4
Kesimpulannya
Haram bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar adalah hak milik isteri yang diisytiharkan ALLAH dalam al-Quran. Harus hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kebenaran isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam jarak jauh di zaman ini bukan mudah. Isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza.
Perkahwinan begini atau dipanggil PJJ ada kalanya bukan pilihan. Akan tetapi terpaksa diterima kerana masing-masing punya komitmen dalam kerjaya dan meningkatkan ekonomi rumah tangga dalam keadaan kehidupan zaman kini yang serba tinggi kos hidupnya.
Malah, lebih banyak masalah yang timbul berbanding kebaikan yang diperoleh. Antara masalah yang sering timbul kerana perkahwinan jarak jauh ini ialah, masalah kewangan, cemburu, penat berulang alik, masalah emosi seperti hidup kesepian dan masalah psikologi. Apabila terpaksa menerima perkahwinan jarak jauh sebegini, pasangan perlu banyak bersabar dan menghadapi segalanya dengan positif dan sentiasa bersangka baik.
Masalah kewangan
Apabila sudah tinggal berasingan, kewangan semakin bertambah. Seperti kata orang Melayu ada dua periuk. Bila ada dua rumah semuanya terpaksa berganda. Bayaran rumah, bil elektrik bil air dan kegunaan kenderaan. Terpaksa guna banyak wang untuk berjumpa keluarga, bayaran duit minyak, tol dan keperluan lain.
Masalah emosi dan psikologi
Masalah emosi pula membabitkan perasaan sunyi dan tidak berteman. Naluri manusia inginkan sentiasa dibelai dan disayangi. Jika mereka sudah berkahwin tetapi tidak mendapat belaian pasangan jiwa akan kosong dan mudah mengalami tekanan jiwa. Berkemungkinan kecurangan boleh berlaku akibat terlalu sunyi dan kurang belaian daripada pasangan.
Penat berulang alik, banyak masa terbuang
Masa banyak terbuang sebab terpaksa berulang alik jumpa ahli keluarga dan setiap kali balik mereka tentu menggunakan kewangan yang banyak. Keletihan ada kalanya membuatkan produktiviti menurun kerana akibat terpaksa berulang alik setiap minggu mereka menjadi penat dan emosi turut terganggu.
Cemburu, curiga & menyebabkan konflik
Perasaan cemburu dan curiga tidak dapat dielakkan jika suami atau isteri terpaksa berjauhan kerana tugas dan tidak dapat melayari kehidupan seperti pasangan biasa berkahwin, iaitu tinggal bersama. Pelbagai perkara yang difikirkan oleh suami atau isteri apabila berjauhan. Ini kerana perasaan sayang dan bimbang pasangan diambil orang lain membuatkan sering kali mereka berfikiran curiga terhadap pasangan yang berjauhan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!