Tiada dalam islam lepas kahwin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibu. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu.
Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan perlulahh kerja bantu ibu.
Cukupkan keperluan ibu. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak kandung sendiri.
Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Betul taat suami no1. Nak buat apa2 mintak izin suami. Tapi kena ingat, siapa yg lahirkan korang? Siapa yg mengandungkan korang? Siapa yg sekolahkan korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg berguna? Dah besar jadi takguna pula, lebih sampah drpd sampah.
Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Hukum karma itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.
Ads
Kenapa ibu yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.
kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.Bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.
Ads
Suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yg jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu. Hidup berumah tangga kena ada tolak ansur. Suami jangan suka2 gunakan kuasa veto utk menghalang isteri berbakti kepada ibu bapa.
Ads
Sumber : Raja Nora
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek kahwin pada masa kini diilham khas untuk memenuhi cita rasa bakal pengantin. Besar kecil atau mahal murahnya kek perkahwinan tersebut bergantung pada ketentuan kedua belah pihak.
Bila kedua-dua belah pihak bersetuju maka tentuan masa bila hendak disiapkan, tempat penghantaran, kos penghantaran dan seumpamanya akan menjadi topik perbincangan seterusnya.
Terdapat pelbagai perkara atau tips yang perlu diketahui oleh bakal pengantin sebelum memilih kek perkahwinan yang sesuai. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan dalam memilih kek perkahwinan.
1. Tempah kek yang anda idamkan, bukan ikut kata orang lain
Tempahlah kek yang anda rasa bersesuaian dan yang anda idamkan selama ini. Pasti ia akan memberi satu kepuasan pada hari bahagia anda nanti.
2. Ikut kesesuaian bajet anda. Mahal tak semestinya cantik
Jika anda tidak mempunyai bajet yang banyak, kek kahwin yang ringkas sudah cukup untuk menaikkan aura jika anda bijak mengadun warna dan corak kek kahwin anda.
3. Pilih kek yang sesuai dengan tema majlis anda
Pastikan warna, bentuk, rupa dan dekorasi kek kahwin anda adalah sama dengan tema perkahwinan anda.
4. Pilihlah ‘baker’ yang bertauliah
Lihat baker yang anda kenal atau selesa untuk berbincang. Ia akan memudahkan segala persiapan anda.
5. Tengok bahan dan perasa
Kek kahwin mempunyai pelbagai jenis bahan dan perasa. Jika anda mahu kek kahwin berkualiti tinggi yang dibuat menggunakan krim dan mentega asli serta bahan asli, harganya adalah mahal berbanding kek kahwin yang tidak menggunakan krim dan mentega asli.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada wanita yang baru berkahwin barulah nak belajar memasak. Bukan salah mereka, mungkin kerana gaya hidup moden dan sibuk bekerja membuatkan ramai wanita hari ini tidak hebat ketika di dapur. Untuk mereka yang baru pertama kali memasak nasi dan secara tiba-tiba ia hangit, mungkin ini boleh membantutkan selera suami anda. Jadi kami senaraikan cara untuk para isteri mengembalikan seleranya. Elak bau hangit pada pada nasi dan kembali wangi!
Petua 1:
Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih.Timbuskan dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.
Petua 2:
Ambil dan basuh cili kering dalam dua tiga tangkai dan jangan dipotong. Masukkan ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.
Petua 3:
Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tiada lagi bau hangit tu.
Petua 4:
Ambil daun pisang dan letakkannya menutupi permukaan atas nasi. Biarkan sejenak.. InsyaAllah, tiada lagi bau hangit.
Petua 5:
Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup.
Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang.
Petua 6:
Ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit.Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Petua 7:
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Petua 8:
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan periuk.
Petua 9:
Taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai dalam nasi yang hangit dan biarkan beberapa ketika.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Iri hati dan hasad dengki adalah satu penyakit hati yang perlu kita hindari. Penyakit iri hati dan hasad dengki ini jika dibiarkan akan membuat hati seseorang itu terasa sempit dan jauh daripada mendapat ketenangan didalam hidup.
Menurut satu ceramah yang kami dengar sebelum ini,bagaimana kita mahu tahu hati kita ini mempunyai hasad dengki atau iri hati? Caranya adalah sangat mudah,apabila kita melihat kejayaan seseorang kita merasa sakit hati. Kedua ialah,apabila seseorang yang kita tidak suka itu menerima musibah atau kemalangan,kita lah orang yang paling merasa gembira dengan khabar berita tersebut.
Berikut adalah perkongsian oleh Hajjah Rohana Saad.
Buanglah Rasa Iri Hati Dan Dengki
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini.
Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!
Belajar Rasa Cukup
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.
Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membonoh kau perlahan.
Jangan Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri. Jadi bersyukurlah.
Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Hati-hati Dengan Hasad Dengki
Hati-hati dengan penyakit iri hati dan hasad dengki ini. Hal ini kerana,menurut seorang ustaz, jika dibiarkan sifat ini didalam hati,ia akan menhapuskan amalan-amalan yang telah dilakukan sebelum ini yang akhirnya dikhuatiri kita akan muflis di akhirat kerana hilangnya pahala amalan.
Cara Mengubati Penyakit Hasad Dengki dan Iri Hati
Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa iri hati dan hasad dengki ini adalah dengan melawan perasaan tersebut,dan jangan mengiyakan bisikan iri hati. Selain itu,apabila kita melihat seseorang mempunyai kelebihan dan kejayaan dan timbul perasaan iri hati didalam hati,segera lah istighfar dan mendoakan lagi kejayaan kepada orang tersebut.
Contohnya kita melihat perniagaan Ali bertambah maju sekarang. Muncul iri hati dan dengki dalam hati. Maka ketika itu berdoalah ” Ya Allah,Kau tambahkan kemajuan dalam perniagaan Ali dan limpahkanlah kekayaan sehingga 7 keturunan”. Semoga dengan doa begitu akan mengelakkan kita daripada bersifat dengki serta mampu menidakkan bisikan syaitan didalam hati.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!