Pelakon versatil yang sentiasa menyerlah dengan pelbagai watak dalam dunia lakonan, Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya, Izzat Haiqal, selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati dikenali sebagai Dina Zakirsa.
Menerusi posting yang dibuat oleh Zamarul di Instagramnya, bapa kacak ini telah berkongsi gambar bersama pengantin dengan menitipkan pesanan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Ads
Congratulation Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah. Papa and mama love both of you! – tulisnya.
Pada masa sama juga, Zamarul kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cucu. Situasi ini jelas terserlah ketika dia membalas komen yang menyatakan pelakon itu tidak lama lagi menjadi atuk.
Ads
Zamarul juga sempat berseloroh mengatakan yang umur hanyalah angka dan ‘tittle’ sebagai atuk tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin menyelar segelintir wanita muda yang kemaruk kahwin suami orang sehingga sanggup memusnahkan rumah tangga orang.
Bak kata pepatah, sanggup membina bahagia atas penderitaan orang lain itu sepatutnya, elakkan lah. Walaupun memegang status isteri kedua, namun pemilik nama penuh Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54,menasihati agar golongan wanita muda mempertimbangkan keputusan memilih bernikah dengan suami orang kerana akan digelar penyondol sampai ke tua.
“Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.
“Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya dalam video Instagram semalam.
Dalam video sama, dia turut berasa kurang senang melihat ramai wanita yang masih muda ‘kemaruk’ berkahwin dengan suami orang sedangkan tidak menjaminkan kehidupan yang mewah pun.
“Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.
“Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.
“Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah,” katanya lagi.
Sementara itu, Zarina berkata, situasinya ketika bernikah dengan suaminya dan menjadi isteri kedua adalah berlainan namun rasa bersalah tetap dirasai sehingga hari ini.
“Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin.
“Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya,” luahnya.
Menerusi luahan sama, dia menasihatkan wanita muda di luar sana melupakan hasrat untuk bernikah dengan suami orang sebaliknya memilih lelaki bujang.
“Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya.
“Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelaki bujang yang berlambak di luar sana,” ujarnya.
Terdahulu, Zarina mendirkan rumah tangga dengan Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki termasuklah sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang sentiasa menjadi perhatian netizen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan suami isteri nak murah rezeki dalm rumah tangga tetapi kurang sedar ada banyak perkara yang terlepas pandang dan langsungtak pernah amalkan.
Jom kutip perkongsian yang baik-baik daripada saudara Firdaus Mokhtar ini, inshaa Allah bahagia akan datang masuk dalam rumah tangga tanpa disangka-sangka.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumit kaki merekah adalah masalah kaki yang kerap dihadapi tidak kira wanita mahupun lelaki. Masalah tumit kaki merekah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah sahaja terjadi.
Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan terutama kepada bakal raja dan ratu sehari. Apabila berada dalam keadaan ini, keinginan untuk menyarung kasut jenis terbuka sering kali terpaksa dilupakan.
Satu kajian mendapati 20% orang dewasa mengalami masalah tumit kaki merekah. Kulit di sekitar tumit kaki merekah biasanya lebih tebal dan kering berbanding kawasan kulit lain. Kulit ini cenderung untuk pecah-pecah apabila dikenakan tekanan seperti berdiri dan berjalan.
Masalah tumit kaki merekah tidak boleh dibiarkan tanpa dirawat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, keadaan tapak kaki akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kesakitan.
Berikut dikongsikan tip untuk merawat tumit kaki daripada merekah. Tidak dapat dinafikan bila tumit kaki merekah, kita rasa segan nak pakai kasut yang jenis terbuka. Rasa kurang keyakinan diri. Kalau boleh tak mahu langsung buka kasut bila ada di hadapan orang.
Apabila tumit kaki merekah, automatik kulit tapak kaki jadi kasar. Memang tak selesa! Mungkin anda sudah cuba berbagai jenis krim dan losyen bagi mengatasi masalah ini namun tidak memberi kesan.
Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Ubat kumur Listerine (botol ungu) Apple cider (cuka epal)
Kunci utamanya ialah mesti kena rajin dan konsisten buat ya.
1️⃣ Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.
2️⃣ Kemudian letak 1 hingga 2 penutup listerine ke dalam air rendaman.
3️⃣ Masukkan 1 hingga 2 sudu makan apple cider (cuka epal) ke dalam air rendaman.
4️⃣ Kacau bahan-bahan ini biar sebati. Rendamlah kaki korang selama lebih kurang 30 minit.
5️⃣ Apabila telah selesai merendamkan kaki, skrub tumit kaki dengan span dan lap kering. Sapukan krim tapak kaki untuk melembapkan tapak kaki. Korang akan dapat lihat hasilnya kulit kaki korang akan lembut seperti kulit bayi.
Ini perbezaan yang boleh dilihat:
Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...