Smile of a beautiful young woman . Isolated over white background

Gigi merupakan salah satu aset yang paling penting pada tubuh anda kerana ia memberi anda keyakinan untuk bercakap, senyum dan apabila berhadapan dengan orang lain. Penjagaan gigi bermula daripada kecil lagi dimana pemeriksaan secara berkala perlu untuk mengelakkan kerosakkan gigi dan masalah-masalah berkaitannya.

Bayangkan pada hari persandingan nanti, anda perlu bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir tetapi senyuman anda tampak kurang yakin kerana masalah gigi yang anda alami. Usah khuatir kerana hanya dengan penjagaan yang teratur dan berterusan boleh membantu anda dan si dia sama-sama menjaga kesihatan gigi supaya anda sentiasa yakin apabila bersama.

Berus Gigi

Memberus gigi secara teratur adalah sangat penting untuk penjagaan gigi, ianya perlu menjadi rutin 30 minit setiap kali selepas anda makan. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari khas untuk memberus gigi dan lakukan dengan cara yang betul dan teratur.

IKLAN

Pakar mengesyorkan teknik memberus gigi secara menegak.  Apabila menggunakan teknik ini, berus daripada atas ke bawah atau secara bulatan. Teknik ini dalam masa yang sama akan membuat urutan pada gusi anda dan melancarkan perjalanan darah. Jangan menggunakan teknik memberus secara mendatar kerana ia boleh merosakkan hakisan pada dinding gigi. Elakkan memberus gigi terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan luka pada gusi dan menghakis dinding gigi. Pemilihan berus gigi yang betul juga penting iaitu berus yang lembut dan bahan daripada nilon.

Ubat Gigi dan Pencuci Mulut

Jenis ubat gigi yang berpudina juga sangat bagus untuk mengelakkan bau mulut selepas beberapa jam. Selain daripada itu, pencuci mulut yang berflorida juga penting kerana ini adalah sebagai penjagaan tambahan untuk gigi anda. Terdapat pelbagai jenis produk pencuci mulut yang ditawarkan kini mengikut citarasa anda. Gunakan selepas lima ke sepuluh minit selepas anda selesai memberus gigi, ini untuk mengelakkan kesan sampingan daripada ubat gigi dan pencuci mulut. Jika anda mempunyai gigi sensitif,ambil pencuci mulut yang tidak beralkohol kerana boleh mengakibatkan ulser. 30 minit sebelum dan selepas berkumur dengan pencuci mulut ini, jangan ambil sebarang makanan untuk memastikan kesannya berpanjangan.

IKLAN

Flos Gigi

Selepas makan jika ada makanan yang tersekat dicelahan gigi anda, jangan gunakan alatan tajam yang lain seperti lidi atau jarum. Alat yang sesuai ialah flos gigi yang boleh dibeli difarmasi. Berbentuk seperti cangkuk bersama pemegang dan juga tali untuk memudahkan anda menarik makanan yang tersekat dicelahan gigi.  Ini juga untuk memastikan tiada luka pada gusi dan jangkitan kuman.

IKLAN

Gula-gula Getah

Pilih gula-gula getah yang tidak mempunyai gula sebagai amalan anda setiap hari.  Gula-gula getah ini perlu dikunyah setiap hari untuk mengekalkan kesegaran mulut terutama selepas makan. Ia juga adalah salah satu cara untuk senaman muka.

Pemeriksaan Berkala

Dengan pemeriksaan berkala ini, risiko untuk mengalami masalah gigi dan gusi adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan orang yang tidak melakukannya. Berkala dengan melakukan setiap 6 bulan sekali atau sekurang-kurangnya 1 tahun sekali untuk satu sesi pemeriksaan. Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor akan membuat membersihkan kawasan-kawasan disekitar gigi yang bermasalah dan tindakan lanjut boleh dilakukan sebelum masalah gigi anda menjadi lebih teruk.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI