Berseri sungguh air wajah atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri dalam majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini, memukau siapa sahaja yang memadangnya.
Maklumlah, jarang nak tengok wajah Nur Dhabitah Sabri ini memakai mekap. Dengan sentuhan magis makeup artistbyfatinani, terserlah keayuan isteri kepada Mohammad Aizat Ahmad Nazri yang lebih dikenali sebagai Jiggy Masin.
Selepas 7 Bulan Berkahwin, Dhabitah Sabri Buat Resepsi
Selepas 7 bulan jadi suami isteri, baru sekarang boleh buat majlis persandingan mereka. Ini disebabkan jadual ketat Dhabitah yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Ads
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Ads
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”
Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Memilih bra bukan sekadar mencari bra yang cantik dipandangan mata sahaja sebaliknya faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta keselesaan. Sebenarnya masih ramai yang salah memilih bra yang sesuai dan selesa walaupun telah meningkat usia. Kesannya ‘aset’ korang lari bentuknya.
Setiap wanita mempunyai saiz dan jenis payudara yang berbeza. Maka sebab itulah pentingnya korang memilih bra dengan saiz yang betul. Pernahkah korang mengalami kesukaran dalam memilih bra?
Bagi bakal pengantin, penting untuk korang memilih dan memakai bra yang betul. Ini bagi memastikan ketika memakai busana pengantin, aset korang akan kelihatan ‘elok terletak.’ Tentu korang tidak mahu aset korang yang satu ini nampak ‘jatuh’ bukan?
Berikut dikongsikan tip bagi memudahkan korang memilih bra yang tepat.
Korang boleh mengukur saiz bra sendiri di rumah dengan mengambil dua ukuran yang dinyatakan sebelum ini dengan pita ukur.
1. UKUR LILIT BAJU DALAM
Ukur (inci) kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda, bahagian bawah dada. Pastikan anda menarik pita pengukur dengan ketat tetapi jangan terlalu ketat.
2. UKUR SAIZ CUP
Kemudian, ukur di sekeliling badan pada bahagian payudara (di mana puting anda berada). Juga jangan terlalu ketat, cukup pastikan ia tidak terlalu longgar. Catat ukuran dalam inci.
3. KEPUTUSAN (A, B, C ATAU D)
Sebaik sahaja anda mempunyai dua nombor, anda perlu mencari perbezaan antara mereka untuk menentukan saiz cup anda. Saiz cup tolak saiz ukur lilit, perbezaan yang dicatatkan adalah saiz cup anda.
*Jika saiz cup sama dengan saiz ukur lilit, anda adalah cawan A.
*Jika saiz cup 1 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan B.
*Jika saiz cup 2 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan C.
*Jika saiz cup 3 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan D.
*Jika saiz cup 4 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan DD.
*Jika saiz cup adalah 5 inci lebih daripada saiz ukur lilit, anda adalah cawan E.
*Dan sebagainya.
Ukuran ini adalah titik permulaan sahaja. Korang mungkin perlu mencuba banyak coli untuk mencari yang sesuai.
1. Pastikan jalur memanjang di sekeliling belakang korang berasa tegang tetapi tidak terlalu ketat kerana ia merupakan sumber sokongan utama daripada bra korang. Kebanyakan sokongan harus datang dari jalur bra bukan tali bra.
Pemilihan bra yang salah, akan membuatkan korang berasa sangat tidak selesa dan akan menyebabkan bonjolan atau tanda yang tidak sedap dipandang.
2. Jika cup pada bra kelihatan berkedut atau mempunyai ruang di bawah lengan, kemungkinan saiz cawan terlalu besar untuk anda. Manakala sebaliknya, jika isi di bawah lengan atau bahagian atas cup bra membonjol, itu tandanya bra yang korang pakai terlalu kecil.
3. Kalau korang memakai bra berwayar, jalur bawah di bra harus diletakkan dengan kemas pada sangkar rusuk dan harus duduk tepat di antara payudara anda untuk memberikan ruang pemisahan dan sokongan yang baik.
4. Cuba pasangkan bra pada cangkuk tengah untuk memberi banyak ruang pelarasan, kerana badan korang mungkin berubah.
5. Jangan lupa untuk melaraskan tali bra untuk mencari kedudukan yang paling selesa.
Korang sudah pun tahu cara mengukur dan memilih bra yang betul bukan? Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk membeli bra. Tiada lagi masalah beli bra tapi tak selesa dipakai!
Triumph memperkenalkan Flex Smart, koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 (SS23) baharunya. Flex Smart berkisar tentang diri anda sebagai seorang wanita individu dengan fikiran, perasaan dan keperluan harian tersendiri. Ia meraikan setiap individu wanita melalui versatiliti, pilihan serta kebebasan.
Flex Smart menonjolkan gaya hibrid yang serba boleh dan serasi dengan setiap keperluan unik anda, seiring dengan perubahan bentuk badan dan kehidupan anda.
Keselesaan menjadi taruhan rangkaian ini menerusi bandeau top yang mengikut pergerakan tubuh. Ia sesuai dijadikan persalinan ‘inner’ mahupun ‘outer’ mengikut citarasa anda. Melentur bersama tubuh, ia boleh dipakai dengan atau tanpa tali bra.
Bra multi-fungsi ini diperbuat daripada fabrik regangan yang lembut supaya ia tidak mengekang pergerakan anda dalam apa jua aktiviti harian. Koleksi ini turut menampilkan seluar dalam High Leg Brief dengan reka bentuk ergonomik yang bukan sahaja lembut dan ringan malah menyerlahkan potongan badan semula jadi anda.
Tidak kira peringkat kehidupan yang anda lalui, Flex Smart sentiasa menemani perjalanan hidup anda. Apa jua yang anda rasai, saat anda bebas bertenaga atau ketika rasa terbeban sekalipun, Triumph telah menghasilkan rangkaian ini untuk sentiasa memberi anda sokongan mengikut perubahan emosi mahupun tubuh.
Keharmonian rumah tangga dapat dinikmati dalam suasana sakinah apabila pasangan suami isteri berlaku adil. Suami dan isteri perlu saling menunaikan hak dan kewajipan selaras dengan tuntutan agama dan kesepakatan bersama.
Berikut lapan resipi membina rumah tangga yang harmoni seperti yang dikongsikan oleh Yana Samsudin. Moga tip rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Yana ini dapat kita jadikan panduan bersama.
Selepas solat, kongsilah bersama-sama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam, belajar sama sama sempurnakan hari demi hari. Cantumkan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang diminta pada ALLAH tentang hal dunia dan akhirat.
Jika mahukan persetujuan mesti ada syura/mesyurat. Digalakkan setiap malam seperti pillow talk atau paling kurang seminggu sekali. Bincangkan soal hati ke hati, ekonomi, perjalanan esok hari atau hal-hal anak-anak dan apa sahaja topik yang terlintas untuk disembangkan.
Mesti tahu tanggungjawab antaranya hal nafkah atau hal-hal lain yang menjadi tanggungjawab masing masing.
Jangan biar lama-lama dan segera peluk pasangan jika merajuk. Cuba bertanya mengapa terasa hati. Kuncinya jangan malas bertanya. Bagi pihak yang merajuk, berterus-terang sahaja dengan pasangan. Jangan simpan dalam hati. Fikiran dan perasaan sendiri pun kadang-kadang keliru apa lagi hendak memahami orang lain dalam masa yang singkat. Kalau betul ada kekhilafan, ambil kisah luahan itu dan perbetulkan kesilapan.
Sentiasa peka perubahan pasangan masing-masing supaya saling mengenali. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, ambil masa untuk mengenali diri masing-masing.
Masing-masing mesti ada perasaan ini. Jangan sebelah pihak sahaja. Berebutlah hendak hulurkan bantuan antara satu sama lain. Nampak suami tercari-cari sesuatu, tanya dan bantu cari. Kalau isteri hendak angkat barang, suami ternampak, cepat-cepatlah bantu angkat barang tersebut tanpa perlu diminta.
Sama rata mesti diaplikasikan. Bagi pihak isteri, jika perlukan perhatian, bercakaplah. Jangan hanya dengar di sebelah pihak sahaja. Apabila kita bermesyuarat sudah tentu kita inginkan keputusan yang adil dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Masing-masing jangan terlalu mengongkong. Suami hendak tengok telefon pun tidak boleh, keluar pun langsung tidak diberi. Isteri hendak ada me time atau tidur siang sekejap pun tidak boleh, hendak kentut depan pasangan pun tidak boleh. Memang susah kalau semuanya tidak boleh.
Inilah sebahagian tip yang dikongsikan oleh Yana hasil daripada pengalaman diri sendiri, nasihat ibu ayahnya dan gabungan pakar-pakar psikologi rumah tangga. Semoga bermanfaat untuk semua.
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...